Saturday, November 07, 2020

Sekolah Islam: Bebaskan lesbian, gay, biseksual, transgender...

 

Anggota masyarakat transgender sedang membaca al-Quran di Dawatul Islam Tritio Linger Madrasa di Dhaka, Bangladesh. - Foto AFP

Sekolah Islam pertama untuk transgender dibuka di Bangladesh.

DHAKA: Bangladesh membuka sekolah Islam pertama untuk transgender Muslim dengan ulama menyifatkannya sebagai langkah pertama untuk mengintegrasikan minoriti yang ditindas itu kembali dalam masyarakat.

Madrasah itu adalah antara rangkaian gerakan terbaru di Bangladesh untuk memudahkan kehidupan hampir 1.5 juta orang transgender di negara majoriti Islam itu.

Kira-kira 50 pelajar transgender dilihat membaca ayat-ayat al-Quran untuk menandakan pembukaan Dawatul Islam Tritio Linger Madrasa atau Islamic Gender School, di pinggir ibu kota kelmarin.

Seorang pelajar berusia 33 tahun, Shakila Akhter, berkata beliau gembira dan berterima kasih kepada ulama kerana melakukan perubahan itu.

"Kami beragama Islam, namun kami tidak boleh pergi ke masjid, bahkan kami tidak dapat bergaul dengan anggota masyarakat lain," katanya kepada AFP.

Akhter dilahirkan sebagai gadis dan berhasrat menjadi doktor atau peguam tetapi cita-citanya tidak tercapai selepas dia meninggalkan rumah ketika masih kanak-kanak untuk menyertai masyarakat transgender.

Sekumpulan ulama diketuai Abdur Rahman Azad mengubah tingkat atas sebuah bangunan tiga tingkat menjadi sekolah dengan bantuan dana badan amal tempatan.

Pasukan Azad, yang mengajar al-Quran kepada tujuh kumpulan transgender di Dhaka, berkata madrasah semakin berkembang dan menjadi tapak asas bagi integrasi masyarakat.

Sehingga 150 pelajar dewasa mendapat pelajaran yang sama di madrasah tradisional, di mana al-Quran diajarkan bersama dengan falsafah Islam, Benggali, bahasa Inggeris, matematik dan sains sosial.

Azad berkata, transgender yang dikenali sebagai hijra di Bangladesh, sudah banyak menderita.

"Sudah terlalu lama mereka menjalani kehidupan yang sengsara kerana tidak dapat pergi ke sekolah, madrasah atau masjid.

"Mereka menjadi mangsa penindasan dan kita, masyarakat dan negara harus dipersalahkan atas perkara ini.

"Kami ingin mengakhiri penindasan ini kerana Allah tidak membeza-bezakan antara manusia. Islam memperlakukan semua orang sebagai manusia dan hijra harus menikmati semua hak seperti manusia lain," katanya.

Tahun lalu, transgender diizinkan mendaftar untuk memilih keadaan fizikal mereka sebagai jantina ketiga dan jumlah mereka akan dihitung dalam bancian tahun depan di seluruh negara dengan 168 juta penduduk itu.

Masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menghadapi penindasan hebat di negara Asia Selatan itu, di mana undang-undang era penjajah masih digunakan untuk memenjarakan individu gay, walaupun jarang dikuatkuasa. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "...di mana undang-undang era penjajah masih digunakan untuk memenjarakan individu gay, walaupun jarang dikuatkuasa." 

Maaf, ayat ini atau tuduhan dalam ayat ini, perlu diteliti lagi atau dibetulkan.

Sebenarnya, Islam datang membebaskan "..masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).."  dalam menghadapi penindasan hebat di seluruh dunia. Islam mengawasinya sejak didikan awal lagi. Lihat peraturan-peraturan dalam syariat Islam..

Hanya negara-negara yang bertopengkan 'bebas (tapi terbabas)', hak asasi manusia dan barua-baruanya yang masih mempertahankan.

Hibur Hibur Sikit:

1 comment:

  1. Wahai si bahlol 'mandor balaci' barua Kepada RBA M'sia!

    Masih mencarut lagi? Anjing sekali makan tahi tetap makan tahi juga..

    Mana jawpan ditunggu-tunggu? Yang takut berdepan hujah dan kenyataan. Yang otaknya dijajah DAP non Islamik.. Kalau bukan pondan, jawab ini dulu baru meroyan tak tentu hala!

    Hanya itulah yang geng jilat pungkok tak basuh boleh meroyan. Dapat kuasa tapi tak tahu kerja. Tunggu masa nak rehat dipenjara.

    Ha ha ha 22 bulan si bahlul perintah' asyik menipu saja.. Inilah akibatnya, ikut group Jilat juboq tak basuh, habis keturunan keluarga jadi jauh dari agama, jadi rosak. Kini terpaksa kuncu-kuncunya meroyan. Dan teruskan meroyan, hina ulama. Terus ulang-ulang tuduhan basi, idea baru dari tokey kulupnya dah habis, tak laku lagi.

    Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman.. Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu.. Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian end.

    Kesian, masih jadi barua DAP lagi. Kesian. masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian end, barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, A/Rahman Talib an, budak kampung dan babi-babi buta tu.. Dah tak nampak? Berpaling tadah, dedak tak cukup ke?
    kita kenai depa..

    Ada pula betina-betina garit pakai purdah juga jilat juboq tak basuh kulup. Bangga pulak tu. Bangga pula anak bini mereka jadi begitu. Jadi macam hamba seks askar Jepun sebelum merdeka dulu. Jadi pelempias si kulup. Bertaubatlah.. tak besar mana umpan mata kail dedak itu.

    Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin muflis segala.. padanlah jadi barua..

    DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat, peluluq juboq tak basuh si kulup gian end. hi hi hi . Tak malu muka tembok pungkok babi..

    Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Mereka bangga disebut macam tu. Juga kepada penjilat juboq tak basuh se dunia.. walau ada RBA (Red Bean Army) di Malaysia tajaan DAP..

    Huuuuu. Itulah manusia berjiwa hamba manusia..
    Hai manusia....... kembalilah kepada Tuhanmu.... Tuhan Maha Penerima taubat!! Pulanglah.. Pulanglah dari dunia bahlol tolol itu... syamdul..

    ReplyDelete