Friday, November 27, 2020

"Saya langsung tidak kecewa (terkena tembakan), tapi ..."

 

Anggota Batalion 3 PGA, Lans Koperal Bob Rizan Jang, 27, yang hampir terkena tembakan dilepaskan seorang lelaki di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand dalam kejadian pertama 12 November lalu.

'Tindak balas menanti jika lepasi sempadan negara'

BUKIT KAYU HITAM: "Saya langsung tidak kecewa (terkena tembakan), tapi berasa sangat geram!," luah Lans Koperal Muhammad Amirul Amir, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini petang semalam.

Anggota berusia 26 tahun berasal dari Kota Tinggi, Johor, yang cedera ringan di bahagian perut akibat terkena peluru bebola besi itu, berkata ketika kejadian dia langsung tidak berasa panik, sebaliknya segera ke pos kawalan terdekat untuk mendapatkan bantuan.

"Sebelum kejadian saya sedang melakukan rondaan dengan motosikal, tiba-tiba rasa pedih di perut, mula tu saya ingat kena sengat serangga berbisa.

"Tapi bila selak jaket kalis peluru, ada peluru bebola besi terselit dan spontan saya berpaling ke arah sempadan negara jiran dan nampak kelibat seorang individu berpakaian gelap," katanya ketika ditemui di pos kawalan sempadan, M16 di sini, hari ini.

Selepas mendapatkan bantuan rakan sepasukan dan kembali ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari pos kawalan itu, kelibat individu berkenaan sudah tidak kelihatan.

"Masa tu rasa geram sungguh sebab dia buat macam tu dari dalam negara dia, kalau dia masuk ke negara kita, ada la tindakan boleh ambil," katanya yang telah berkhidmat sebagai anggota PGA hampir lapan tahun.

Muhammad Amirul berkata, kejadian yang menimpanya itu langsung tidak melemahkan semangatnya untuk menjaga keselamatan negara dan terus menyambung tugas di pos kawalan tersebut seperti biasa.

"Semangat rasa lebih kuat lagi dan kawan-kawan pun banyak bagi sokongan dan nasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak sesekali terleka atau cuai ketika bertugas," katanya.

Bapa kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun itu, berkata tugas sebagai anggota keselamatan akan terus digalas dengan bangga dan akan sentiasa memastikan tahap kesiapsiagaannya berada pada tahap optimum.

Dalam kejadian pada 6.15 petang semalam, Muhammad Amirul mengalami kecederaan ringan di bahagian perut selepas terkena tembakan senapang angin yang dilepaskan dari kawasan negara jiran.

Sebelum ini, Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan dilaporkan berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan itu adalah penyeludup memandangkan lokasi kejadian adalah antara laluan kegiatan jenayah itu.

– BERNAMA

Hibur Hibur Sikit: Album 2

8 comments:

  1. Semoga Anda di Rahmati Yang Esa

    ReplyDelete
  2. Senarai 13 Poli'Tikus' yang menentang Budget 2021 secara Membuta Tuli serta menderhakai Titah Yang DiPertuan Agung.

    Undi belah bahagi akhirnya Pembangkang ditewaskan oleh pembangkang sendiri. Atok yang marah marah, selalu mengencing sesekali apa salah kena kencing pula..

    Malam sebelum mengundi atok u turn boleh berkerjasama kalau 'kena caranya'. Atok mula nak main game.. Akhirnya dipetang hari mengundi ini balasanya..!! Jadi ini peluang nak malukan orang tua itu...Biar orang tua itu terkonteng-konteng dengan 13 orang...

    Teruk atok kena main kali ini. Daripada PKR dimalukan PN lebih baik malukan Mahathir (Ini kira balas dendam). Rupanya pengkhianatan pengkhianat akhirnya di khianati atas pengkhianatan mereka sendiri..!

    Senarai 13 nama calon yang telah di belek belek samada untuk di 'timbang kati atau timbang tahil' oleh pengundi pada PRU15 akan datang. Lu fikir lah sendiri

    1. Mahathir Mohamad PH - PPBM =18,954
    Nawawi Ahmad (BN - UMNO) =10,061
    Zubir Ahmad (PAS) = 5,512
    Majority: 8,893

    2. P5 JERLUN
    Mukhriz Mahathir (PH - PPBM) = 18,695
    Abd Ghani Ahmad (PAS) =12,829
    Othman Aziz (BN - UMNO) = 12,413
    Majority: 5,866

    3. P8 POKOK SENA
    Mahfuz Omar (PH - AMANAH) = 28,959
    Muhamad Radhi Mat Din (PAS) = 23,401
    Said Ali Said Rastan (BN - UMNO) = 18,390
    Majority: 5,558

    4. P111 KOTA RAJA
    Mohamad Sabu (PH - AMANAH) = 90,697
    Mohamed Diah Baharun (PAS) = 19,555
    Gunalan Velu (BN - MIC) = 17,874
    Majority: 71,142

    5. P96 KUALA SELANGOR
    Dzulkefly Ahmad (PH - AMANAH) = 29,842)
    Irmohizam Ibrahim (BN - UMNO) = 21,344
    Mohd Fakaruddin Ismail (PAS) = 8,535
    Majority: 8,498

    6. P101 HULU LANGAT
    Hasanuddin Mohd Yunus (PH - PAN) = 49,004
    Azman Ahmad (BN - UMNO) = 23,580
    Che Rosli Che Mat (PAS) = 15,663
    Majority: 25,424

    7. P108 SHAH ALAM
    Khalid Abd Samad (PH - AMANAH) = 55,949
    Azhari Shaari (BN - UMNO) = 22,100
    Mohd Zuhdi Marsuki (PAS) = 15,194
    Majority: 33,849

    8. P113 SEPANG
    Mohamed Hanipa Maidin (PH - PAN) = 46,740
    Marsum Paing (BN - UMNO) = 28,035
    Sabirin Marsono (PAS) =15,882
    Majority: 18,705

    9. P74 LUMUT
    Mohd Hatta Md Ramli (PH - PAN) = 21,955
    Zambry Abd Kadir (BN - UMNO) = 21,555
    Mohammed Zamri Ibrahim (PAS) = 10,135
    Majority: 400

    10. P88 TEMERLOH
    Mohd Anuar Mohd Tahir (PH - PAN) = 23,998
    Sharkar Shamsudin (BN - UMNO) = 22,094
    Md Jusoh Darus (PAS) = 14,734
    Mohd Khaidir Ahmad (IND) = 178
    Muhamad Fakhrudin Abu Hanipah (IND) = 46
    Majority: 1,904

    11. P133 TAMPIN
    Hasan Bahrom (PH - AMANAH) = 22,435
    Shaziman Abu Mansor (BN - UMNO) = 21,433
    Abdul Halim Abu Bakar (PAS) = 4,598
    Majority: 1,002

    12. P161 PULAI
    Salahuddin Ayub (PH - AMANAH) = 55,447
    Nur Jazlan Mohamed (BN - UMNO) = 26,523
    Mohd Mazri Yahya (PAS) = 4,332
    Yap Keng Tak (IND) = 591
    Majority: 28,924

    13. P57 PARIT BUNTAR
    Mujahid Yusof (PH - AMANAH) =16,753
    AbdPuhat Mat Nayan (BN - UMNO) =13,655
    Ahmad Azhar Sharin (PAS) = 12,312
    Majority: 3,098

    Peristiwa hari ini cukup beri pengajaran pada game fitnah si lidah bercabang. Ini bererti hubungan Mahathir-Anwar putus sama sekali. Ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP tidak lagi menyokong Mahathir. Mahathir kini disokong oleh anak beranaknya dan 11 ahli Parlimen PAN.

    Anwar pun faham dia tak ada BILANGAN tanpa apa apa sokongan UMNO maka dia tidak akan cukup ahli Parlimen untuk menang dalam undian ini.

    Jika Anwar dan ahli-ahli Parlimen PKR bangun untuk menyokong undi belah bahagi sekali pun, mereka akan kalah ini langkah yang sia-sia dan memalukan PH.

    Lebih baik malukan Tun, selama ini pun Tun dah banyak kali malukan Anwar dan PKR. Teruk atok kena main kali ini.

    Esok lusa kita boleh tengok atok akan marah sana sini dan mula sumpah seranah suma orang tak betul dan memacam lagi lah.!!
    Esok lusa sama sama kita saksikan atok yang marah marah..

    kikiki..

    ReplyDelete
  3. hahaha kesian atok kena main kaw kaw

    ReplyDelete
  4. Majoriti rakyat sentiasa memberi sokongan kuat tanpa berbelah bahagi kepada anggota tentera yang 24 jam bertugas untuk negara, bergadai nyawa. TETAPI statement 2 orang kuat aka PENCEN askar berkenaan dengan arak baru2 ini benar2 telah menCEMARkan nama baik angkatan tentera.

    Mungkin ada yang sudah tidak mahu lagi menderma kepada tabung angkatan tentera lagi!




    ReplyDelete
  5. Mati kerana pertahankan arak, bahaya bai.

    ReplyDelete
  6. Hanya puak munafiqun menyokong puak kafir harbi roket dan RBA mempertahankan arak dan menyokong pesta arak seperti oktoberfest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya DAP paling bijak x mahu dituduh DERHAKA digunanya PAN yg tengah bengang PKR rampas Ahli DUN

      Delete