US, negara paling berpengaruh di dunia adalah sekutu paling rapat Israel. Negara ini juga amat memusuhi Ikhwanul Muslimin (IM).
The Israel Lobby (2006), buku John Mearsheimer mendedahkan bagaimana berpengaruhnya Zionis dalam pentadbiran US. Tidak hairanlah, semua Presiden US akan menyokong perjuangan Zionis.
The Society of Muslim Brothers (1969), karya orientalis Richard P. Mitchell menjadi asas dalam membentuk dasar US terhadap IM. Buku inilah yang dijadikan bahan dalam Rang Undang-undang Muslim Brotherhood Terrorist Designation Act 2015 semasa pentadbiran Obama.
HAMAS Palestin, parti al-Islah Yaman dan beberapa gerakan yang lahir dari rahim IM dilabel sebagai pengganas oleh US sejak zaman Clinton dan Bush.
Arab Saudi, UAE, Mesir dan Bahrain berkongsi fikrah yang sama dengan US mengenai IM. Wikileaks mendedahkan Putera Mahkota UAE memberitahu wartawan US bahawa mereka telah memerangi pemikiran IM sejak tahun 2000 lagi. 2014, Saudi mengeluarkan senarai pengganas di mana IM termasuk salah satu organisasi. Ia disambut oleh UAE dan Bahrain.
UAE bahkan menubuhkan Majlis Hukama’ Muslimin dan melantik Syeikhul Azhar Muhammad Toyyib sebagai pengerusi tahun yang sama bagi menyokong dasar mereka. 2019, giliran Al-Azhar Mesir pula menuduh IM sebagai pengganas. Minggu lepas, Majlis Ulamak Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa IM adalah pengganas. Ia disambut baik oleh Majlis Fatwa UAE.
Fikrah US mengenai Israel kini disambut baik oleh Negara Arab. Perjanjian Camp David 1978 antara Mesir dan Israel menjadi pencetus normalisasi Israel di kalangan Arab. UAE menjadi negara pertama memeterai hubungan diplomatik dengan Israel September tahun ini. Ia kemudian diikuti oleh Bahrain dan Sudan.
Semalam, Arab Saudi menyatakan kesediaan mereka untuk mengikut jejak UAE. Kemungkinan Mesir juga akan menyertai selepas ini.
Sejak Putera Mahkota Saudi Muhammad bin Salman menjadi pemimpin de facto Saudi, hubungan intim Israel-Saudi semakin jelas. Kedua wakil negara ini saling berbalas kunjungan. Pendirian Majlis Ulamak Saudi tentang IM juga disokong oleh Israel secara terbuka.
Ringkasnya, mengiktiraf (normalization) Israel dan memburukkan (demonization) IM adalah pendirian yang dikongsi bersama oleh pemimpin Arab dan Barat. Adakah ianya kebetulan? Ke manakah pendirian-pendirian ini ingin dibawa? Adakah pendirian-pendirian ini menguntungkan umat Islam?
IM adalah gerakan memperjuangkan ajaran Islam ditegakkan di bumi Allah. Zionis pula adalah gerakan menegakkan Kerajaan Israel Raya yang dipercayai bakal menguasai dunia. Semestinya matlamat dua gerakan ini bertembung sesama sendiri. Maka tidak hairanlah yang menerima Israel pasti akan memusuhi IM.
IM telah terlibat memerangi Israel sejak Perang Arab-Israel 1948. Juga perang enam hari 1967. Termasuk Perang Yom Kippur 1973 untuk menawan kembali Sinai daripada Israel. IM Palestin (HAMAS) adalah musuh ketat Israel sejak penubuhannya 1987. Dengan lobi Zionis yang sangat kuat di US, kita boleh faham sendiri mengapa IM dianggap buruk oleh US.
7Soalnya, dengan mengikut fatwa US satu persatu, adakah pemimpin Islam; umarak dan ulamaknya berada di atas landasan yang benar sekarang? Memperjuangkan agama Allah atau berjuang bersama musuh Allah?
Semoga kita masih tergolong di kalangan umat Islam yang mampu berfikir.
ALANG IBN SHUKRIMUN
9 Rabiul Akhir 1442
24 November 2020 – HARAKAHDAILY 24/11/2020
3 comments:
Memang kita dah dekat benar dengan akhir Zaman...
Terima Kasih boss ku... 2 permintaan yg akhirnya kerajaan yiddin@atok tunduk melutut syarat bossku.. tak perlu pun 12 permintaan yg bodoh tah apa apa dari PejWang...!!
Rintihan rakyat diutamakan walau diri difitnah dimaki dan dikecam.
Terima Kasih bossku..!!
Slp nie apabila vocid dah reda n vaksin sudah beli bossmung kena kayan jes kat vourtbyg sudah lama tertunggak , keadilan dunia
Sblm keadilan di ahkirat
Post a Comment