SUKAN
Pertembungan dua otai
Kuala Lumpur: Kejohanan Simulasi Road To Tokyo kedua yang berlangsung di padang Majlis Sukan Negara menyaksikan pertembungan dua pemanah senior negara iaitu Khairul Anuar Mohamad menentang Haziq Kamaruddin di pentas akhir, hari ini.
Pada aksi separuh akhir semalam menyaksikan Khairul yang juga sudah mengesahkan tempat ke temasya Sukan Olimpik Tokyo mudah menundukkan Muhammad Akmal Nor Hasrin 6-0.
Manakala Haziq membuktikan bahawa dia antara atlet terbaik negara ketika ini turut cemerlang menundukkan Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli 6-2.
Jumlah keseluruhan mata yang diraih oleh Khairul Anuar adalah 683 sementara Haziq mengumpul 662 mata.
Bagi Khairul Anuar, kejohanan itu sedikit sebanyak membantu beliau dan rakan sepasukan mendapatkan kembali momentum dan perasaan seperti dalam kejohanan sebenar.
''Kita pun dah lama tak ada kejohanan jadi kejohanan simulasi ini amat membantu kami untuk lebih fokus seperti berada dalam kejohanan besar,'' katanya.
Tambah Khairul kejohanan simulasi ini juga dapat membantu dia memperbaiki teknik panahan sedia ada.
Sementara itu dalam aksi wanita, perlawanan akhir membabitkan saingan Nurul Azreena Mohamad Fazli menentang Nur Ain Ayuni Fozi di pentas akhir. Azreena mengumpul 640 mata manakala Nur Ain 626 mata selepas 72 panahan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan Memanah menurut Hadis..Bersabda Rasulullah S.A.W.
"Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? "
Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: "Aku adalah seorang pemanah."
Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh..
(i) satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya,
(ii) pemanah (yang menggunakan anak panah itu)
(iii) dan pembuat anak panah itu.
Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya.
Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya."
Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?".
Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "Dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat".
Maka sabda Rasulullah S.A.W. :
"Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini (beribadat) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu (memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah".
Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya".
Dari sabda Nabi S.A.W.:
Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan (pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga" .
Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:
"Busur panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang".
Telah bersabda Nabi S.A.W. :
"Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah".
Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud :
"Panahlah olehmu wahai Saad (Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu".
Dari Salamah bin Al-Akwa’ radhiallahu anhu dia berkata:
مَرَّ النبيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُوْنَ فَقالَ: اِرْمُوا بَنِي إِسْماعِيْلَ فَإنَّ أَباكُمْ كَانَ رَامِياً
“Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah melewati sekelompok Bani Aslam yang berlomba memanah. Lalu beliau bersabda, “Memanahlah kalian wahai anak keturunan Ismail, kerana sungguh ayah kalian adalah seorang pemanah.”
(HR. Al-Bukhari no. 2899)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda di atas mimbar:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ ما اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ، أَلآ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، ألا إن القوة الرمي، ألا إن القوة الرمي
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
(HR. Muslim no. 1917)
Dari Uqbah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ عَلِمَ الرَّمْيَ ثُمَّ تَرَكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا أَوْ فَقَدْ عَصَى
“Barangsiapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat.”
(HR. Muslim no. 1919)
Ringkasnya:
Islam adalah agama yang kuat dan agama yang memerintahkan untuk senantiasa persiapkan kekuatan, menempuh semua wasilah dalam mengumpulkan kekuatan. Di antara bentuk persiapan kekuatan yang diperintahkan dalam Islam adalah memanah dan menembak.
Nabi SAW menekankan sahabat dan umatnya agar bersemangat dan berlumba dalam mempelajarinya kerana kemampuan memanah dan menembak ini sangat diperlukan dalam jihad di jalan Allah dan dalam membela kaum muslimin. Dari sudut lain, Nabi SAW juga sangat mencela orang yang mengetahui cara memanah baik tetapi meninggalnya tanpa uzur yang dibenarkan syariat.
Wallahu 'aklm.
