Bajet Kedah 2021 fokus kesejahteraan rakyat
ALOR SETAR: Penjawat awam di Kedah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 seorang menjelang Disember 2020 sebagai menghargai sumbangan mereka menangani pandemik Covid-19 di negeri itu.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM5.6 juta dan akan dibayar pada Disember depan.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM5.6 juta dan akan dibayar pada Disember depan.
Ketika membentangkan Belanjawan Kedah 2021 pada persidangan Dun di Wisma Darul Aman katanya, semua petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Kedah akan menerima sumbangan one-off‘ RM200.
“Frontliners khususnya kakitangan kesihatan terpaksa bekerja tanpa cuti lebih-lebih lagi ketika wabak menular dengan agak serius di Kedah beberapa bulan lalu.
“Walaupun Bajet Kedah 2021 dirangka dalam suasana ekonomi agak menguncup namun tanggungjawab kerajaan untuk menjaga keselamatan, kesihatan sebagai asas kesejahteraan sentiasa diutamakan,” kata beliau hari ini.
Bajet Kedah 2021 dengan anggaran hasil sebanyak RM720 juta manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM798.88 juta, pembangunan RM200.99 juta dan menjadikan jumlah keseluruhan RM999.88 juta.
Kedah dijangka mengalami defisit 11 peratus iaitu RM78 juta.
“Sekiranya ditambah dengan perbelanjaan rawatan air iaitu RM71 juta, jumlah keseluruhan sebanyak RM1.8 bilion, bagaimanapun perbelanjaan rawatan air akan dibiayai Kerajaan Persekutuan,” tambahnya.
Katanya, bajet bertemakan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua bakal membawa kesejahteraan kepada golongan kurang berkemampuan dengan beberapa insentif membantu meringankan bebanan mereka.
Beliau membawa contoh kehidupan seorang peniaga kecil-kecilan (Kak Ton) bersama keluarganya yang dikatakan berupaya memperolehi bantuan sebanyak RM20,000 pada tahun depan melalui pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan membantu golongan miskin.
Program Bantuan Beras Sejahtera bakal dinikmati 3,600 keluarga setiap bulan dengan peruntukan RM2.16 juta mensasarkan 100 keluarga setiap Dun pada tahun depan, meningkat dua kali ganda dari 50 keluarga sebelumnya.
“Program Anakku Sejahtera yang akan dimulakan pada 2021 dengan peruntukan sebanyak RM1 juta akan memberi faedah kepada setiap kelahiran bayi dari keluarga B40 dengan sumbangan sebanyak RM100 melalui simpanan SSPN.
“Selain itu sebanyak RM24.82 juta untuk kebajikan masyarakat termasuk bantuan am bulanan, bantuan bencana, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) dan rumah orang-orang tua,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/11/2020

Hibur Hibur Sikit
Album 4
- H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
- H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
- H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
- H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
- H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
- H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
- H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
- H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
- H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
- H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
10 comments:
Dlm Bernama, MB kedah ckp menerima hasil negeri rm504 juta.
Tp buat budget 2021 hampir rm1 bilion. Belum apa2 dah budget defisit rm500 juta.
Mintak pencerahan pakar ekonomi Pas.
Mung gi ngadap MB n Peg Kewangan Kedahlah mung tanyalah beribu soalan
Third Wave mahu Ebiet Liew bertanding.
Bukan sahaja manusia yang kesusahan malah haiwan pun tidak dilupakan untuk di bantu..! Baik rakyat mahu pun agensi kerajaan semuanya merasa pembelaan yang beliau lakukan..!
Pendakwah terkena, Ebit Lew menghulurkan sumbangan makanan kepada haiwan di Zoo Negara selepas dimaklumkan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak zoo.
Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, RM1 juta sebulan diperlukan untuk menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo.
“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Sekarang dah banyak bulan pihak Zoo Negara tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Kawasan pilihan yg sesuai utk Ebiet Liew Bertanding
1. Langkawi - klu si bebal masih nak bertanding
2. Port Dickson - Hancurkan Pluralisma Agama
3. Jerlun atau Matang Pauh - legasi hampeh
Haahh tepokk..
UEL lyk bertanding di Bukit Bintang, Kepong,Bangi,Sepang,Seputeh,Jelutong,KotaRaja,Shah Alam dan Simpang Rengam
UEL nak cuba Kaw PAS x hal
Cer tanding kat marang atau kuala nerus
Bereh bosss kalo rasa nak glamiur
UEL tahu siapa kawan siapa lawan
Yg mana halal n haram
Yg liberal n berjuang
Aku Syor Pekan,Bagan Datuk, Baling,Bagan,Iskandar Puteri,Pokok Sena,Temerloh,Raub,Kuantan,Lumut,Besut,Setiu,Kota Kibabalu n Kuching
Atok yg kononnya hebat, perwaja lingkup, bank bumi lingkup, forex lingkup, yg peliknya atok makin kaya. Atok guna tongkat kayu tiga. Setakat ni, belum dengar lagi pemimpin pas menjarah khazanah negara untuk peribadi.
Post a Comment