Thursday, November 26, 2020

Pusat pemindahan tampung 200,000 mangsa banjir

 

KOTA BHARU: Kelantan menerima sebanyak RM150,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) selain peruntukan kerajaan negeri RM50,000 bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar tahun ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sudah melakukan persiapan rapi untuk berhadapan bencana tahunan tersebut.

Bagi tujuan itu katanya, sebanyak 539 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diwujudkan bagi menampung sehingga 200,000 mangsa banjir seluruh jajahan di Kelantan.

“Kita pun sudah buat beberapa kali mesyuarat dan sekarang kita mengarahkan supaya semua PPS bersiap sedia untuk menerima mangsa banjir ketika ini.

“Beberapa penambahbaikan dilakukan bagi hadapi kemungkinan banjir di sekolah yang dijadikan PPS,” katanya.pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 25/11/2020

4 comments:

  1. Pusat bagi 150k + negeri 50k = RM200K Untuk tamping sehingga 200000 orang.. purata seorang seringgit.. tapi x apa sebab YB Dan exco dah dapat tambahan elaun yang akan diguna Untuk Bantu mangsa banjir nanti.. hebat kerajaan negeri Untuk mangsa banjir seringgit, Untuk YB 3000 henggit

    ReplyDelete
  2. Syukur la..kerajaan isley. Rakyat klate x sggup lihat yb2 mereka hidup dlm kesusahan. Rakyat susah xpe. Lps ni, tolong naik gaji lg smpi 30k sorg.
    Jgn ada Dap je. Kalo x, abis hura hara 1 negeri. Ribut taufan, puting beliung, gempa bumi. Silap2 gunung berapi pun muncul kat klate tu kalo ada Dap.

    ReplyDelete
  3. Pandai rba kira. Hidup mesti ada fitnah. Bawak bertaubat dari terus jadi khadam golongan kufur.

    ReplyDelete
  4. Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia telah berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dengan polis Kedah merampas lebih 100 kilogram heroin dianggarkan bernilai RM10 juta pada petang semalam,” katanya kepada Bernama.

    Abdul Hamid turut menyatakan rasa bangganya terhadap anggota PGA yang terus bersemangat dalam melaksanakan tugas walaupun berhadapan dengan serangan penyeludup.

    Siapa pemilik cartel ini. Rasanya orang bukan islam.

    ReplyDelete