Sungai merintih angkara tangan manusia
TERUS terang kita semua ingin melihat jernihnya air sungai. Bila melihat lembangan beberapa buah sungai utama seluruh negara, kita akan terfikir apakah mustahil kita kembalikan air sungai seperti dahulu, jernih, menarik dan sedap mata memandang.
Anak-anak mandi-manda, boleh ambil air dan terus minum. Itulah kebiasaan aku waktu kecil. Sungai jernih dan ikan pun banyak.
Kini atas nama pembangunan, atas nama keperluan ekonomi negeri, atas nama keperluan makanan dan atas pelbagai sebab atau alasan, ribuan hektar balak ditebang, ribuan hektar tanah digondolkan, ribuan hektar diratakan.
Sungai menanggung derita ribuan tan tanah, pasir, batu dan lumpur memenuhi anak sungai terus berkumpul, memenuhi setiap alurannya, setiap parit, setiap anak sungai, setiap sungai utama. Air jernih bertukar menjadi lumpur, berselut, berkelapangan, berbau.
Anak-anak tidak lagi ghairah mandi-manda di sungai kerana airnya telah hanyir dan berselut lumpur. Ikan semakin pupus, hidupan air semakin hilang, lubuk-lubuk dalam bertukar menjadi cetek, alur air tersekat dek lumpur dan pasir yang memenuhi setiap alur air.
Di saat nelayan sungai mengeluh kehilangan hasil, muncul pula golongan kapitalis, pemodal besar dan penguasa tersenyum lebar.
Kepala mula menghitung ratusan ribu malah jutaan hasil akan diperolehi dengan jualan pasir. Permit dikeluarkan atas nama mendalamkan sungai, mengelak banjir, membantu penternak ikan sangkar kononnya atau letaklah atas apa nama yang kamu suka.
Hakikatnya sungai akan terus merintih, bertempik meraung. Walaupun raungannya semakin hilang, perlahan dan yakinlah ia akan lenyap.
Kamu tidak akan mendengar lagi deruan air dijeram, kamu tidak akan mendengar lagi deruan air terjun dan kita semua akan menangis di atas kematian sungai kita.
Kita akan bertempik bila loji terpaksa ditutup. Pekerja di loji akan mencengkam mata, bermandikan peluh, memerah akal mencari jalan.
Biar bekalan dapat disalur kembali, orang ramai dapat semula bekalan air, industri berjalan, keperluan dapat dipenuhi.
Namun hakikatnya buldozer terus menggila di hulu sungai. Lori balak terus keluar masuk tanpa henti. Ladang terpaksa dibuka bagi memenuhi keperluan makanan dan keperluan negara. Penggemar musang king menunggu buah masak.
Sabarlah kerana ribuan hektar tanah telah digondolkan, sabarlah kerana ribuan pokok telah ditanam. Pedulikan yang bertempik bantah, pedulikan NGO yang berdemo, pedulikan peraturan yang digubal.
Kita perlukan pembalakan lestari, ladang yang lestari, pembangunan yang mematuhi peraturan. Kita bukan tiada peraturan, atau kerasnya undang-undang. Namun yang tidak ada ialah kebertanggungjawaban, sikap dan kerakusan.
Selagi sikap ini terus semarak, ketamakan terus serlah, keegoan bermaharajalela, kelestarian tidak dipeduli, peraturan diketepikan, kelestarian alam tidak dipelihara, selagi semua ini tidak dibendung, maka kita akan mendengar orang-orang tua bercerita, dulu sungai ini jernih sangat, di sana dulu ada jeram, banyak sangat ikan kelah, tengas, jelawat.
Dulu hutan ini banyak binatang, kijang, rusa seladang pun ada. Dulu, di sini ada lubuk yang dalam, seronok mandi-manda, bila dahaga kami minum airnya jernih sangat. Orang tua itu bercerita sambil air matanya mengalir, sedih hiba dan kecewa.
DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN,
Menteri Alam Sekitar dan Air,
4hb Nov 2020
Putrajaya – HARAKAHDAILY 4/11/2020
2 comments:
22 bulan bajet vs bajet 8 bulan
Bajet 2020 bajet kerajaan Melayu Islam. Rakyat tahu dan merasai bagaimana pemerintahan PH selama 22 bulan.
Sebab Itu sebab takde seorang pun yang berguling guling, terjerit jerit di jalan raya memberontak akan kejatuhan kerajaan PH.
Hari ini, kepada MP Melayu/Islam mempunyai ruang seluas membuktikan kerajaan PH dahulu adalah kerajaan tunggangngan DAP.
Kerajaan PH sebagai kerajaan yang rasis, membelakang kan Perlembagaan dan tidak peka kepada sosio budaya dan adat resam negara.
Dulu, selama 22 bulan kerajaan PH mentadbir kerajaan macam macam rakyat dapat.
1. Hantar Tun Daim ke China dengan segera untuk ubah isi kandungan ECRL dari taraf First Class jadi taraf 3rd Class yang walaupun harga diturunkan tetapi tidak setimpal dengan yang sebelumnya.
2. Malah ada kroni sudah patut didakwa melakukan insiders trading sebab membeli awal saham berkaitan ECRL. Tun, Daim dan kroni dalam Council of Eminent Persons (CEP) berebut habuan.
3. Rencana blueprint kilang kereta nasional ke-3 sama seperti Proton awal-awal dengan penguasaan syarikat kroni kerana Proton tidak lagi dikawal oleh kerajaan.
4. Rencana kroni ambil alih PLUS dengan tawaran berbillion (kroni sama seperti Perwaja yang akhirnya dapat bailout daripada Kerajaan) tetapi tidak dipersetujui oleh Kementerian Kewangan (DAP) sebab mereka juga mahu kuasai pulangan.
5. Kontrak Opcom - Hari ke 5 dilantik jadi PM Boboi dapat ratus juta kontrak Opcom
6. Tender berbilion fiberoptic pada OPCOM dan stimulus package.
7. Rancang airport baru
8. Projek Bandar Malaysia diberi kepada pemaju kroni.
9. Jarah wang Petronas 82 Biliion.
10. Hutang baru 120 bilion dalam masa 22 bulan
10.GST tukar kepada SST dengan negara menerima kurang pendapatan dan peniaga mudah untuk lari dari membayar cukai.
11. Runding 101 projek direct-nego dan tukar penerima dan syarikat kepada kroni kerana mereka daripada zaman BN
12. Harta Tabung Haji dilelong murah.
13. Kedai Roti dibailout.
14. Sebagai ganjaran bailout kedai roti the loft, Taikun Cina ini dapat projek Bandar Malaysia ratus juta. Hebattt..!!
Untuk Rakyat:
1. Jangan iri hati kepada org kaya.
2. Jangan asyik minta bantuan kerajaan. Rakyat kena Ikat perut.
3. Setiap hari zikir wajib 'salahkan Dato' Sri Najib dan UMNO'.
4. 7 juta penerima BR1M ditukar kepada BSH dengan hanya 4 juta penerima dan pemberian dikurangkan.
5. Pembuangan kerja 40,000 kakitangan awam dan kontrak
6. MoF Lim Guan Eng umum beri duit percuma utk berbelanja RM30.00 sahaja
7. Janji harga minyak turun RM1.50 dicapati. "Hari pertama ke Putar Jaya esok serta merta harga minyak turunnn.." Saya ulanggg...!
Kepada November 5, 2020 at 8:57 PM
Tq komen anda menarik. Kami paparkan di bawah tajuk "Komen Rakyat: 22 bulan bajet vs bajet 8 bulan".
Al-hamdulillah!
Post a Comment