Monday, November 30, 2020

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa JPM lulus

 

Azhar Azizan Harun berkata, keputusam itu dibuat selepas 105 ahli Parlimen menyokong sementara 95 lagi tidak menyokong. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kira-kira pukul 2.30 petang, selepas diputuskan menerusi undian belah bahagi dengan 105 menyokong manakala 95 tidak menyokong sementara 20 ahli Parlimen lagi tidak hadir.
Keputusan itu dibuat selepas sidang ditempohkan selama 10 minit bagi membolehkan undian dijalankan termasuk memberi masa kepada Ahli Parlimen untuk masuk ke dalam dewan.
Ia adalah sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang hanya membenarkan hanya 80 ahli Parlimen memasuki dewan.
Sebelum itu, sesi penggulungan RUU bagi JPM dilakukan oleh lima menteri iaitu JPM dimulakan dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Takiyuddin Hasan dan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
JPM diperuntukkan RM11.69 bilion dalam Belanjawan 2021 iaitu RM4.47 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

4 comments:

Anonymous said...

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan sidang selama 10 minit untuk proses undian setelah undi belah bagi dilakukan. Loceng dibunyikan 2 minit untuk menarik perhatian MP.

Keputusan :

Setuju (PN) : 105
Pembangang : 95
Tidak hadir : 20

Jumlah MP ketika ini adalah 220 ( setelah 2 MP meninggal dunia).

Maka MP Kerajaan adalah 111 (mati 1) manakala 105 (mati 1) dari pembangang.

Jadi boleh diandaikan yang tidak hadir dari MP Kerajaan adalah
seramai 111-105 = 6 orang

MP Pembangang yang tidak hadir 105-95 = 10 orang.

Ohh mungkinkah Pembangang tidak hadir dirasuah, dibeli atau sudah dibailout...!?

Siapakah yamg tidak hadir itu..!? Boboi, atok dan gang PejWang sudah main balik..!?

Round 2

Kita tengok sapa yang kenaaa..!?


kikikiki.. haaahh tepokkk... pop corn baru abis supering tinggal sikit wayang makin klimaks coconut shake dah abis..

hahhh tepokkk dolu kita order grab food panda food pulak hahhh..!!

Terbaekk bossku..!!

Anonymous said...

Pada walaun atau Otai buat homework sket senarai nama Pembangang tak hadir tu..

Dengar boboi atok dan gang PejWang tak hadir...!!

Kasi tayang pada pengundi kawasan masing masing..! Pada pengundi pengundi kawasan next PRU 15 nanti..

Setelah di timang timang di belek belek samada nak jualbeli secara kati, tahil kilo atau secara borong YB kawasan masing masing, eloklah humban YB kelian dalam longkang...

Lu fikir lah sendiri

Anonymous said...

Apa2 hal pun liberal mesti disekat. Sebab presiden liberal sanggup sekongkol dengan dap. Jiwa dan nafsu presiden liberal sama barakah dengan jiwa dan nafsu eng guan dan bapanya. Sama2 berorientasikan aqal yg bebas dan kotor. Bila aqal kotor, berlendir dan minum arak sama2 naik.

Anonymous said...

Liberal, perasuah, penyamun peliwat pun kami pas akan pastikan disekat jadi pemimpin negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails