Thursday, November 05, 2020

Hutang K/Persekutuan 2019 naik kepada RM792 bilion

 

Bangunan Kementerian Kewangan Putrajaya. - Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan mencatatkan jumlah hutang sebanyak RM792.9 bilion tahun lalu, iaitu peningkatan sekitar tujuh peratus berbanding RM741 bilion pada 2018.

Perkara itu dimaklumkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, hari ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata nisbah hutang kerajaan tahun lalu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 52.5 peratus, berbanding 51.2 peratus pada 2018.

Katanya, jumlah liabiliti persekutuan pula adalah sebanyak RM1.08 trilion atau bersamaan 71.5 peratus nisbah liabiliti kepada KDNK.

"Sebanyak 59.9 peratus atau RM82.7 bilion daripada jumlah Terimaan Pinjaman Baharu berjumlah RM138.5 bilion, digunakan untuk bayaran prinsipal pinjaman dalam negeri (hutang matang).

"Hanya 29.7 peratus atau RM41.1 bilion digunakan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan. Situasi sebegini haruslah diperbaiki," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Hibur Hibur Sikit:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails