1. Rusia: ''Kami akan Terus Bekerjasama dengan Turki dalam Isu Nagorno-Karabakh''
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, mengatakan bahawa Rusia akan terus bekerjasama dengan Turki, dalam isu Nagorno-Karabakh.
Dalam wawancara dengan akhbar Rusia ''Kommersant'', Menteri Luar Rusia Lavrov mengevaluasi hubungan antara Rusia dan Turki serta keadaan di Nagorno-Karabakh.
Lavrov mengatakan bahawa Rusia dengan Turki sedang berusaha untuk menyelesaikan krisis di pelbagai rantau.
"Moscow dan Ankara adalah rakan kongsi yang dapat mengambil pendekatan yang fleksibel dan pragmatik, dan saling berinteraksi dengan visi strategik." Katanya.
Menyatakan bahawa isu Nagorno-Karabakh berbeza, Menteri Rusia Lavrov menekankan bahawa mereka tidak menyokong penyelesaian situasi di rantau ini secara paksa.
Menunjukkan pentingnya mewujudkan mekanisme untuk mengendalikan perjanjian gencatan senjata, Lavrov mengatakan:
"Walaupun gencatan senjata kekal tidak dapat dicapai dengan segera, kami akan terus menggunakan semua pengaruh kami di rantau ini dan bekerjasama dengan rakan-rakan Turki kami untuk menghentikan perang, untuk memastikan dialog antara pihak-pihak dan untuk memastikan bahawa Baku dan Yerevan duduk di meja rundingan."
Lavrov menyatakan bahawa mereka bimbang terhadap pengantarabangsaan isu Nagorno-Karabakh dan kemasukan militan dari Timur Tengah, dan dia berkata telah menyampaikan isu ini dalam perbincangan-perbincangan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turki.
2. Bantuan Malaysia sampai ke Turki
Terkini, bantuan kecemasan Fasa 1 sumbangan rakyat Malaysia melalui Muslim Care Malaysia Society berjumlah RM42,000 telah berjaya disampaikan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turki.
Bantuan disampaikan terus oleh Muslim Care Malaysia kepada mangsa-mangsa melalui rakan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusian tempatan, IHH Humanitarian Relief Foundation yang kini berada di lokasi bencana.
Antara bentuk sumbangan yang dihulurkan adalah barangan keperluan harian kepada mangsa-mangsa bencana yang kini ditempatkan di khemah-khemah sementara.
Setakat ini, situasi seperti yang dimaklumkan memerlukan bantuan segera terutamanya makanan panas, bahan pemanas dan selimut memandangkan musim sejuk sudah pun bermula.
Dimaklumkan bahawa sumbangan rakyat Malaysia yang diterima oleh mangsa-mangsa bencana amatlah dihargai dan diiringi dengan tangisan tanda syukur.
Walaubagaimanapun, pengumpulan dana bantuan dengan sasaran RM1 juta masih lagi diteruskan dan sumbangan amatlah diharapkan bagi meringankan bebanan yang sedang dilalui oleh mangsa-mangsa bencana.
Khemah penempatan mangsa gempa bumi di Turki(IH)
No comments:
Post a Comment