Antara premis hiburan dan karaoke di sekitar ibu negara yang diserbu polis, malam kelmarin. - NSTP/Foto ihsan polis
5 pusat hiburan, karaoke digempur
KUALA LUMPUR: Seramai 180 pengunjung di lima pusat hiburan dan karaoke sekitar ibu negara, ditahan serta dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malam kelmarin.
Serbuan bermula jam 10 malam itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, IPD Dang Wangi serta IPD Cheras.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata enam wanita serta tiga lelaki tempatan dalam kalangan pengunjung ditahan di salah sebuah premis hiburan terbabit juga didapati positif dadah.
"Serbuan dilakukan selepas kita menerima maklumat daripada orang awam mengenai ada pusat hiburan dan karaoke masih beroperasi meskipun kerajaan sudah lama mengeluarkan larangan berikutan pelaksanaan PKP.
"Justeru bersandarkan maklumat risikan, semua elemen terbabit pada peringkat kontinjen dan daerah digerakkan untuk mengesan serta mengambil tindakan terhadap mereka yang berdegil," katanya kepada BH.
Beliau berkata, walaupun pemilik premis hiburan menggunakan pelbagai taktik dan helah bagi mengaburi mata pihak berkuasa, kegiatan mereka tetap dapat dihidu.
"Objektif utama kita ialah memastikan rantaian penularan COVID-19 dapat dihapuskan, selain mengesan kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Serbuan dijalankan itu meliputi kawasan sekitar Jalan Metro Pudu, Jalan Gelang, Jalan Ampang dan Bukit Bintang.
Hibur Hibur Sikit: Album 2
- H2S Pilihan: 11-Lagu M'sia BERSIH 2Mei 2019. Anti...
- H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas..
- H2S Pilihan: 13 -Nasyid Islami Malaysia, Wanita Sh...
- H2S Pilihan: 14 -Turkish Nasheed
- H2S Pilihan: 15 -Puteri dan Aku Papua.
- H2S Pilihan: 16 -Arabic Alphabet, ABC Song, Ya Nebi
- H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.
- H2S Pilihan: 18 -Taiwan Nasheed.
- H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Rasuah..
- H2S Pilihan: 20 -Superstar Cat Stevens To Yusuf Is...
Pusat2 seperti ini tidak mendatangkan apa2 faedah malah lebih banyak menyumbangkan kepada perkara yang merosakkan seperti pemerdagangan manusia, pelacuran, dadah, mabuk dan melanggar manusia dsb.
ReplyDeleteOleh itu pusat2 maksiat seperti ini hendaklah diTUTUP secara beransur2!