Wednesday, November 18, 2020

Gimnasium: Usaha dekati masjid &jaga kesihatan. Warga emas &golongan muda.

 

Masjid dilengkapi gimnasium pertama di Malaysia

PASIR PUTEH: Lebih 2,900 ahli kariah Masjid Sri Aman dekat sini mendapat kelengkapan peralatan gimnasium yang lengkap dalam usaha menggalakkan mereka mendekati masjid di samping menjaga kesihatan.

Pengerusi masjid berkenaan Ab Razak Mat Saat berkata, kelengkapan peralatan itu bernilai RM17,000 hasil sumbangan individu bagi kemudahan warga emas dan golongan muda beriadah yang dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

“Ia merupakan masjid pertama di Kelantan mempunyai kelengkapan gimnasium,” katanya kepada pemberita sempena pembukaan galeri itu di perkarangan masjid berkenaan, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Ab Razak berkata, amalan itu penting untuk mewujudkan anggota kariah yang sihat sekali gus dapat mengerjakan ibadah yang sempurna sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Tuan Mohd Saripudin pula berharap kemudahan kelengkapan itu akan diikuti masjid-masjid lain di Kelantan.

“Ia selaras dengan tuntutan Islam yang mahu umatnya sentiasa sihat dan kuat sepanjang hayat,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/11/2020

Hibur Hibur Sikit: Album 1 

1 comment:

Anonymous said...

DO YOU NEED AN XMAS LOAN OR BUSINESS LOAN? CONTACT US URGENTLY AND GET YOUR LOAN WITHIN 24 HOURS, ONLY SERIOUS PEOPLE CONTACT US ON EMAIL: trustgolden247@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails