Wednesday, November 18, 2020

DBKL perkenal garis panduan baru lesen minuman keras berkuat kuasa semalam.

 

Larangan menjual minuman keras mulai Okt 2021

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa semalam. Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Kedai menjual ubat tradisional Cina juga dikenakan larangan tersebut, tetapi pengecualian dibuat untuk produk minuman keras bagi ‘tujuan ubatan tradisional’.

‘Berkuat kuasa 1 Oktober 2021 tiada lagi lesen baru LMK (minuman keras yang memabukkan) di kedai runcit, serbaneka, ubat Cina. Untuk LMK sedia ada di kedai runcit, serbaneka, ubat Cina, pembaharuan dibenarkan sehingga 30 September 2021 sahaja,’ kata garis panduan itu.

Mereka masih dibenarkan menjual bir setelah larangan berkuat kuasa, tetapi hanya dari jam 7 pagi hingga 9 malam. Pemilik premis mesti memastikan minuman beralkohol dipamer berasingan dari minuman lain, dan mengunci ruang rak pameran selepas jam 9 malam.

Pasar raya, hypermarket, hotel, bar, dan pub masih dibenarkan menjual minuman keras, tetapi mesti memastikan bahawa pelanggan berusia sekurang-kurangnya 21 tahun.

Dalam catatan di Facebook hari ini, DBKL menyatakan garis panduan baru itu berkuat kuasa semalam setelah berunding dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja, Polis, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, pihak berkepentingan, dan NGO.

Pembeli mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Garis panduan ini juga menetapkan had waktu minuman beralkohol boleh dijual mengikut jenis premis, dengan pemohon atau pemegang lesen hanya untuk bukan-Muslim.

Ia bertujuan untuk mengawal akses dan penggunaan produk minuman keras sambil memastikan kesihatan dan keselamatan warga kota.

Pemilik premis juga perlu menunjukkan lesen mereka bersama dengan kod QR di pintu masuk mereka – lesen biru di mana penggunaan alkohol dibenarkan di premis, dan lesen kuning untuk pembelian untuk bawa balik rumah sahaja.

Di samping itu, mereka mesti menunjukkan notis berukuran A0 yang menyatakan niat mereka untuk mendapatkan LMK di hadapan premis mereka selama tujuh hari berturut-turut.

Bagi mereka yang membuat permohonan baru untuk LMK, mereka diminta untuk mengiklankan notis di akhbar tempatan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Perniagaan yang menjual minuman beralkohol tidak dibenarkan menghadap balai polis, tempat ibadah, sekolah, dan hospital.

FUAD SALLEH – HARAKAHDAILY 17/11/2020

https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/Forms/GP%20LMK%20Press%20Release2020.pdf

9 comments:

Anonymous said...

Dap mesti bangkang ni. Sebab dalam kluster jahat ini adalah dari cina dap. Dalam kluster ini,ada peniaga yg import arak, ada yg jual arak di kedai runcit dan pasaraya. Larangan adalah halangan kepada kluster ini untuk dapat nafkah dari aktiviti kotor arak. Kluster ini juga ada peminumnya yg ramai dari kalangan pimpinan dap dan ahli biasa dap. Pastinya dap akan membuat bantahan atas larangan ini dan mereka mahu kejahatan dan rosak akhlaq dibiarkan berleluasa secara bebas. Yg angguk dgn tindakan dap ialah asy syeikh al abam al lendiri dan asy syeikh as sabun.

Anonymous said...

Kat klate pun siap ada kerajaan negeri bagi lesen jual arak la mangkuk! Xde plk Dap kat sana.

Anonymous said...

Guane mung bengong keraba lesen arak mmg perlu diberi kpd org kafir yg suka tongok arak tp ada peraturan n limitnya nanti mung kata islam zalimmmm

Anonymous said...

Anon 11.07. Ko kalo dah bodoh sgt, baik berenti jadi org!

Anonymous said...

Sapa yg sokong dap, dia jadi sekutu dlm kluster dap. Sapa yg sokong larang jual arak secara bebas, dia dari kluster aman.

Anonymous said...

Mung tu tukar hjd babi

Anonymous said...

Sapa sokong Pas pulak, jd lembu2 ternakan. Kena sembelih pun redha je. Rakyat klate miskin xpe. Janji adun sm yb naik gaji. Siap back dated lg.

Anonymous said...

Ada beza lembu ternakan dengan khinzir ternakan. Khinzir sentuh pun jadi najis, kalau di makan, seluruh tubuh jadi najis.

Anonymous said...

Bagus DBKL dibawah Anuar Musa ni berbanding yang lepas yang tak berbuat apa2. Harap semua majlis2 bandaran, daerah2 diseluruh negara melakukan perkara yang sama!

Sokong MN, PN dapat pahala berganda, sokong DAP/Pakatan Hancing raja secara perkara2 maksiat, judi, arak dapat DOSA, dapat TAIK BABI!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails