Sunday, November 15, 2020

Selamat Deepavali dari Ulama PAS.. -Dr Nik Muhammad Zawawi.

 


Sambutan perayaan Deepavali dengan semangat perpaduan

DEWAN Ulama PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada seluruh kaum India di Malaysia ini atas semangat kefahaman toleransi dalam kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin dalam peruntukan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Kehidupan hidup dalam masyarakat majmuk memerlukan sikap saling kenal mengenal, hormat menghormati dan bertoleransi dalam aspek kebebasan yang melibatkan hak kemanusiaan bagi mencapai keharmonian dan kesejahteraan sejahat. Malah Islam sendiri mengiktiraf hak kemanusiaan umum antara sesama manusia walau berbilang kaum dan agama sebagaimana firman Allah SWT :

(۞ وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِیۤ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِیرࣲ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِیلࣰا)

Maksudnya :
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. – [Surah Al-Isra’ 70]

Sirah kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah menunjukkan nilai hidup dalam masyarakat majmuk tiada unsur paksaan malah keterbukaan dalam menerima kaum Yahudi di Madinah membuktikan Islam agama yang meraikan toleransi dalam kebebasan beragama selagimana semua rakyat di Madinah patuh kepada Perlembagaan menurut Piagam Madinah.

Bagi Islam, sekalipun kebenaran merupakan hak ekslusif pegangan Islam namun dalam soal bertoleransi pada perkara yang tidak melibatkan bersekutu dalam soal akidah dan tiada percanggahan syariat maka ia merupakan medan pergaulan yang dibenarkan antara sesama manusia. Malahan Islam sendiri menyukai kita berbuat baik pada kalangan orang bukan Islam yang tidak zalim dan memerangi kita.

Firman Allah SWT :

(لَّا یَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِینَ لَمۡ یُقَـٰتِلُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ وَلَمۡ یُخۡرِجُوكُم مِّن دِیَـٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوۤا۟ إِلَیۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِینَ)

Maksudnya :
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[Surah Al-Mumtahanah 8]

Dengan berbekalkan semangat toleransi yang betul dan menurut lunas Perlembagaan, diharapkan kesepaduan hidup kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini dapat mewujudkan suasana aman, sejahtera dan harmoni sekaligus mengelakkan dari tercetusnya hubungan yang tegas dan kekacauan yang boleh membawa kerosakan kepada ummah dan negara.

Sekian.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh) – HARAKAHDAILY 14/11/2020

Komen Weblog Ibnu HasyimBegitulah semangat kefahaman toleransi dalam kebebasan beragama di Malaysia sebagaimana yang dijamin dalam peruntukan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan. Iaitu tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Memang sebenarnya, agama Islam itu mengukuh perpaduan sejagat.

Hibur Hibur Sikit:
Album 3

16 comments:

Anonymous said...

Retorik.

Anonymous said...

Babi n keldai DAP tak pernah bersetuju dgn PAS,,,,jeraba DAP lah Islam sebenar

Anonymous said...

Pee H pimpinan gonna end tak basuh berak kencing rakyat dengan janji palsu adalah fakta bukan retorik.

Anonymous said...

Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.

(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Anonymous said...

Hanya puak RBA dan puak munafik liberal yang memuja parti kafir harbi biaDAP pada tahap kerana biaDAP berani menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

PEMBETULAN KOMEN 12:00

Hanya puak RBA dan puak munafik liberal yang memuja parti kafir harbi biaDAP pada tahap DEWA kerana biaDAP berani menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

Ya benar puak munafik liberal dan ular-mak parti PANdir 'Bala Seluruh Alam' adalah penunggang agama yang sedang ditunggang oleh kepala bapak kafir harbi gonna end tak basuh berak untuk menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

Mereka adalah pendusta berhati serigala yang sanggup menjual agama untuk mendapatkan dedak haram cap roket.

Anonymous said...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Sahabat Nabi menjawab: “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi ketika di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya sudah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

Anonymous said...

Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.

Surah Al-An’am Ayat 108

Macam mana dia ni jadi ulamak sedangkan ayat alquran dia gagal memahami dengan mencela agama lain.mesti masa mati nanti tersiksa kan.walaupun dah mintak maap..kesian..

Anonymous said...

Kami cyber mujahid pas tidak termasuk dalam golongan muflis ni sebab memaki orang islam spt pan dibenarkan malah pimpinan kami pas pun hentam pandap ni. Mereka semua sial babi dapiq.
Mengkafirkan orang umno oleh tok guru kami dulu pun dibolehkan sebab kami parti islam yg ilmunya bukan sebarangan.

Anonymous said...

Dua komen berdasarkan apa yg dia belajar jd mung dok payah nak tunjuk pandai, dia mintak maaf utk masalat umum dimaba masih ramai jahil tukil, mmg benar injil sekarabg telah diselewengkan itu pasti, mung gi tanya Wan Jit n RORA

Anonymous said...

RBA 1:14 ternakan parti kafir harbi biaDAP cuba menyamar sebagai ahli parti Islam PAS untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS.

Cukup-cukuplah puak RBA membodohkan diri dengan menjilat dan memuja kepala bapak kafir harbi gonna end tak basuh berak pada tahap dewa yang telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

Hoi RBA simpan sedikit kebodohan kamu untuk keturunan RBA sendiri.

Anonymous said...

Bukankah Bible telah rosak berdasarkan ayat Bible sendiri ?

Jika RBA 1:01 mahu membela Bible, sila buktikan Bible itu tidak rosak ? RBA mahu berbahas ? Anytime !!!

Anonymous said...

Skrg masjid ditutup, solat jumaat x dibenarkan tp sambutan depavali mengalahkn penonton piala dunia. Islam tak dihina lagi kah? Dap kah yg perintah skrg? Buka akal sikit, jgn trlampau taksub dgn parti politik.

Anonymous said...

Wah RBA 7:13 ternakan puak kafir harbi roket kencing hancing lebat babi pun boleh mati tetapi semuanya fitnah sahaja.

Ini contoh kerajaan PN membenarkan solar fardhu dan solat Jumaat:

PKPB: Johor benarkan solat jemaah fardu, Jumaat

Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my
November 12, 2020

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/11/753495/pkpb-johor-benarkan-solat-jemaah-fardu-jumaat

Anonymous said...

8.45...berapa org dibenarkan setiap kali solat? Apsal hari jumaat 13/11 dkt jam 7 pm masjid msh lg gelap dn Gate ditutup area Hulu Selangor ni sb aku lalu sini blk keja...
Tk yah la Nk guna bahasa2 kesat ni wahai saudara seislam ku. Dizaman fitnah dajjal ni org yg pegang agama sprt pegang bara
api dan dr 1000 org cuma 1 jer trselamat dr fitnah akhir zaman.
So kau Nk ckp apa pun trpulang. Allah maha tahu. Nabi sudah warning Dizaman dia lg ttng fitnah akhir zaman. Nasihat aku, amalkn surah alkahfi. Assalamualaikum wahai sedara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails