Gadis tebar roti canai biarpun ada diploma
POKOK SENA: Demi membantu keluarga, seorang gadis lepasan diploma terpaksa melupakan hasrat untuk makan gaji, sebaliknya menggantikan tempat bapanya sebagai penebar roti canai di kedai makan milik keluarganya di sini.
Tanpa rasa kekok dan dengan gaya bersahaja, Nur Amni ‘Aqilah Ruzaini, 23, cukup berkemahiran melakukan tugas itu yang kebiasaannya dimonopoli kaum Adam, hingga mencuri tumpuan pengunjung yang datang menikmati sajian di premisnya.
“Saya mula jadi penebar roti canai pada 2015 selepas ayah saya terlantar sakit selama sebulan akibat terjatuh longkang. Sebagai anak sulung daripada tiga beradik saya menggalas tanggungjawab untuk bantu ayah buat roti canai sebab tidak ada pengganti.
Tanpa rasa kekok dan dengan gaya bersahaja, Nur Amni ‘Aqilah Ruzaini, 23, cukup berkemahiran melakukan tugas itu yang kebiasaannya dimonopoli kaum Adam, hingga mencuri tumpuan pengunjung yang datang menikmati sajian di premisnya.
“Saya mula jadi penebar roti canai pada 2015 selepas ayah saya terlantar sakit selama sebulan akibat terjatuh longkang. Sebagai anak sulung daripada tiga beradik saya menggalas tanggungjawab untuk bantu ayah buat roti canai sebab tidak ada pengganti.
“Saya cuba sedaya upaya menebar roti canai dan saya sudah tengok cara ayah menebar roti sejak kecil lagi di kedai ayah yang sudah beroperasi hampir 30 tahun lalu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.
Katanya, kerjaya sebagai penebar roti canai bukanlah pilihan utama untuk meraih pendapatan selepas menamatkan pengajian Diploma Vokasional dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari Kolej Vokasional Sungai Petani 2, Sungai Petani.
Namun, kegagalan dalam enam temu duga kerja memberinya tidak banyak pilihan dan beliau membuat keputusan menjadi penebar roti canai di kedai bapanya itu demi membantu keluarga.
Nur Amni ‘Aqilah berkata bagi meningkatkan kemahirannya, beliau turut menghadiri kursus membuat roti canai dan dapat mempelajari hampir 20 menu roti canai.
“Saya menebar roti dengan cara saya malah belajar dan terus belajar serta menambah baik dari semasa ke semasa untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan hinggalah ke saat ini saya sudah tidak kekok untuk berbuat demikian dan pelanggan pun puas hati,” katanya.
Selain itu, Nur Amni ‘Aqilah berkata beliau turut menjual roti canai dan murtabak sejuk beku sejak Jun lepas untuk mempelbagaikan pilihan kepada pelanggannya sekali gus dapat meningkatkan hasil jualan.
“Saya juga bercadang membeli mesin bagi membantu saya menghasilkan roti canai dan murtabak sejuk beku ini dengan lebih cepat dan berharap pada masa akan datang saya dapat pasarkan produk saya secara lebih meluas dan diletakkan di pasar raya besar,” katanya. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit:
Album 3
- H2S Pilihan: 21 -Lagu Nelayan
- H2S Pilihan: 22 -Nasheed Thailand&Indo-Thai.
- H2S Pilihan: 23 -Lagu Lawak
- H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
- H2S Pilihan: 25 -Nasyid Orang Asli Malaysia.
- H2S Pilihan: 26 -Nasheed Bosnia
- H2S Pilihan: 27 -Nasyid Silat Melayu
- H2S Pilihan: 28 -Syria Nasheed &ALLAH.
- H2S Pilihan: 29 -Pop 60an Puja Wanita.
- H2S Pilihan: 30 -Iranian & Shia Nasheed
6 comments:
Rezeki yg halal,mencukupi n di Redhai ALLAH itu plg oentibg
Beruntung punyai bakat berniaga yang ditanam sejak kecil oleh ayahanda anda! Teruskan legasi mulia ini dengan membuka restoran2 yang lebih besar dimasa hadapan!
Tahniah. Teruskan usaha murni.
hahahahhaaaa. nasib bukan cite di kelate. perintah puluh2 tahun mano peluang ke rakyat belia kelate. yg reti oyat jadi petani hasil lumayan, jadi penternak memberi pendapatan lumayan. mammpoihhhh lagi.
Puak kafir harbi roket dan khadam RBA mereka seperti RBA 3:32 suka memberi peluang kepada pengikut roket mereka membuka kilang haram dan membela babi ditepi sungai sehingga sungai tercemar dan bekalan air kepada rakyat terpaksa dihentikan untuk menjaga kepentingan penternak babi dan babi dan towkay kilang haram dan menggalakkan industri dosa besar seperti arak dan judi termasuklah kedai judi haram dan mempromosi oktoberfest untuk mabuk beramai-ramai dll.
Jika pemandu mabuk melanggar dan bunuh umat Islam pun puak roket tidak peduli. Yang penting Wang masyuk tabung roket.
Sebab itulah puak RBA mempunyai hati hitam berkarat yang sangat kotor mengalahkan tahi dalam tandas awam kerana mereka makan dedak haram cap roket.
Mereka reti balaun babi n keldai DAP suruh pergi jauh2
Post a Comment