Polis tahan 72 pengunjung disko di Serdang
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang dikesan sering beroperasi sehingga jam 2 pagi setiap hari termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), digempur polis awal pagi semalam.
Seramai 72 pelanggan dan 11 pekerja ditahan dalam serbuan jam 1.15 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, bersama Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata serbuan dibuat selepas maklumat risikan mendapati pusat hiburan itu sering beroperasi lebih masa sejak sekian lama.
"Premis hiburan yang didirikan dalam bangunan kedai dua tingkat di kawasan komersial ini dipercayai menjadi tumpuan penduduk dari Sabah dan Sarawak untuk berhibur.
"Berdasarkan maklumat risikan kita dapati kebanyakan pelanggan di sini menggunakan khidmat kereta e-hailing untuk datang dan pulang dari berhibur bagi mengelakkan pihak polis mengesan kenderaan yang diparkir sekali gus menandakan adanya aktiviti hiburan hingga lewat pagi," katanya kepada BH hari ini.
Razali berkata, pihaknya turut menjalankan ujian air kencing dan pemeriksaan rekod jenayah lampau namun tiada antara mereka dikesan positif dadah selain tidak terbabit dalam mana-mana kegiatan jenayah.
"Bagaimanapun pihak polis menahan kesemua pengunjung terdiri daripada 53 lelaki dan 19 wanita berusia antara 18 hingga 37 tahun dan membawa mereka ke Balai Polis Puchong Jaya.
"Turut ditahan tujuh lelaki dan empat wanita yang juga pekerja pusat hiburan berkenaan," katanya.
Seramai 72 pengunjung disko dan 11 pekerja ditahan melanggar PKPB. FOTO IHSAN POLIS
Katanya, kesemua yang ditahan dikompaun RM1,000 setiap orang di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas dua set pembesar suara, satu mixer, salinan lesen perniagaan pusat hiburan (PUB), enam keping resit jualan, menu minuman keras dan wang tunai RM2,644.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah. FOTO IHSAN POLIS
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Malaysia masih lagi salahguna pusat hiburan, jadi pusat maksiat.. Kerajaan kini masih lagi tidak prihatin kepada kehendak rakyat dan penghuni tetap majoriti rakyat di negara ini.
Ramai Penguatkuasa kecur ayat liur bika ditawar 2W,,,keraba iman tak dpt dijualbeli
ReplyDeleteIman bukan diwarisi. Ada parti yg sokong dap.
ReplyDeleteAdun dap langgar sop, siang kit sonyap jer. Bila at takiri langgar sop, bertubi tubi kutukan siang kit. Ini iman yg diwarisi dari fahaman komunis.
ReplyDeletePAN n Melayu DAP sanggup ditalkinkan LKS
DeleteMengapa pemimpin-pemimpin kafir harbi dan RBA dan khadam munafik liberal mereka berdiam diri seperti syaitan bisu tidak menyalak histeria apabila pemimpin roket dan barua mereka sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Bergerakan Bersyarat (PKPB) yang melarang merentas daerah dan negeri ???
ReplyDeleteSebaliknya puak musuh Islam ini sibuk meroyan dan menyalak histeria siang dan malam mengutuk, menfitnah dan memburuk-burukkan menteri parti Islam yang telah disaman RM1000 kerana SOP covid-19 dan beliau telah disahkan negatif covid-19.
Ini jelas membuktikan musuh Islam adalah kepala bapak hipokrit lidah biawak berhati hitam berkarat yang suka menyebarkan pembohongan dan fitnah untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dan memburuk-burukkan menteri parti Islam, parti Islam dan perjuangan Islam yang berjuang menegakkan Islam.
Sedarlah umat Islam bahawa musuh Islam sentiasa menyerang Islam dan minda umat Islam dari pelbagai sudut. Cukuplah 22 bulan !
RORA doh jd ROGET
DeleteInilah jadinya apabila peMuka agama mentadbir negara. Makin banyak sarang maksiat. Apa nak jadi la menteri.islam pada ketayap je. Hudud pun dah hangus takde satu usaha lagi utk diusul dalam parlimen..
ReplyDeleteBengong ulasan harbi
Delete