PKPB: Pengunjung pusat hiburan parkir bawah tanah elak dihidu pihak berkuasa
KUALA LUMPUR: Pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, di sini, dikesan menggunakan taktik parkir kenderaan mereka di ruang bawah tanah bagi mengelakkan kegiatan itu dihidu pihak berkuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun, perkara itu terbongkar hasil pemeriksaan polis sebelum melakukan serbuan ke atas pusat hiburan itu, kira-kira jam 11 malam tadi.
Terdahulu ketika tinjauan dilakukan kira-kira jam 10.30 malam di kawasan hadapan premis terletaknya pusat hiburan itu, suasana dilihat sunyi seolah-olah tiada sebarang kegiatan berlaku.
Bagaimanapun, polis curiga apabila hasil pemeriksaan di kawasan parkir bawah tanah, mendapati ada puluhan kenderaan mewah dengan beberapa lelaki dilihat berlegar-legar sambil memegang walkie-talkie.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, kemudian bertindak pantas menahan tiga lelaki disyaki berperanan memantau kehadiran polis.
"Susulan itu, polis berjaya melakukan serbuan tanpa dapat dihidu oleh pengunjung dan pihak pengurusan premis hiburan terbabit.
"Dalam serbuan itu, polis menahan 79 lelaki tempatan dan 19 wanita tempatan
"Polis juga menahan lapan wanita warga asing membabitkan enam dari China dan masing-masing seorang warga Russia serta Ukraine," katanya kepada BH, hari ini.
Nik Ros Azhan berkata, seramai 104 individu dikenakan kompaun kerana melanggar syarat PKPB.
"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur juga menjalankan pemeriksaan air kencing dan menahan sembilan individu, termasuk dua wanita yang didapati positif dadah," katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen, serta Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seperti juga arak punca kejahatan, pusat hiburan juga jadi sarang dan punca maksiat samada terang atau tersembunyi.. yang menyusahkan pentadbiran negara.
Bila lagi kerajaan PN akan mampu menanganinya bersungguh-sungguh? Kena lantik menteri PAS juga ke untuk basuh hingga ke akar umbi?
- H2S Pilihan: 21 -Lagu Nelayan
- H2S Pilihan: 22 -Nasheed Thailand&Indo-Thai.
- H2S Pilihan: 23 -Lagu Lawak
- H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
- H2S Pilihan: 25 -Nasyid Orang Asli Malaysia.
- H2S Pilihan: 26 -Nasheed Bosnia
- H2S Pilihan: 27 -Nasyid Silat Melayu
- H2S Pilihan: 28 -Syria Nasheed &ALLAH.
- H2S Pilihan: 29 -Pop 60an Puja Wanita.
- H2S Pilihan: 30 -Iranian & Shia Nasheed
7 comments:
Aminn...berkat kerajaan melayu isle
PH mmerintah x mungkin ini berlaku
Mana janji puak suci nak tutup kelab malam???
Rakyat sudah tahu puak kafir harbi roket dan khadam liberal dan khadam RBA adalah pembela industri dosa besar seperti arak dan judi dan aktiviti maksiat seperti pesta arak terbuka seperti Oktoberfest dll.
Mereka tidak peduli jika pemandu-pemandu mabuk melanggar dan membunuh umat Islam. Yang penting bagi mereka ialah wang masyuk !
Musuh Islam ini sibuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, jemaah Islam seperti parti Islam dan umat Islam yang gigih menentang kemungkaran dan kesesatan Yang dipromosi oleh musuh Islam.
Alkah bg COVID tpaksa tutup
Bagus artikel Ibnu Hasyim ni, sangat membantu! Teruskan membongkar dan mendidik masyarakat walaupun usaha2 murni anda ini sangat dibenci oleh golongan2 Melayu liberal!
Teruskan bersama2 Isma, ustaz2 mereka, persatuan pengguna Islam serta yang lainnya untuk kita tegakkan syiar Islam!
Janganlah kita mahu berharap kepada ahli2 politik MP2 KHADAM DAP terutamanya dalam usaha2 menegakkan syiar Islam sebergini!
Dalam kelab tu majority ialah liberal. Selebihnya dap. Tak mungkin golongan agama buat kerja jijik tu. Boleh tanya asy-syeikh al-abam al-lendiri.
Post a Comment