Saturday, November 28, 2020

Pangsapuri 'call center' judi online di Butterworth diserbu polis

 

Polis turut merampas peralatan komputer, sejumlah telefon bimbit, kad sim, kalkulator, buku mengandungi catitan perjudian dalam talian, router dan wayar kabel. - Foto ihsan PDRM

Pangsapuri 'call center' judi online di Butterworth diserbu polis
BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu sebuah pangsapuri yang dijadikan sebagai pusat operasi dan panggilan di Butterworth.
Dalam serbuan jam 3.30 petang Khamis itu, seramai empat lelaki ditahan dalam Ops Dadu Khas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata siasatan mendapati premis yang disewa sindiket berkenaan dijadikan 'call center' atau pusat panggilan untuk pertaruhan sejak september lepas.
Kesemua suspek berusia diantara 25 hingga 29 tahun itu disyaki terlibat dengan kes judi dalam talian dengan menjalankan aktiviti urus niaga menerusi panggilan.
Katannya, siasatan mendapati sindiket berkenaan mampu mengaut keuntungan sehingga RM10,000 hingga RM20,000 setiap hari.
Sindiket berkenaan menggunakan Modus Operandi iaitu menghantar mesej melalui aplikasi "WhatsApp" secara rambang kepada semua nombor telefon tanpa mengira sasaran pelanggan.
"Penerima hanya perlu membalas SETUJU dengan tawaran iklan tersebut dan mereka perlu membuat bayaran ke dalam akaun bank sindiket.
"Apabila pelanggan membuat bayaran mereka diberikan ID pengguna seterusnya (pelanggan) memuat naik jenis permainan judi online yang mereka mahu terlebih dahulu dan kemudian masuk menggunakan ID yang diberi untuk menerima point (mata) dalam bentuk kredit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noorzainy berkata siasatan mendapati sindiket itu mensasarkan rakyat negara ini sebagai pelanggan dan premis itu juga didapati beroperasi 24 jam sehari dengan pekerja akan mengawal komputer utama serta telefon pintar.
"Empat lelaki yang ditahan itu mendakwa mereka baru bekerja dengan sindiket tersebut dan menerima bayaran gaji bulanan antara RM2,000 hingga RM4,000 setiap bulan," katanya.
Noorzainy berkata polis kini giat mengesan dalang utama sindiket tersebut.
Polis turut merampas peralatan komputer, sejumlah telefon bimbit, kad sim, kalkulator, buku mengandungi catitan perjudian dalam talian, router dan wayar kabel.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
Dalam itu, Noorzainy berkata orang awam boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan aktiviti perjudian haram melalui sistem Volunteer Smartphone Control (VSP) ataupun menghubungi pihak polis IPD SPU ditalian 04-5762222.
Komen Weblog Ibnu HasyimMasalah judi dalam talian atau ‘online’ adalah lebih berat berbanding kewujudan premis perjudian haram yang masih belum dapat ditangani sepenuhnya.  
Ini kerana ‘judi online’ mudah diakses melalui telefon pintar menyebabkan masalah tersebut berleluasa terutama ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 
Malah promosi terhadap ‘judi online’ juga menjadi-jadi apabila pengendalinya menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi menawarkan perkhidmatan tersebut.

Hibur Hibur Sikit: Album 2

      2 comments:

      Anonymous said...

      Judi, arak, pelacuran, MACAU scam dan kumpulan2 yang ingin memerangi YDPA (seperti yang sedang berlaku di Thailand) perlulah berada didalam senarai teratas (prioritize) pihak polis untuk dibenteras!

      Anonymous said...

      Harap Polis,Askar n PBT kasi gempur semua laknaktuAllah

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails