Friday, November 13, 2020

Kedutaan Arab Saudi di Belanda dibedil

 

Pegawai forensik polis menyiasat di Kedutaan Arab Saudi di The Hague, hari ini. - Foto / AFP

AMSTERDAM – Satu kejadian tembakan berlaku di Kedutaan Arab Saudi di bandar The Hague, Belanda hari ini.

Jurucakap polis berkata, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan), kami menerima maklumat mengenai satu tembakan dilepaskan di sebuah bangunan di The Hague.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” kata polis dalam satu kenyataan melalui Twitter.

Polis berkata, beberapa kelongsong peluru ditemui di tempat 

kejadian selepas insiden berlaku.
Sementara itu, media tempatan melaporkan, terdapat 20 kesan tembakan pada dinding bangunan tersebut.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai jumlah tembakan sebenar yang dilepaskan.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya telah menutup kawasan tersebut daripada umum dan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, motif kejadian masih belum lagi diketahui.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas kejadian letupan bom di acara memperingati mangsa Perang Dunia Kedua yang dihadiri diplomat asing di Jeddah, Arab Saudi dan mengakibatkan dua individu cedera. – AFP

6 comments:

Anonymous said...

Perang Covid n Perang Kebencian

Anonymous said...

Tindakan bacul tembak sembunyi/curi oleh orang2 puteh kafir Belanda?

Anonymous said...

Kerajaan Perancis secara terang2an telah menghina Baginda Besar Nabi Muhamaad SAW, penghulu bagi sekalian nabi dan para rasul!

Adakah ini bererti kerajaan Perancis sudah mulakan gendang perang Salib vs Islam?


Anonymous said...

Dihari Jumaat yang mulia ini jom semua kita semua sedekahkan AL-FATIHAH kepada pemuda Chechen yang dibunuh kejam oleh kerajaan Perancis!

Tidak timbul lansung soal pengganas atau terorist oleh pemudah yang telah dibunuh kejam oleh polis Perancis tesebut! Ianya adalah soal penghinaan yang telah dilakukan oleh sebuah akhbar Perancis!

Atau mungkin kerajaan Perancis sudah tidak lagi sabar mahu memulakan perang Salib vs Islam?

Anonymous said...

From 1960 to 1996, France carried out 210 nuclear tests, 17 in the Algerian Sahara and 193 in French Polynesia in the South Pacific!

Inilah negara yang telah banyak membuat KEROSKAN DIMUKA BUMI ini!

Tak usahlah lagi nak membuat kerosakan di Arab Saudi, di negara orang. Kalau nak sambut HARI KEMATIAN dsb eloklah balik kenegeri kamu dan sambutlah disana!

Dizaman pendemic COVID-19, tak usahlah nak menyibuk dinegara orang!

Sampaikan pesanan ini kepada kedutaan Perancis!

Anonymous said...

Sekolah bukanlah tempat untuk menyemai KEBENCIAN dan PENGHINAAN AGAMA, ianya suatu perbuatan JENAYAH!

Jom semua umat Islam diseluroh dunia sama2 kita sedekahkah AL-FATIHAH kepada syahid pemuda Chechen yang telah dibunuh kejam oleh pemerintah Perancis!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails