Tuesday, November 03, 2020

Pusat beli belah berisiko 'tutup kedai'

 

Pusat beli belah lengang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Research menjangkakan penyewa menutup operasi berpotensi menjadi risiko baharu muncul bagi pemilik pusat beli belah runcit.

Dalam notanya, firma penyelidikan itu berkata, perkembangan pada Oktober menunjukkan potensi penutupan beberapa gedung beli belah tertentu, yang terkesan secara negatif oleh penurunan jualan dan pengunjung.

Peristiwa baru-baru ini, yang kebetulan dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), juga menunjukkan statistik akhir Jun oleh Retail Group of Malaysia bahawa jualan runcit untuk gedung beli belah bukan pasar raya subsegmen sektor peruncitan bagi tempoh April hingga Jun jatuh 63 peratus dari tahun ke tahun.

"Pemeriksaan awal kami terhadap pusat beli belah runcit sejak pelaksanaan semula PKPB memperlihatkan jualan penyewa dan pengunjung boleh merosot sebanyak 20 ke 30 peratus pada suku keempat 2020.

"Kebimbangan mengenai kemungkinan penyewa tutup operasi akan meningkat jika kemerosotan penjualan penyewa berterusan," katanya.

CGS-CIMB Research berkata, ia tidak menjangkakan risiko penutupan operasi yang sama seperti Robinson Co (Malaya) Sdn Bhd (Robinsons), berlaku untuk penyewa bukan utama lain kerana pembaharuan penyewaan bagi tahun kewangan 2021 sedang dalam peringkat rundingan dan cenderung untuk menyokong pengekalan penyewa.

Sementara itu, ia mempertahankan pendirian 'neutral' terhadap REIT, dengan jangka masa yang lebih lama untuk pengganti penyewa adalah risiko baharu pusat beli belah terpilih.

"Penutupan Robinsons dan penutupan pawagam akan menjejaskan pendapatan buat sementara waktu," katanya.

-BERNAMA

Hibur Hibur Sikit:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails