Thursday, November 12, 2020

Polis Singapura tahan anggota gereja

 

Polis Singapura menahan 21 anggota gereja tempatan yang tidak berdaftar, di sebuah gereja yang berpusat dari Korea Selatan .

SINGAPURA: Polis Singapura menahan 21 anggota gereja tempatan yang tidak berdaftar, di sebuah gereja yang berpusat dari Korea Selatan pada 9 November 2020, menurut Kementerian Dalam Negeri, republik itu.

Kementerian itu berkata, sembilan lelaki, berusia antara 22 dan 31, dan 12 wanita, berusia antara 21 dan 49 tahun, ditangkap kerana didakwa menjadi anggota pertubuhan masyarakat yang tidak sah.

"Siasatan awal menunjukkan mereka didakwa terbabit dalam kegiatan yang berkaitan dengan gereja tempatan yang tidak berdaftar, Gereja Shincheonji Jesus the Temple of the Tabernacle of the Testimony (SCJ) yang berpusat di Korea Selatan," kata kenyataan itu dalam laman webnya.

Kementerian itu juga mengatakan sekumpulan sembilan wanita lain, berusia antara 22 dan 52 tahun, dan dua lelaki, berusia 23 dan 36 tahun, membantu polis dalam siasatan yang sedang dijalankan. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit:

2 comments:

Anonymous said...

Minta la kerajaan buat polisi kurangkan sedikit drama2 Korea ni, dramanya pun bukan berkualiti sangat, orang2nya pula bukalah berapa elok sangat berbanding dengan orang2 kita baik hero mahupun heroin yang bermata bulat, segak, jelita, anggun, mantap dan menawan!

Dari menonton filem yang hero2nya yang berwatak BAPUK lebih baik menonton drama Tamil!
Dushhh, dushhhh...

Anonymous said...

ha ha ha betul tu!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails