IHKL: Weblog Ibnu Hasyim juga turut mengutuk dan mengecam serangan bersenjata ke atas Uskup Agung di Perancis. Hal ini berikutan kerajaan Turki, yang mengecam keras serangan bersenjata ke atas Uskup Agung Gereja Ortodoks di Lyon, Perancis.
Dalam pernyataan tertulis yang dibuat oleh Kementerian Luar Negera Turki, dinyatakan bahawa diharapkan pandeta yang cedera parah dalam serangan itu akan sembuh secepat mungkin dan serangan semacam itu akan berakhir.
"Kali ini kami sangat mengutuk penembakan terhadap seorang ulama Ortodoks di Lyon, Perancis." Dalam kenyataan tersebut,
"Sebagai sebuah negara yang telah memerangi segala jenis keganasan selama bertahun-tahun, kami sekali lagi menyatakan bahawa kami bersatu menentang keganasan sambil menyampaikan hasrat kami kepada rakyat Perancis dan masyarakat Ortodoks yang tinggal di Perancis." kenyataaan diberikan.
Semalam, dilaporkan bahawa serangan dilakukan berhampiran Gereja Ortodoks Yunani di distrik ke-7 kota Lyon di selatan negara itu.. Dan penyerang melarikan diri dengan menembak pendeta dengan senapang.
Weblog Ibnu Hasyim juga menyokong dan senada dengan kenyataan itu.. "Kami umat Islam di Malaysia sekali lagi menyatakan kami bersatu menentang keganasan dan menyampaikan hasrat kami kepada rakyat Perancis dan masyarakat Ortodoks di sana." (IH)
Hibur Hibur Sikit:
H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
No comments:
Post a Comment