“Tanah untuk mereka yang tidak bertanah, pekerjaan bagi mereka yang tiada pekerjaan; tanah yang subur bagi rakyat yang layak.”
Itulah petikan kata-kata keramat almarhum Tun Abdul Razak Hussein, lebih 60 tahun lampau yang menjadi prinsip asas penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dikenali sebagai FELDA.
Tanah Rancangan FELDA mula-mula sekali diteroka adalah pada tahun 1958, terletak di Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Rancangan ini meliputi kawasan penanaman getah seluas 2,631 hektar dengan penyertaan 616 peserta yang terdiri daripada kaum Melayu (67 peratus) dan kaum lain (33 peratus) yang masuk secara berperingkat-peringkat
Menurut Tunku Shamsul Bahrin dalam buku Kemajuan Tanah dan Penempatan Semula di Malaysia (1986), Lurah Bilut menjadi projek pertama FELDA yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956. Ia wujud dengan objektif membasmi kemiskinan melalui pembangunan tanah dan penempatan semula masyarakat di luar Bandar.
Lurah Bilut merupakan kawasan lembah paling subur di Banjaran Titiwangsa bersempadan dengan Sungai Bilut dan Hutan Simpan Klau yang mula dibangunkan pada 1 April 1958. Di mana ia ditadbir di bawah Perbadanan Kemajuan Lurah Bilut mengikut peruntukan Ordinan Kemajuan Tanah 1956 Seksyen 42.
FELDA telah memilih Lurah Bilut sebagai rancangan pertama untuk dimajukan. Pada 16 Ogos 1957, FELDA telah mengemukakan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk diluluskan. Pada 1 April 1958 bermulalah pembangunan Lurah Bilut yang melibatkan kawasan seluas 12,920 ekar.
Nama Bilut diambil sempena nama sejenis ikan darat ‘Bilut’ atau belut dan dikenali dengan nama saintifik Krytopterus Cryptopterus. Kampung FELDA Lurah Bilut ialah sebuah kampung tersusun, yang asalnya didiami migran Minangkabau sekitar abad ke-16. Penghijrahan masuk peneroka awal FELDA Lurah Bilut meliputi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1959.
Terdapat tiga peringkat kemasukan peneroka berdasarkan tarikh kawasan peringkat itu dimajukan. Peneroka Peringkat Satu, sejumlah 418 orang masuk pada tahun 1959. Peneroka Peringkat Dua, berjumlah 92 orang masuk pada tahun 1960 dan kemasukkan peneroka terakhir Peringkat Tiga seramai 102 orang pada tahun 1961. Jumlah keseluruhan peneroka rintis FELDA Lurah Bilut adalah seramai 616 orang.
Semua peneroka rintis ini telah ditempatkan di kawasan perumahan mengikut ‘rombongan’ daerah negeri masing-masing. Sehingga ke hari ini penempatan itu masih kekal, orang Keramat ditempatkan di rombongan Keramat, orang Bentong; rombongan Bentong, orang Sabak Bernam di rombongan Sabak, orang Kelantan; rombongan Kelantan dan sebagainya.
Pada peringkat awal penempatan, semua kerja-kerja penebangan hutan, pembinaan rumah dan penanaman getah diusahakan sendiri dan secara gotong-royong. Mereka ditempatkan di beberapa buah bangsal panjang yang dijadikan rumah tumpangan sementara sebelum rumah masing-masing siap didirikan dan selepas itu mereka semua akan pulang ke kampung mengambil isteri dan anak-anak.
Antara syarat asas menyertai FELDA mestilah dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin. Pasangan muda yang baru berkahwin ini sama-sama membanting tulang mengerah keringat membangun sebidang tanah belantara tanpa apa-apa dalam masa sama membesarkan anak-anak.
Lurah Bilut terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Bentong mengambil masa kurang lebih setengah jam perjalanan dari Tol Bentong. Asalnya FELDA Bilut ini terletak di jalan mati. Belum ada binaan jalan melalui FELDA ini hingga menembusi Daerah Raub seperti sekarang. Kecuali jalan lama Bentong-Raub melalui Kampung Sungai Penjuring yang berbengkang-bengkok seperti ular kena palu.
Sekitar tahun 1990-an jalan lama Bentong-Raub itu kemudiannya dipintas dan dibina sebatang jalan baru ‘super two FT8’ yang lurus yang kini membentuk sebahagian Jalan Persekutuan 8 menghubungkan Kuala Lumpur – Kota Bharu sementara jalan lama Bentong-Raub itu pula diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 218.
Jika anda bergerak dari Kuala Lumpur, hanya perlu menggunakan Lebuh Raya Gombak-Karak, dan keluar di Exit 810 Bentong. Kemudian anda akan tiba di Bandar Bentong dan ambil jalan menuju ke arah Raub. Lembah Digital Bilut (LDB) menunggu ketibaan anda di sebelah kanan jalan raya
Ada orang mendakwa Bilut merupakan antara atau satu-satunya kawasan FELDA paling dekat dengan lebuhraya tanpa bersusah payah memandu jauh berbatu-batu masuk ke dalam. Mungkinkah?
