Thursday, November 26, 2020

Harga Sawit Melonjak 77.17%, Bukan me'reban-runtuh'kan seperti bawah PH.

 


Peningkatan ketara harga minyak sawit mentah

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) menunjukkan trend peningkatan yang begitu ketara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK), Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, harga MSM telah melonjak kepada RM3,581.50 per tan pada 19 November 2020 berbanding paras terendahnya, iaitu RM2,021.50 per tan pada 12 Mei 2020 iaitu peningkatan sebanyak RM1,560.00 atau 77.17 peratus.

Malah katanya, peningkatan harga MSM ini telah menyebabkan harga buah tandan segar (BTS) sawit turut meningkat kepada RM760 per tan pada 19 November 2020 berbanding RM408 per tan pada 12 Mei 2020.

Kata Mohd Khairuddin ketika sesi pergulungan Perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2021, di Dewan Rakyat, hari ini.

Ini memperlihatkan bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya meningkatkan harga minyak sawit.

“Kementerian juga akan terus memberi tumpuan terhadap semua agrikomoditi lain di bawah bidang kuasa kementerian seperti getah, koko, lada, kayu dan kenaf.

“Sehubungan itu, pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan beban pendapatan pekebun kecil serta menstabilkan harga agrikomoditi di pasaran telah dilaksanakan.

“Antara langkahnya adalah pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sebagai satu mekanisme sokongan harga bagi menggalakkan penoreh untuk terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.

“Manakala, sebanyak RM150 juta juga telah diperuntukkan pada tahun ini (2020) dan sebanyak RM300 juta akan diperuntukkan pada tahun 2021 akan datang,” ujar Mohd Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus.

Selain itu, pihak kementerian juga terus bekerjasama dengan negara pengeluar utama getah seperti Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) bagi memperkukuhkan harga pasaran getah.

Di samping itu, kementerian menyediakan bantuan insentif melalui program pembangunan rantaian kluster Koko dan program peningkatan produktiviti bagi membantu petani meningkatkan pengeluaran koko serta meluaskan tanaman koko.

Ini katanya, bagi menggalakkan petani koko untuk menjadi ahli Koperasi Kluster Koko bertujuan untuk memperoleh pendapatan tambahan sebagai ahli koperasi.

KPPK juga katanya mempergiatkan penghasilan produk-produk lada bernilai tambah tinggi, menggalakkan pengeluaran lada premium dan menjalankan promosi jualan dengan lebih proaktif serta melaksanakan pengkomersialan dan penjenamaan semula produk lada.

Bagaimanapun katanya, di bawah Belanjawan 2021 yang dicadangkan, KPPK diperuntukkan sebanyak RM729.39 juta iaitu RM476.67 juta untuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM252.73 juta.

Katanya, KPPK menerima peningkatan sebanyak 8.8 peratus berbanding peruntukan pada tahun 2020 yang lalu. – HARAKAHDAILY 26/11/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harga MSM telah melonjak kepada RM3,581.50 per tan pada 19 November 2020 berbanding paras terendahnya, iaitu RM2,021.50 per tan pada 12 Mei 2020 iaitu peningkatan sebanyak RM1,560.00 atau 77.17 peratus.

Hal ini membuktikan kebijaksanaan dan kesungguhan pimimpin baru PN mentadbir negara, bukan macam PH yang hanya me'reban-runtuh'kan negara, walau memerintah baru 22 bulan. 

Hibur Hibur Sikit: Album 2

11 comments:

Anonymous said...

Harga sawit, harga petrol, harga minyak masak, harga telor masin, harga ikan, harga sawi, harga baju, .... bukan berkait sangat dengan kerajaan yang memerintah. Ada banyak faktor lain. Bahaya kalau sering buat kesimpulan cara mudah. Bukan sekali dua suatu masa dulu, ada yg dengan sepantas kilat mengaitkan banjir dengan kemungkaran kerajaan. Subhanallah.

Anonymous said...

Banjir kilat atau banjir tak kilat, semuanya ada kaitan dengan manusia.. Pegi belajar lagi la.. berfikir macam otak kapir...

Anonymous said...

Berfikir macam komunis, tiada hubungan & kuasa Tuhan atas manusia.. bodoh terlampau..

Anonymous said...

Semua agama kecuali Agama Langit(bukan Ayoh Ping) yg di Redhai Allah akan dijamin SYURGA

Anonymous said...

Puak lebai tumpang sekaki.
Masuk bakul angkat sendiri.

Anonymous said...

Ni harga bawang pun ikut mahal lebai mangkuk xnak komen ke? Baghal punya penganut Pas.
Skrg harga getah melingkup apa hal? Penganut Pas xde kje noreh getah ke?

Myshah said...

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Anonymous said...

Takpevharga babi n krldai dpt cover

Anonymous said...

Jan masuk Neraka sudah

Anonymous said...

Arak sama Babi dapat tolong

Anonymous said...

Belum masuk judi n Pelacuran lg ini semua DAP ada saham n PAN dpt habuan biayai Parti,PKR amat dekat dgn denyut nadi LGBT,,pondan dpt jual jubo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails