Friday, November 20, 2020

GAMIS mengecam forum ‘Madah #DAPMuda: UiTM dan DAP?’

 

Mengapa mudah terpengaruh dengan agenda DAP?

GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengecam forum ‘Madah #DAPMuda: UiTM dan DAP?’ yang dijadualkan pada 18 November 2020. Penggunaan nama ‘UiTM’ yang terpampang di dalam poster tersebut jelas seperti ingin menyampaikan agenda politik jahat yang tidak mencerminkan aspirasi warga UiTM secara keseluruhannya.

GAMIS menentang apa-apa agenda yang akan mengganggu-gugat kedudukan UiTM. Umum mengetahui bahawa penubuhan UiTM sebagai universiti awam ditubuhkan bagi menyediakan peluang pendidikan tinggi dan profesional kepada Bumiputera. Di samping itu, UiTM juga ditubuhkan di bawah Akta Universiti Teknologi MARA 173 pada tahun 1976 di bawah Undang-undang Malaysia.

GAMIS juga kesal dengan barisan panel-panel yang ditampilkan di mana mereka merupakan orang Melayu dan juga alumni UiTM, menunjukkan mereka tidak mampu memahami Visi dan Misi UiTM secara holistik. Mengapa begitu mudah panel ini dipengaruhi dengan agenda politik DAP?

Jika dilihat Perkara 153 termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa hak istimewa kepada semua orang yang mengakui dan diakui berbangsa Melayu dan Bumiputera tidak boleh dipertikaikan. Malah di dalam Bahagian I Akta 173 telah menjelaskan bahawa penubuhan selari dengan Perkara 153. Penubuhan UiTM adalah untuk Bumiputera, mengapa perlu dipolemikkan oleh DAP? 

GAMIS menyeru semua pihak agar menolak sentimen yang cuba dibawa oleh DAP. Agenda DAP ini jelas mempunyai niat busuk untuk mempersoalkan status quo Melayu dan Bumiputera. Jangan sesekali kita melupakan Deklarasi Setapak yang pernah diisytiharkan oleh DAP. Rakyat Malaysia, tolak DAP! 

“Demi Islam, Mahasiswa Bangkit”

SYAZWAN MOHD AMIR
Pengerusi Majlis Politik Nasional
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2020 – HARAKAHDAILY 18/11/2020

Hibur Hibur Sikit: Album 1 

10 comments:

  1. Melayu Islam liberal jgn duk bg muka banti hancur kedaulatan Tahanahair yg berpaksi kpd Kepercayaa Islam n Menghormati Raja2 dlm acuan Mazhab Iman Shafie

    ReplyDelete
  2. Melayu Islam,Bumiputera Islam n Bukan Islam,Mualaf n Kafir Zimmi perlu mencari titik pertemuan utk mengekalkan Kedaulatan n Keharmonian Negara,,,Perlu diingat kenapa sebut Jafir krn disebut dlm AlQuran

    ReplyDelete
  3. Elok polis campur tangan. Ada agenda jahat menggangu fungsi uitm. Mengapa tak buat tajuk dap dan TAR Kolej.

    ReplyDelete
  4. Sangat baik kalau tajuknya dap dan oktober fest atau dap dan tattoo. Mengapa perlu campur tangan dalam isu uitm. Mengapa perlu timbulkan kemarahan uitm dan orang melayu.

    ReplyDelete
  5. 25.11.2020 sidang bajet bakal dinanti keputusan diterima akan memeranjatkan seluruh negara.

    Lantik Ku Li Perdana Menteri dan Anwar Timbalan Perdana Menteri dan Najib sebagai menteri kanan (kes nya diselesaikan) akan percepatkan lenyapnya legasi tak guna ini.

    Pendirian Ahli Parlimen terhadap beberapa isu yang dibawa terutama dari Najib, dirasakan amat tepat untuk dilaksanakan olih Kerajaan Muhyiddin tetapi sehingga kini belum lagi kedengaran bahawa pihak Kerajaan Muhyiddin akan melaksanakanya.

    Inshaallah !!! Yang bakal terjadi undi dipihak Kerajaan tidak mencukupi ..apa terjadi nantikan..tunggu sekitar minggu 25hb Nov hingga December 2020.

    Awan mendung di seluruh tanah air, bila mana rakyat bertambah bingung dengan suasana dan keadaan di negara ini

    Hilang sokongan dari Ku Li, Ahmad Maslan, Anwar Zahid(sudah pasti) mahupun Najib(sudah pasti) akan melenyapkan legasi Tun.

    Shahidan yang dah mula berkotak macam ayam betina hilang anak, tidak ketinggalan juga Annuar Musa, mula melesing Ku Li,

    Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat bolehkah Muhyiddin Yassin menghadap Yang Di-Pertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen dan Pilihanraya Umum diadakan?

    S. 1: Perdana Menteri yang kalah di Dewan Rakyat kerana Belanjawan Kerajaannya ditolak oleh ahli-ahli Parlimen sudah hilang kedudukan atau locus standi untuk bertindak sebagai seorang Perdana Menteri yang sah untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum.

    S. 2: Kalau semua langkah Perdana Menteri yang kalah Belanjawannya di Dewan Rakyat tersekat kerana halangan undang-undang Perlembagaan & konvensyen Perlembagaan jadi apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar lakukan sekiranya senario yang digambarkan itu benar-benar berlaku?

    J. : Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh itu tiada pilihan lain. Beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bersama barisan kabinet dapur nya.

    S. 3: Apa jadi jika Perdana Menteri meletakkan jawatan?

    J. : Semua Menteri kabinet juga secara otomatik gugur dari jawatan dan Kerajaan PN ikut sama tumbang.

    S.4: Jika senario ini benar-benar berlaku pada Khamis 25 November ini. Apa jalan penyelesaiannya?

    J. : Yang Di-Pertuan Agong akan melantik seorang Perdana Menteri Baharu. Sebuah Kabinet dengan Jemaah Menteri akan terbentuk dan sebuah Kerajaan baharu akan ditubuhkan. Tun sedang melobi Hisyamuddin sebagai PM interim.

    Tetapi tidak dapat dipastikan masih adakah lagi lagi Ahli Parlimen dipihak Kerajaan yang berbolak hatinya dalam menyokong' Muhyiddin?

    Pengumuman Mazlee keluar Pejuang kini hanya dianggotai empat Ahli Parlimen – Tun Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr. Shahruddin Salleh (Sri Gading)Tun dan Boboi yang terperanjat besar sebenarnya kerana tiada lagi kuda tunggangan kedua anak beranak ini.

    Menteri terutama yang datangnya dari UMNO yang semakin nyata 'lupa daratan' yang baru nak mula "mengorak' langkah, tetiba, kapal pula pecah dan masuk air..nak..tenggelam.

    Makin sepi hati atok makin terbakar lah rasa ego tingginya. Maka karma Tun akan membakar Dewan Rakyat pada 25.11.2020 usul tidak menyokong bajet 2020.

    Judgement day untuk Tun dan anak cucu sedang menanti karmanya.

    ReplyDelete
  6. Demokrasi yg diamalkan dinegara ini membenarkan sesiapa saje utk meluahkan segala pandangan selagi tidak ada unsur2 hasutan yg boleh menggangu gugat keselamatan negara.

    Sepatutnya orang melayu berterima kasih kepada pemimpin dap kerana merekalah yg telah menyedarkan akan bahayanya jika kuasa politik orang melayu hilang dlm gengaman orang melayu itu.

    Sepanjang 22 bulan memerintah maka kenallah kita siapa sebenarnya pemimpin dap yg cuba merebut kuasa utk kepentingan mereka.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya agenda DAP tidak kemana ttp diberi ruang n peluang o Melayu PKR n PAN Rahmatan Alamin

    ReplyDelete
  8. Kiter perlu perangi Kafir Harbi kerana mrk musuh Islam selama2nya

    ReplyDelete
  9. Generasi Melayu Islam terkini ada terkhayal dlm hiburan,belajar utk diri sendiri,kurang rasa tjawab pd keluarga , hubungan kekeluargaan paling jauh hanya level 2pupu,mudah putus asa,dadah,arak,zina,LGBT,liberal agama,kurang hormat Ulamak dan orang tua,rasa mrk paling hebat paling betul
    Melangkah arus gedeber tahap gaban duk ingat mrk saja hebat org lain tidak, Generasi tidak sedar diuntung n melihat kebelakang para pejuang yg didendang atau x didendang utk panduan n pedman dihari mendatang

    ReplyDelete