Kewujudan FELDA Lurah Bilut begitu istimewa terutama bagi generasi pertama masyarakat tanah rancangan FELDA, kerana di sinilah bermulanya sejarah, ‘blueprint’ dan ‘role model’ rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama di Malaysia dan dunia.
Filem ‘Bilut’ telah mengangkat FELDA Lurah Bilut sebagai simbol kegigihan, kecekalan dan kekentalan warga FELDA khususnya orang Melayu dan berjaya menggambarkan dengan jelas peneroka tanah rancangan FELDA Lurah Bilut sebagai ‘the real peneroka’.
Menyorot ulasan menarik seorang penulis mengenai filem Bilut, beliau meluah jujur dan bersahaja tetapi sarat emosi. Tulisnya:
“Plot pada permulaan cerita bergerak dengan pantas dan menarik. Tak ada masa untuk terlelap. Lepas satu, satu. Suasana banjir, bertembung dengan gajah liar pada waktu malam dan hujan ribut. Rumah-rumah habis runtuh. Kalau anda pernah tengok satu babak dalam ‘Lord Of The Ring’, di mana raksasa pokok memusnahkan kubu ahli sihir dengan banjir. Perasaannya adalah seperti itu.
Gerakan kamera. Atap-atap zink berterbangan. Budak kecil tidak dapat bergerak kerana angin terlalu kencang. Kamera bergegar-gegar! Baju-baju berterbangan. Bayi kecil menangis.
Kemudian babak para peneroka pergi ke pejabat FELDA beramai-ramai dalam keadaan basah berlumpur, minta disegerakan bantuan. Berlaku konflik, pengkhianatan, hasad dengki, tamak, persahabatan, setiakawan, muafakat, cinta setia, air mata dan syahdu.
Bilut mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak saya, zaman ketika saya masih seorang budak sekolah. Ladang-ladang, jalan bertanah kuning, sungai dan sebagainya. Saya dulu semasa masih bersekolah selalu memegang cangkul, sabit, gergaji besi, baja, lilin askar, minyak tanah, air kosong dalam botol 1.5 liter, anak-anak pokok, plastik hitam, tanah gambut, sabut dan petrol.
Meredah hutan, menebas, bermain di sungai-sungai dengan abang dan kakak. Bersahabat dengan hutan. Merasai harumnya bau daun-daun hutan. Makan buah-buah hutan. Merasai sejuknya air-air sungai. Hujan. Panas terik matahari. Bau ladang bakar. Lumpur. Kolam ikan. Kambing. Lembu. Itik. Ayam. Papan. Lori. Motosikal Honda dulu-dulu. Mancis. Ladang getah. Ladang buah-buahan. Filem Bilut mengingatkan saya mengenai kisah hidup dahulu yang cukup dirindui.”
Terlalu banyak kisah di sebalik wajah FELDA Bilut melatari zaman. Bermula dari mula ia dibuka, dikunjungi orang-orang ternama dalam dan luar negara seperti DYMM Yang Dipertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Putra Jamalullail dan kunjungan beberapa kali DYMM Almarhum Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’adzam Shah
Almarhum Tuanku Ahmad Shah berangkat mencemar duli pada tahun 1994 memberi penghormatan terakhir kepada jenazah putera Lurah Bilut, Allahyarham Mejar Ariffin Zakaria yang terbunuh di Bosnia-Herzegovina akibat terkena bom mortar dilancar pengganas Serb semasa melaksanakan misi pemerhati PBB.
Berpuluh-puluh tahun lampau tanah ini dibangun dan ‘dihidupkan’ dengan curahan keringat, tumpahan air mata, namun kini generasi pewaris menagih ‘janji’ yang belum tertunai sejak zaman berzaman
Tetamu boleh datang dan pergi; meninggal jejak, menghidu wangi bau, namun hakikatnya anak watan sedang berdamai dengan takdir mencicip rasa ‘tawor hebeh‘ sejak sekian lama mendiami jajaran bumi lindungan Banjaran Titiwangsa ini.
KHAULAH AL-AZWAR – HARAKAHDAILY 9/11/2020
11 comments:
Dr Tanah kiter dicipta kpd Tanah kiter dikambus...jgn kiter baham tanoh...Org FELDA kena ingat apa yg terjadi ada asbab...kini harga sawit termahal dlm 8 thn terakhir..sujud Syukurlah
Puak RBA biaDAP sibuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan tetapi pada masa yang sama media massa melaporkan kelemahan KERAjaan PH Dari masa ke masa seperti:
1,279 kawasan di Lembah Klang alami gangguan air bermula 6 petang ini
November 10, 2020.
RORA blk Ketari dok?
