Thursday, November 12, 2020

Penggunaan baja yang mesra alam atau bebas bahan kimia..

 

Program Kebun Komuniti PPRS Pinggiran Putra, Kuantan jadikan tanah di kawasan perumahan dengan tanaman sayur.- Foto/Asrol Awang

Suri rumah dapat isi masa bermanfaat dengan aktiviti menanam sayur dan dapat mengurangkan perbelanjaan dapur. - Foto/Asrol Awang

Program Kebun Komuniti jimat belanja dapur

KUANTAN: Inisiatif Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menganjurkan Program Kebun Komuniti di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra, di sini bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan dapur, malah turut mengisi masa lapang suri rumah dengan lebih bermanfaat.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kesan penularan pandemik COVID-19, inisiatif itu sikit sebanyak membantu meringankan beban peserta khususnya dalam berdepan kenaikan harga sayur-sayuran.

Penggunaan baja yang mesra alam atau bebas bahan kimia turut membantu memberi kesegaran pada sayur, sekali gus menjamin pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif itu disambut baik 81 peserta yang juga penduduk PPRS Pinggiran Kota yang sebahagian besarnya wanita dalam menceburi bidang pertanian.

Bagi suri rumah, Siti Aishah Latif, 36 dia berterima kasih kepada MPK yang prihatin dan memberi bantuan dalam mengusahakan tanaman sayur di kawasan perumahan itu.tanaman sayur.- Foto/Asrol Awang

"Setakat ini, saya menanam sawi dan kailan untuk kegunaan sendiri dan turut sedekahkan kepada jiran. Sayuran yang ditanam menggunakan benih, baja dan tapak yang disediakan MPK.

"Sebaik ditawarkan menyertai Program Kebun Komuniti, saya terus bersetuju untuk menyertainya," kata ibu kepada enam anak berusia antara dua hingga 15 tahun itu.

Peserta, Siti Ranilah Ali, 44, pula berkata inisiatif itu memberi lebih ruang kepadanya untuk bercucuk tanam yang menjadi aktiviti kegemarannya.

Katanya, menerusi program itu tanah di sekitar perumahan itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan tanaman sayur-sayuran.

"Bukan sahaja kami dapat makan sayur segar yang ditanam sendiri, malah turut menjimatkan belanja dapur selain mengeratkan hubungan antara penduduk di sini," katanya.

Siti Ranilah antara peserta yang aktif bercucuk tanam di bawah Program Kebun Komuniti. - Fofo/Asrol Awang    

Siti Ranilah antara peserta yang aktif bercucuk tanam di bawah Program Kebun Komuniti. - Fofo/Asrol Awang

Normawati Medan, 51 berkata, persekitaran PPRS kini dipenuhi sayur segar yang memberikan kepuasan kepadanya.

"Sejak terbabit dalam program ini, saya jarang membeli sayur yang turut membantu menjimatkan perbelanjaan dapur.

"Terima kasih di atas inisiatif ini dan objektif utama MPK untuk membantu penduduk di sini memanfaatkan persekitaran perumahan berjaya," katanya.

Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin, berkata bantuan itu bagi meringankan beban penduduk di PPRS Pinggiran Putra kesan penularan COVID-19.

"Saya gembira bantuan yang diberikan ini berjaya mencapai objektif dalam membantu meringankan beban peserta.

"Saya juga berbangga kerana peserta turut menanam sayur dan pokok herba yang diberikan secara percuma kepada penduduk yang dinamakan dapur komuniti.

"Kerjasama ini perlu dicontohi kerana ia juga mengeratkan lagi hubungan antara penduduk," katanya.

Hamdan berkata, sebanyak 2,000 anak pokok nanas disediakan kepada penduduk PPRS Pinggiran Putra untuk diusahakan.

Inisiatif MPK dengan kerjasama Lembaga Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) Pahang itu bagi memberi peluang kepada penduduk yang berminat menceburi tanaman nanas.

"Sekiranya projek itu berjaya, kami sedia membantu peserta termasuk memasarkan nanas sebagai sumber pendapatan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"Sebagai permulaan, tanaman nanas ini hanya untuk kegunaan sendiri dan sekiranya projek ini berjaya, kita akan menambah kawasan tapak yang lebih luas," katanya.

Hibur Hibur Sikit:
Album 2

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails