Friday, November 20, 2020

Rara ADUN Ketari, bila nak letak jawatan? -Yusma Yusuf

 

Rara ‘wakil (celupar) DAP’, bukan ‘wakil rakyat’

BENTONG: ADUN Ketari, Young Syefura Othman diminta memberikan justifikasi terhadap perbuatannya melanggar peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akhirnya diakui beliau.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Kawasan Bentong, Yusma Yusuf berkata, ini kerana wakil DAP yang dikenali sebagai Rara itu telah begitu lantang, celupar, mengecam, menyindir dan mempertikai pihak lain.

Bidasnya, Rara sendiri mengesahkan bahawa beliau akan membayar kompaun dan menyatakan permohonan maaf yang sekali gus menjadi bukti anak muda DAP itu benar-benar telah melakukan kesalahan.

“Jadi sekarang, bila kesalahan sama dilakukan Rara yang sebelum ini dihamburkan kepada orang lain, apa penjelasan dia terhadap perlakuan itu? Letakkan desakan sama ke atas diri kamu sendiri. Jika berbeza, sila beri justifikasi.

“Permohonan maaf kamu pun tidak ubah seperti ‘melepas batuk di tangga’ dan tersepit oleh perbuatan diri sendiri. Jika ianya satu kekesalan atau penyesalan, permohonan maaf juga mesti diajukan kepada pihak yang kamu telah kecam.

“Dan mesti juga kamu padam posting yang berkenaan sebagaimana kamu telah padam posting mengenai diri kamu itu. Jangan hipokrit!” tegas Yusma yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Negeri Pahang.

Rara di media sosialnya begitu ketara menyerang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang berhadapan isu serupa pada Ogos lalu, termasuk menggesa peletakan jawatan.

Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri apabila memuat naik pula gambar perkelahannya sambutan hari jadi bersama empat rakan di Avani Sepang Gold Coast Resort, Bagan Lalang, Sepang pada 9 November lalu.

Muat naik tersebut telah menerima kecaman teruk daripada netizen, selain beberapa laporan polis turut dihadapkan kepada Rara kerana jelas tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan PKPB.

“Ada portal berita pro-DAP menyatakan netizen ‘menuduh’ Rara melanggar SOP itu dan Rara sendiri memohon maaf ‘jika’ tindakannya melanggar sebarang SOP COVID-19. Ternyata ia bukan ‘tuduhan’ dan ‘jika’ lagi.

“Rara benar-benar melakukan! Beliau sendiri sahkan di DUN Pahang semalam. Jadi bila hendak letak jawatan? Setidak-tidaknya Dr Khairuddin yang beliau kecam memulangkan beberapa bulan gajinya sebagai Menteri.

“Sedangkan Menteri itu melaksanakan tugas kerajaan. Rara pula beraktiviti sosial dan keseronokan peribadi. Mana face mask yang Rara kata beliau ada banyak dengan pelbagai warna, kenapa tak pakai?” persoal Yusma lagi.

Beliau sebagai warga Bentong turut mempertikaikan peranan Rara selaku salah seorang ADUN dalam Parlimen ini yang tidak kelihatan membawa sebarang inisiatif atau perkhidmatan sewajarnya kepada penduduk setempat.

Sedangkan katanya, selaku ADUN Ketari, Rara menerima gaji daripada hasil bumi Pahang dan cukai rakyat negeri ini, namun pemimpin Melayu DAP ini dilihat tidak menjadi ‘wakil rakyat’ tetapi ‘wakil DAP’ semata-mata.

“Nampaknya dia (Rara) hanya proaktif sebagai ‘wakil DAP’ tetapi gagal sebagai ‘wakil rakyat’. Sekadar ke Sidang DUN bertanya soalan, mempertikai dan memperlekehkan pihak lain, baik letak jawatan atau pulangkan gaji kamu kepada rakyat,” gesa Yusma. – HARAKAHDAILY 18/11/2020

Hibur Hibur Sikit: Album 1 

6 comments:

  1. Jgn biarkan RARA keseorangan, veluau sokongan n dampingan,,Muslimat PAS,Wanita UMNO n Serikandi PPBM cuba pikat RARA ke pangkal jln byk pahala tu lebih2 lg dipinang sebagai madu

    ReplyDelete
  2. Kau x payah dengki lg pung dia dah kaya sblm msk politik n byk mana duitnya disumbang kod parti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaya rupanya ni Rara tu ye..untungla sapa dpt.

      Delete
    2. Ada rupa ada harta, Dap yg dapat.

      Delete
    3. Mantap! Rara derma duitnya pd parti. Respek! Jgn lps derma mintak naik gaji sudah..

      Delete