Saya dan Dato’ Seri Najib
RAMAI yang menurunkan komen di facebook memberikan respon terhadap ucapan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Ada yang setuju dan saya akui, ramai juga yang tidak setuju. Lebih lanjut lagi, ada yang mengheret ia seolah-olah menjadi pertembungan PAS dan Umno.
Saya kekal berpendirian, PAS dan Umno perlu terus duduk bersama, dan sudah pasti, PPBM di bawah kepimpinan Tan Sri Perdana Menteri pun tidak boleh diketepikan. Apa juga pertembungan, meja rundingan tempatnya.
Saya bukan pemimpin tertinggi, tidak ada dalam mana-mana jawatankuasa interparty, saya tentunya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pimpinan parti saya untuk menentukan keputusan. Asasnya, PAS hendaklah terus bersama Umno dan PPBM.
Adapun berhubung Dato’ Seri Najib, saya tetap akui beliau seorang pejuang. Kes-kes mahkamah yang dihadapi dilawannya di mahkamah tanpa berusaha untuk digugurkan (setakat yang saya tahu) kerana beliau kelihatan yakin dengan kebenarannya. Berjuang dengan fakta dan analisisnya.
Pandangannya berhubung ekonomi sudah pasti melalui pengalamannya yang luas. Isu KWSP dan moratorium, pandangan beliau ada asas. Saya juga mempunyai pandangan, berdasarkan kajian rakan-rakan yang lebih arif. Soal pandangan siapa yang akan dipakai oleh kerajaan, itu terpulang kepada kerajaan. Dan saya yakin, apa jua keputusan nanti, ia untuk rakyat dan mengambil kira semua kepentingan.
Dato’ Seri Najib tetap saya hormati, dan pendiriannya meletakkan syarat untuk menyokong Belanjawan 2021, tetap saya tidak setuju. Pandangan saya, kita luluskan Bajet ini yang di dalamnya mengandungi wang untuk rakyat, frontliner, bayaran gaji, pelbagai peruntukan dan lain-lain. Jika tidak, bermula Januari 2021, semua perbelanjaan akan tergendala.
Isu-isu kepentingan rakyat yang lain yang tidak tertakluk dalam Bajet 2021, kita minta berikan peluang kerajaan mengkaji dan umumkan dalam pelbagai pakej yang boleh dibuat selepas ini.
Dalam hal itu sahaja saya tidak bersetuju. Dan kerana itulah timbulnya contoh syarat Puteri dari gunung itu. Saya tidak bermaksud menyindir. Dan saya menyebutnya dengan penuh hormat. Jika ia mengguris, saya mohon maaf. Tetapi saya cuma bertujuan menyampaikan maksud dengan jelas.
Dato’ Najib bagi saya tetap seorang pejuang. Tidak ada apa-apa mengurangkan hormat saya kepada beliau. Dan isu ini, sudah tentu tidak sepatutnya diheret menjadi pertembungan Umno – PAS. Jika ia berlaku, yang rugi nanti bukan sahaja kedua-duanya, tetapi rakyat.
Saya kekal menghormati hubungan Umno – PAS. Dan menyokong Belanjawan 2021 tanpa syarat, dan menyeru semua MP yang berada di blok kerajaan untuk turut menyokong Bajet ini tanpa syarat. Bukan kerana Bajet ini sempurna, tetapi itulah yang terbaik untuk memastikan kestabilan negara.
Jika anda bersetuju dengan saya, jauhilah komen-komen yang boleh membawa retaknya hubungan PAS – Umno – PPBM. Dan sudah pasti saya tidak boleh menghalang komen yang tidak bersetuju dengan saya.
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas,
Naib Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 16/11/2020
Hibur Hibur Sikit: Album 1
- H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
- H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
- H2S Pilihan: 03 -Ebiet G Ade (Sentuh Kulit Perempuan)
- H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan
- H2S Pilihan: 05 -Lagu Klasik Melayu Lucah, Bunuh &...
- H2S Pilihan: 06 -Beautiful Japanese Islamik Nasheed.
- H2S Pilihan: 07 -To'ki Hadapi Dengan Senyuman.
- H2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...
- H2S Pilihan: 09 -Mengurat, Malaya/S'pura, Indo/T.L...
- H2S Pilihan: 10 -Russian Nasheed&Cecen
18 comments:
Biasa la tu...serupa pandangan orang demo terhadap Arul Kanda.
Terlalu ramai pemimpin berusia dlm UMNO yg sentiasa mewujudkan situasi panas spt KuLi,Brader Kholid Somad,Ex MB JDT,Fuad Jasa,SK,PG. dll kerana xingin MN n PN terus kukuh n Mantap
Dah kena maki dgn rakyat, baru sibuk nk cover citer. Lps ni ko pun jd hikayat puteri gunung ledang. Rakyat kenal dh perangai lebai!
Lebai lebai mulis drp librral
Aku lebih rela beriman lebai dtp Islam liberal
Teruk ko taksub ni. Smpi rosak akidah. Rukun iman ke berapa ko pakai ni smpi rela beriman lebai? Mengucap la..
Aku pun sokong lebai dari sokong al lendiri.
Kalau Agong suka bang non, dah lama Agong lantik bang non jadi pm, cukup dengan persembahkan no sokongan. Tapi bang non ni pandai menghebahkan penipuan sebagai kebenaran. Macam pamer fotokopi yg gelap. Ada butiran tapi tak kelihatan. Jadi orang mabok jer yg percaya taksub kat bang non.
Taksub betul ko dgn bang non erk..hari2 disebut2..lain mcm ko ni...ko jgn rogol ayam/itik jiran ko sudah...
Kah355x!
Kalau bang non jadi pm, bukan saja x355, org lelaki pun belum tentu selamat.
Kholid Rahmatan Alamin kata Belanjawan 2021 x adil utk bumiputera doh x ada hujah kerd hingga merambang bagai PRU15 cari kwa x bumiputera
Kholid kata x adil xbumi
Kami ahli pas berpegang kepada amanat tgha. Wajib kita sokong umno dan terua sokong pemimpin mereka yg terpalit dengan rasuah, samun duit rakyat sebab mereka masih lagi islam. Dan amanat tuan guru yg cakap puak umno ni sekular dan jatuh kapir dah tak relevan lagi.
Masa pas sokong dap yakni parti kapir harbi masa dulu tu lain. Masa tu dap bukan kapir harbi sebab tok guru nik aziz dah bacakan doa kepada puak cina dap masuk kategori kapir zaidiyah. Sikit lagi nak capai islam mcm syiah la jugak.
Hidup cyber mujahid pas! Jihad!
Masa dulu berpura2 Kafir Zimmi,kini DAP sudah mbuktikan mrk Harbi yg mampu di samak dgn resepi PAN
PH mantap selg Abam mampu tunggang belakang,Nobita masih berminat merasa masakan katak geprek Bang Mat
DO YOU NEED AN XMAS LOAN OR BUSINESS LOAN? CONTACT US URGENTLY AND GET YOUR LOAN WITHIN 24HOURS, ONLY SERIOUS PEOPLE CONTACT US ON EMAIL: trustgolden247@gmail.com
Terbaik
Pinjaman Secara Islam?
Post a Comment