KUALA LUMPUR: Pasaran eksport perkayuan Malaysia bagi tempoh Januari-September 2020 menunjukkan prestasi baik walaupun di dalam suasana pandemik Covid-19.
Menurut Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi , Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, prestasi eksport bagi tempoh ini telah mencatatkan nilai RM15.7 bilion berbanding RM16.4 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.
Peratus penurunan ini adalah rendah, iaitu sekitar empat peratus dan pasaran kini berada pada fasa pemulihan.
“Dari segi negara pasaran eksport, pasaran utama kayu dan produk kayu Malaysia yang menunjukan peningkatan positif ialah Amerika Syarikat (AS) dan China dengan kedua-dua negara ini mewakili 43 peratus pasaran eksport Malaysia.
“Bagi tempoh Januari-September 2020, pasaran AS telah meningkatkan pembelian sebanyak 53 peratus kepada RM5.1 bilion,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, kata Khairuddin, perang perdagangan antara AS dan China memberi kesan dengan peningkatan permintaan daripada AS terhadap produk perabot negara.
Manakala China mencatatkan kenaikan nilai eksport sebanyak 31 peratus kepada RM1.6 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019 disebabkan China telah memasuki fasa pemulihan yang disebabkan oleh Covid-19, ujarnya.
Bagaimanapun menurut Khairuddin, pasaran kedua terbesar negara iaitu Jepun telah mengalami penurunan sebanyak 22 peratus kepada RM2 bilion.
Jelasnya, situasi tersebut didorong oleh penurunan eksport papan lapis ke negara berkenaan.
Manakala pasaran keempat dan kelima terbesar iaitu Australia dan Singapura, mencatatkan penurunan sebanyak 17 peratus dan 29 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, terang beliau.
Di samping itu, prestasi eksport bagi produk utama bernilai tambah tinggi seperti perabot kayu, tanggam dan kayu kumai secara keseluruhannya merekodkan peningkatan lapan peratus.
Manakala prestasi eksport produk primer utama seperti papan lapis dan kayu gergaji secara keseluruhannya merekodkan penurunan 24 peratus.
Justeru itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menyimpulkan bahawa, walaupun negara dan pasaran global berdepan dengan situasi yang sukar akibat Covid-19, prestasi eksport semasa telah menunjukkan industri kayu negara berada pada fasa pemulihan dan masih berdaya saing.
“Kementerian berkeyakinan prestasi perdagangan ini akan kembali positif pada hujung tahun ini.
“Aktiviti perdagangan juga diharapkan dapat dijalankan dengan lebih rancak pada tahun hadapan sebaik pandemik ini berakhir bagi meningkatkan semula prestasi eksport produk perkayuan negara,” katanya.
Untuk rekod, industri perkayuan merupakan salah satu penyumbang utama pendapatan eksport negara yang juga subsektor ketiga terpenting selepas sawit dan getah. – HARAKAHDAILY 24/11/2050
Hibur Hibur Sikit: Album 2
- H2S Pilihan: 11-Lagu M'sia BERSIH 2Mei 2019. Anti...
- H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas..
- H2S Pilihan: 13 -Nasyid Islami Malaysia, Wanita Sh...
- H2S Pilihan: 14 -Turkish Nasheed
- H2S Pilihan: 15 -Puteri dan Aku Papua.
- H2S Pilihan: 16 -Arabic Alphabet, ABC Song, Ya Nebi
- H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.
- H2S Pilihan: 18 -Taiwan Nasheed.
- H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Rasuah..
- H2S Pilihan: 20 -Superstar Cat Stevens To Yusuf Is...
3 comments:
Walau baik macamnana G PN,,Puak Pajatan Haramjadah akan sentiasa nendebsang keburukan G PN dgn penuh realistik yg hakijatnya bermodal fitnah
Yg untung, tokey balak. Melayu dapat apa? Harga getah apa citer?
Harga Babi n Keldai MAHAL
Post a Comment