Tuesday, November 17, 2020

Perhatian: Harga rumah turun, rentasi KL, S'gor, PP &Johor.

 

Pasaran hartanah dan ekonomi pada umumnya memerlukan masa untuk pulih - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Harga rumah di Malaysia mulai turun

KUALA LUMPUR: Harga permintaan rumah di Malaysia mula mencatatkan penurunan pada suku ketiga 2020, merentasi semua empat pasaran utama termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Ia berikutan prospek ekonomi Malaysia terhadap pasaran hartanah masih dibelenggu kesan COVID-19, sekali gus menjejaskan pasaran pada suku ketiga lalu.

Laporan Indeks Pasaran Hartanah (MPMI) PropertyGuru Malaysia mendapati, harga permintaan hartanah secara keseluruhan di negara ini turun 1.34 peratus pada suku ketiga 2020, berbanding kenaikan masing-masing 0.38 peratus pada suku kedua dan 0.63 peratus pada suku pertama.

PropertyGuru dalam kenyataannya berkata, buat pertama kali untuk tahun ini, semua pasaran utama hartanah mengalami penurunan harga.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terbaharu berikutan peningkatan kes di kebanyakan negeri, aktiviti komersial semasa dan pada masa depan akan terjejas.

"Ini akan menjejaskan harga permintaan dan juga keseluruhan pasaran hartanah secara negatif.

"Johor mencatat penurunan paling tinggi pada suku ketiga, di mana harga permintaan turun 2.97 peratus. Kuala Lumpur dan Selangor juga menunjukkan angka lemah dengan masing-masing menguncup 1.35 peratus dan 1.04 peratus.

"Pulau Pinang mencatat sedikit penurunan pada suku ketiga, iaitu 0.64 peratus. Dengan sedikit penurunan dalam harga permintaannya, Pulau Pinang adalah destinasi stabil bagi mereka yang ingin memelihara nilai aset melalui pelaburan hartanah," katanya.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata pasaran hartanah dan ekonomi pada umumnya memerlukan masa untuk pulih berikutan kehilangan pendapatan serta pekerjaan disebabkan oleh COVID-19.

Katanya, kesan COVID-19 tidak dapat dinafikan dan pemulihan ekonomi akan mengambil masa kerana ramai bergelut dengan kehilangan pendapatan serta pekerjaan.

"Namun, kajian terbaharu kami menunjukkan bahawa sehingga 81 peratus rakyat Malaysia mempunyai hasrat untuk memiliki kediaman sendiri pada tahun 2021.

"Ramai berminat dengan hartanah harga di bawah RM700,000 kerana mahu menaiktaraf atau mendapatkan ruang lebih besar selepas mengalami ketidakselesaan semasa perintah kawalan," katanya.

Kaji selidik itu juga mendapati Johor muncul negeri dengan jumlah rumah siap dibina tidak terjual di negara ini iaitu sebanyak 6,166 unit.

Negeri itu juga mencatatkan penurunan harga permintaan yang paling ketara.

Bagaimanapun, trend penurunan harga itu mungkin menguntungkan Johor kerana menjadikannya lebih menarik untuk pasaran domestik.

Hibur Hibur Sikit

Album 4

6 comments:

  1. Hoi panDap Anjing sekali makan tahi tetap makan tahi juga..

    Mana jawapan ditunggu-tunggu? Yang takut berdepan hujah dan kenyataan. Yang otaknya dijajah DAP non Islamik.. Kalau bukan pondan, jawab ini dulu baru meroyan tak tentu hala!

    Hanya itulah yang geng jilat pungkok tak basuh boleh meroyan. Dapat kuasa tapi tak tahu kerja. Tunggu masa nak rehat dipenjara.

    Ha ha ha 22 bulan si bahlul perintah' asyik menipu saja.. Inilah akibatnya, ikut group Jilat juboq tak basuh, habis keturunan keluarga jadi jauh dari agama, jadi rosak. Kini terpaksa kuncu-kuncunya meroyan. Dan teruskan meroyan, hina ulama pas sattu satunya ulama yang dikitiraf oleh negara timur tengah. Terus ulang-ulang tuduhan basi, idea baru dari tokey kulupnya dah habis, tak laku lagi.

    Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman.. Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu.. Emamng kafir masuk neraka la manusia kalau tidak masuk parti pas. Mereka semua penjilat jubuq gian eng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apahal plk ni??? Gila ke?

      Delete
    2. Ahhhhh...ko tau apa. Janji maki dulu puak panDap kapir harbi munapik liberal penjilat gianEng berak tak basuh anjing kurap sial celaka betul masuk neraka la siapa g tak ikut pas parti islam ulamak ramai sini.!! Babi babi!

      Delete

  2. .. Emamng kafir masuk neraka la manusia kalau tidak masuk parti pas.

    kah kah kah kah kah kah kahhhhhhhhhhhhhh............3:20PM ni contoh ajaran ulamak pas sesat lagi menyesatkan umat..............

    tobat ya syiekhhhhhhhhhh..........astagah astagah ini ulamak Malaysia?

    ReplyDelete
  3. Wah puak RBA tulis komen dan jawab sendiri komen sendiri untuk menfitnah parti Islam PAS.

    Jika Jepun dilanda tsunami, Amerika dilanda ribut dan banjir atau Gunung Everest runtuh, puak RBA tolol berlapis-lapis tetap menyalahkan PAS.

    Memang jelas puak RBA sakit mental yang kronik.

    ReplyDelete
  4. Minta kerajaan HENTIkan menjual rumah kepada orang2 luar, inilah faktor utama kenaikan harga rumah!

    Kepada pemaju mereka hanya mahukan keuntungan berlipat ganda!

    ReplyDelete