Hibur Hibur Sikit: Album 1
3 comments:
Kalau puak liberal, mereka sibuk nak jaga hati kaum cina dan india. Pesta arak,ltte, tattoo, pesta lgbt, konon hak kebebasan kaum lain. Bau busuk babi pun dibenarkan. Sanggup korbankan hak kebebasan bumiputera dan Islam. Hidupkan sunnah Rasul. Memanah adalah salah satunya.
sambung
Balasan surat cinta Otai pada Atok menjelang Bajet 2021 pada 25.11.2020
Kehadap'an Wakanda Atok di cintaik lagi lidah bercabang..!!
Serangan wakanda atok terhadap kanda Anwar semakin kuat dan terbuka. Wakanda Atok ni Udah Kenapa? Menjelang bajet 2020 di Parlimen dng menyerang kanda Anwar bertalu-bertalu agar PM Muhyiddin dan Assmin@ pengkhianat dapat diselamatkan.!?
Teruk!!!! Nyanyuk wakanda atok ni. Dolu wakanda wak lu yg tergedik gedik nak letak jawatan sekarang nak kembali ke dalam PH. Otak wakanda atok ok lagi ke..!? #sakaissick
Wakanda atok kubur dah kata mari dan rumah kata pergi.!! Wakanda Atok ni kerja mengkhianati orang jerrrrr ker!!!!
Mai mana 66 MP tu? Oic....so betul lah apa kami kata dulu..Sekarang, Allah munculkan KEBENARAN. Hang nak 92 sokong 66 tapi tak boleh nak bagi 66 sokong 92? Tu pun hang dan balaci-balaci hang dok kata hang ada majoriti? Majoriti pala bana wak lu..!?
This is kepala bana atok...!!
Yang hang dok tuduh macam-macam KUNUN nya...
- DSAI gila-gila nak jadi PM, DSAI liberal pasai apa..!?
- Tidak disokong oleh Melayu, - Tak boleh jadi PM sebab tak ketuai Parti Melayu pasai apa.?
- Tak mampu jadi PM dalam keadaan krisis Ekonomi...tu BUKAN cuba halang ke namanya? Kalau hang taknak halang mulut PUNGKOQ AYAM hang tu kasi tutup la.
Hang Kata DSAI tak cukup sokongan nak jadi PM, tunggu je lah undian Bajet 2021 tu atau PRU15.
Hang khianat dan kata "saya pun tak suka DAP...tak suka Anwar" kami Otai tak lupa woo...
Manusia jenis apa bila diberikan peluang KEDUA, TETAP KHIANAT?? Sesuai tak kalau kita kata MUNAFIK..!! APANAMA?? TaK HALANG?? Tak halang kepala bana hangguk tok wan hang..!!
Kita akan londeh orang tua ini habis-habisan jika itu yang beliau mahukan sebelum dia dimakan tanah. Sekian.
WFAUZDIN NS
Pada rakyat Malaysia yang dicintaik amik lah iktibar dari kedua musibat ini yeop ooi..!!
Yeop kenape tetibe depa suma panas montot..!? Kubo udah kate mari umah udah kate mohh leehh pergi.. ateee kome nak wat lagu mane lagi yeopp ooii..!
Bergadoh lah sampai mati.. jangan kate nanti mengkomer tak pesan.. udah berbuih mulut.!
Cuma satu ajer nak pesan pada 25.11.2020 nanti...
Suma dah buat pesan udah, cakap baik baik pun udah, ceramah pun udah, dosa pahala pun udah ngata suma udah.
Kalau jenis species suka gadoh sampai mati haahh kau gadoh la sampai masuk kubo..
Jangan kata mike tak khaborr.. lantok la..!!
Ada satu ajer lagi nak kasi khaborr
kasi penyepak ajer kjaan PN@Atok masuk longkang..
hahhhh tepokkkk..!!
kikikiki..
PH jgn berangan lah deme nak jd G semula coz Rakyat Marhaen dok tak sior
nak belangkas dgn kau org, jenis kencing n berak pakai lap dgn tisu ajee, bau busuk kohonggg
Post a Comment