Sunday, November 15, 2020

Maksiat bertopeng hiburan diserbu, 57 ditahan malam tadi.

 

Antara yang ditahan dalam serbuan membabitkan mini kasino di Taman Sentosa, malam tadi. - Foto NSTP/Ihsan PDRM

JOHOR BAHRU: 57 individu berusia antara 13 hingga 70 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Taman Sentosa di sini, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata serbuan pertama yang dilakukan di mini kasino berjaya menahan 24 individu iaitu 19 lelaki dan lima wanita, termasuk warga Singapura.

Katanya, premis itu adalah salah satu pusat judi yang dipercayai baru dua hari beroperasi.

"Polis tidak menolak kemungkinan sebelum ini mini kasino berkenaan beroperasi di kawasan lain sebelum berpindah ke lokasi baharu.

"Mereka berselindung di sebalik papan tanda pusat latihan snuker dan itu memang kaedah mereka untuk mengaburi mata pihak berkuasa serta orang awam," katanya dalam serbuan, malam tadi.

Ayob Khan berkata, serbuan kedua dilakukan terhadap sebuah premis rumah tumpangan di Jalan Rusa yang juga diubah suai dijadikan mini kasino.

Katanya, dalam serbuan itu 33 individu ditahan membabitkan 21 lelaki dan 12 wanita, termasuk enam warga China, seorang Indonesia dan lima tempatan.

"Rumah tumpangan ini dipercayai sudah lama beroperasi. Kita dapat maklumat daripada orang awam minggu lalu.

"Mereka tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan. Malah, terdapat banyak minuman alkohol tidak berlesen disediakan,"katanya.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara maksiat dan kesalahannya..

(i) Premis itu adalah salah satu pusat judi.

(ii) Berselindung di sebalik papan tanda pusat latihan snuker. 

(iii) Juga dilakukan terhadap sebuah premis rumah tumpangan yang diubah suai jadi mini kasino.

(iv) Tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan. 

(v) Terdapat banyak minuman alkohol tidak berlesen. 

Benarkah pusat hiburan begini boleh hiburkan rakyat Malaysia yang majoriti Islam ini? Kerajaan, sila buat kajian terperinci.. Pusat buat kerja-kerja haram atau pusat hiburan syaitan-syaitan berwjah manusia?

Hibur Hibur Sikit:

Album 4

13 comments:

Anonymous said...

Jom beri sokongan padu kepada Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam membenteras judi, pelacuran, penyeludupan dan segala bentuk kemungkaran!

Negeri Selangor, Pulau Pinang juga perlu diberi perhatian serius!

Anonymous said...

Undang2 berkenaan judi, pelacuran NAMPAK kurang berkesan! Dah boleh gubal undang2 yang lebih keras nampaknya!

Kau betul aku salah said...

Cina GPS hentam Noor Hisham, MP Melayu kecut?
Oleh: PentadbirNovember 15, 2020
Share
FB Adrian Lim Chee

Cina ini bukan Cina sembarangan.

Cina ini telah menghina Ketua Pengarah Kesihatan kita yang siang malam sibuk bertarung dengan Covid-19.

Tapi oleh kerana yang menghina itu Cina PN, maka Melayu-melayu UMNO/PAS/PPBM tidak berani tegur dia.

32 orang Menteri PN terdiam.
38 orang Timbalan Menteri PN terciduk.
Ratusan NGO-NGO Melayu PN tertunduk.
Ribuan askar siber Melayu PN tersendu.

Hebat Cina ini. Bersenjatakan mulut sahaja, semua pahlawan-pahlawan dan pejuang-pejuang Melayu PN punya telur dia telah berjaya picit dan pegang.

Ini lah bukti Cina semakin besar kepala di zaman PN. Hidup Cina!

Anonymous said...

Tangkap dan Tindakan Undang-Undang Perlu Diambil Terhadap Zeti Aziz Bekas Gabenor Bank Negara

Satu siasatan telah dibuat terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz, dan nampaknya beliau telibat dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa. (Link Video bawah ni haah)

https://youtu.be/9keShws0UEU

Siasatan juga telah menunjukkan yang beliau tahu tentang derma sebanyak US$680 juta dari Arab Saudi.

Zeti jugalah yang menasihati Najib Tun Razak untuk memasukkan duit itu ke dalam akaun peribadinya dan bukan ke dalam akaun Umno.

Zeti juga yang memberi kelulusan untuk duit itu dibawa masuk ke Malaysia.

Penglibatan Zeti bersama Jho Lo (link bawah ni haahh..!)

https://www.malaysia-today.net/2020/10/30/the-untold-story-of-zetis-involvement-with-jho-low/

Mengapa Zeti perlu disiasat. Tangan tangan kotor Zeti’s dan sikap diam membisunya kerana Zeti juga adalah beneficiaries dalam duit 1MDB. Pendedahan peranan keluarga suami Zeti dan keluarganya bersama Jho Lo dalam kes 1MDB sambil mengenakan Najib Tun Razak.

Anonymous said...

Bila nak buat hukum HUDHUD HAHAHAA

Anonymous said...

Anon rasis 1:10 telah membuat hasutan perkauman untuk melaga-lagakan kaum cina dengan kaum Melayu dan menghina, menfitnah dan memburuk-burukan kaum Melayu.

Kita mohon pihak berkuasa menangkap dan mendakwa anon rasis 1:10 ini.

Anonymous said...

Pendapat seorang MP tidak mencerminkan dasar PN.

Anonymous said...

Puak kafir harbi roket, RBA dan khadam liberal mereka menentang , menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam seperti Hudud apa cerita ?

Anonymous said...

Bila buat hukum hudud tangan mung kudung n kena sebatlsh mung sbb mung kakii msksiat

Anonymous said...

Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)

Anonymous said...

Mari kita kecam anon 1:10. Dia sangat bodoh dan rasis melaga lagakan kaum cina dan melayu.
Yang dibolehkan rasis dalam parti pas hanyalah terhadap puak rba dan cina dap sahaja. Itu memang dibenarkan dalam pas.kita wajib maki kecam dap sebab dia cina kapir harbi. Menteri mp bintulu dia bukan kapir sangat jadi kita pas jgn sesekali memakinya.takbir!!

Anonymous said...

RBA 3:53 adalah pembohong longkang yang sangat hina kerana menyamar sebagai ahli PAS untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS.

Nampaknya puak kafir harbi biaDAP dan khadam RBA mereka sangat terdesak sekarang sejak mereka jatuh terguling baham tanah kerana rakyat yang dikencing oleh mereka sudah tidak percaya pada mereka

Anonymous said...

Ya benar puak kafir harbi rasis, RBA dan khadam liberal mereka telah menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan kaum Melayu Islam kerana musuh Islam paling rosak !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails