Tuesday, November 17, 2020

Lagi Program Menteri PAS Kreatif, Rumah Ibadat Hijau, Gereja, Tokong, Kuil

 

Rumah Ibadat Hijau dilaksanakan KASA tahun depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air menyasarkan untuk melaksanakan program Rumah Ibadat Hijau di 100 rumah ibadat di seluruh negara tahun depan.

Menterinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC)  juga sedang memperhalusi mekanisme pelaksanaan yang lebih inklusif dan mampan dengan memperkenalkan inisiatif Rumah Ibadat Angkat.

“Inisiatif itu bagi menggalakkan agensi, jabatan atau badan korporat memilih untuk bekerjasama dengan rumah ibadat pilihan dan memberi komitmen dalam bentuk sumbangan masa, tenaga serta kewangan kepada rumah ibadat.

“Objektif program Rumah Ibadat Hijau sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya gaya hidup hijau dalam kalangan ahli kariah iaitu menjadikan komuniti yang cekap tenaga, cekap air, mesra alam dan rendah karbon,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) berkenaan perkembangan program Masjid Hijau.
 
Menurut Tuan Ibrahim,  agensi dan jabatan di bawah kementeriannya telah memilih 12 rumah ibadat di lapan negeri untuk dijadikan Rumah Ibadat Angkat dan menjalankan program Rumah Ibadat Hijau. 

Katanya program Rumah Ibadat Hijau menekankan empat elemen hijau iaitu jimat penggunaan tenaga elektrik, jimat penggunaan air terutama ketika berwuduk di masjid dan surau, kurangkan penjanaan sisa dan uruskan sisa buangan dengan teratur serta menggalakkan pembelian dan penggunaan produk hijau.

Program Masjid Hijau merupakan antara program induk Rumah Ibadat Hijau yang merangkumi gereja, tokong, kuil serta rumah ibadat lain.

Beliau berkata program Rumah Ibadat Hijau dapat dicapai dengan membina kesedaran amalan hijau dalam kalangan ahli kariah, menerapkan dan mengembangkan budaya gaya hidup hijau serta mewujudkan mekanisme sumbangan Rumah Ibadat Hijau atau Wakaf Masjid Hijau bagi aplikasi teknologi hijau. – BERNAMA

BuletinBernama : Kementerian Alam Sekitar dan Air menyasarkan program Rumah Ibadat Hijau dapat dijalankan di 100 rumah ibadat di seluruh negara pada tahun 2021. Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata untuk menunjukkan fokus dan komitmen Kementerian dalam mengerakkan ...
New
Keputusan berhubung kebenaran perlaksanaan aktiviti keagamaan di rumah ibadat selain agama Islam akan diketahui selewat-lewatnya Selasa depan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kabinet sudah mengarahkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah ...

Rumah ibadat bukan Islam yang berada di zon hijau COVID-19 akan dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun ini. Bagaimanapun Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menegaskan, operasi berkenaan perlu mengikuti SOP yang ditetapkan an

7 comments:

  1. Pemanasan global, upacara2 pembakaran, asap2 perlu dikurangkan atau dibendung selari dengan aspirasi HIJAU global!

    ReplyDelete
  2. 25.11.2020 - INGAT TARIKH INI KETAT KETAT... HARI PENENTUAN (THE JUDGEMENT DAY)

    Terima Kasih Bossku... bukan atok kau..!!

    Apa Pun Presiden Kena Pastikan Pada 23.11.2020 Undian Untuk Kelulusan Budget 2021.

    Jika Kerajaan PN Miden GAGAL Tunaikan Tuntutan Rakyat Ini… HARAM Untuk MP BN Lepaskan Anjing Tersepit… Jangan Lupa Presiden..

    Jangan Lupa !!!

    Akhirnya Demi Survivor Politik, Muhyiddin Benarkan Pengeluaran KWSP, Terima Kasih Bossku, Terima Kasih BN

    Akhirnya, setelah mendapat tekanan dari rakyat dan berhadapan kemungkinan akan dimalukan di Parlimen ketika undian Bajet 2021 pada 25 November 2021 nanti, Muhyiddin terpaksa akur dengan membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian dari simpanan mereka dari Akaun 1 KWSP.

    Pastikan kuda tunggangan atok tunduk melutut dengan permintaan rakyat atau dimalukan dengan undi tak percaya

    Terima Kasih Bossku

    ReplyDelete
  3. Bukankah kuda tunggangan atok tu dah isytihar bahawa PAS itu Parti Ajaran Sesat = PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak RBA tolol berlapis-lapis cuba menyamar sebagai orang Melayu untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam dan perjuangan Islam dan melaga-lagakan kaum Melayu Islam supaya umat Islam menjadi lemah dan boleh diperintah oleh puak kafir harbi roket .

      Delete
  4. Parti jual agama dan parti teb7k atap
    Tebuk tabung la...yeaaa

    ReplyDelete
  5. Puak liberal dan puak PANdir berhati serigala menjual agama untuk mendapatkan sedikit keuntungan dunia dengan bersekongkol dengan puak kafir harbi roket yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan kencing rakyat.

    Sesungguhnya Allah tidak akan memberi sebarang keuntungan dunia kepada puak munafiqun dan puak kafir harbi. Dan musuh Islam ini akan dihumban ke dalam neraka dan mereka kekal di dalamnya.

    Cukuplah 22 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo x sailang meranalah rakyat Malaysia Ketika Covid dibwh Pakatan Hampatakdaedah,hati2 berebut jawatanPM,Melayu Islsm senakin dibabikan o Si Liberal

      Delete