Bossku dalam Bajet 2021 vs Bajet Tun 2021
Fakta Bossku : Terima kasih kepada Pembahas Utama Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Ahli-Ahli Parlimen BARISAN NASIONAL yang bersungguh-sungguh memperjuangkan suara hati rakyat yang benar-benar mengharapkan agar Kerajaan menimbang semula beberapa keputusan Belanjawan 2021:
1. Kebenaran Pengeluaran Akaun 1 KWSP
– Datuk Seri Najib bukan sahaja menegaskan keperluan Kerajaan mengkaji semula untuk rakyat mengeluarkan WANG MEREKA dalam Akaun 1 KWSP secara one-off dengan kadar maksimum RM10,000 bukannya beransur-ansur RM500 sebulan dan terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan. Bahkan dibenarkan dikeluarkan oleh semua yang terkesan termasuk M40 secara pukal kerana tidak akan menjejaskan Belanjawan, malah 3 cadangan dibuat untuk menampung kekurangan dana KWSP.
2. Yuran Pengajian universiti dikurangkan dan plan data internet untuk pelajar-pelajar universiti awam dan swasta di berikan percuma.
3. Bantuan Prihatin dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000. Bantuan untuk Felda, Risda Nelayan dan Petani dinaikkan.
4. Bantuan Prihatin untuk Golongan Bujang juga dinaikkan sebagaimana BR1M dulu daripada RM350 kepada RM600 dan lain lain
Tun dalam bajet 2021..
Fakta Tun : Mahathir persoal dari mana sumber kewangan untuk Belanjawan 2021
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan dari mana kerajaan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan negara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.
Beliau berkata, defisit kerajaan sahaja sudah mencecah RM85 bilion iaitu lebih besar dari bajet pembangunan sebanyak RM69 bilion.
Nampak tak perbezaan fakta yang cuba di mainkan atok kau..!! Sedangkan masa 22 bulan berkuasa negara tak ada duit, negara bangkrap kena bon samurai, bon panda bailout kedai roti The Loft dan taikun Cina dapat projek Bandar Malaysia, OPCOM dapat beratus juta dll.
Sekali pandang dari apa yang diluahkan olih Pembangkang serta rakan strategik PN iaitu UMNO atau BN dalam membincangkan Bajet Belanjawan 2021 hari ini dan semalam,secara nyatanya, Kerajaan Muhyiddin sudahpun tertertolak atau telah hilang sokongan sebagai Kerajaan.
Bila mana Najib dari Blok Kerajaan iaitu BN atau UMNO telah menyatakan pendirian BN dan UMNO secara jelas untuk menyokong tetapi bersyarat.
Maka kini hanya menunggu hari untuk di"talkin" saja Bersatu dan PejWang. Terkuburnya Bersatu dan PejWang bertempat di Parlimen.
Fakta Bossku atau fakta Tun perlu diambilkira..!? Tun cakap atas kapisiti siapa Azmin, Mahyuddin PejWang atau rakyat..?
Cakap siapa yang patut dinilai kewajaran dan kebenaranya dari fakta dan kedudukan kewangan negara..!? Atok cuba memainkan sentimen basi pembelit pengaruhi fikiran rakyat.
kami pas setuju je apa yg kerajaan sekarang bentangkan. Hal ekonomi menuntut kebijakkan para pemimpin. jadi biarlah pemimpin parti lain yg ulas. Kalau kami ulas depan press kut kena tanya dalam bhs inggeris naya kami..
Pas berpuashati.terima kasih.
Blh jawab dlm bahasa Arab n Urdu
Cukup-cukuplah RBA 1:04 bodoh berlapis-lapis cuba menyamar sebagai ahli pas untuk menfitnah PAS. Nampaknya RBA sangat terdesak nak kencing rakyat sejak sifu roket tak basuh berak hilang kuasa.
Tengok Jibby masa PM ikut Kak Mah lepah tungging baru melihat Marhaen
Felda tertubuh atas kebijakan pemimpin umno demi orang melayu dan islam. Sepatutnya setiap peneroka felda harus berterimaksih dan wajib menyokong umno selamanya. Tiada sebab utk sokong parti lain selain umno yg memberi tmpt berteduh dan pekerjaan. Kepada penyokong selain umno sepatutnya dinyahkan dari duduk felda. Wajar digelar pengkhianat
Semua drp Allah.UMNO mmg berwatak firaun zanan Atok Bamrod zanan Jibby
Harga sawit sekarang telah naik dan harga baik tetapi bukan lah paling mahal dalam sejarah seperti mana yang di sebut oleh menteri dan di keluarkan di harakah....media lain tak keluarkan kenyataan itu...
Sekarang di sebabkan America sedang di ancam virus 19 paling teruk maka keluaran minyak soya dan matahari mereka jatuh teruk maka kelapa sawit menjadi pilihan kerana kekurangan soya...
Bagus lah harga sawit meningkat tetapi meningkat tu bukan lah kerana menteri tu punya pasal tetapi pasaran dunia yang di sebabkan ketidak tentuan. Bukan saya sawit harga jagung pun meningkat sehingga tergugat pula ternakan ayam...dan banyak lagi bahan makanan naik tinggi
Post a Comment