Penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan ekoran pembunuhan Samuel Paty di Paris bulan lalu. - Foto AFP
4 lagi pelajar didakwa kes penggal guru Perancis
PARIS: Empat lagi pelajar remaja didakwa hari ini di Perancis berhubung pembunuhan Samuel Paty, tiga daripadanya dituduh menunjukkan guru itu kepada pembunuhnya.
Pada awal November, tiga pelajar didakwa terbabit membantu dalam pembunuhan Paty yang dipenggal kepalanya selepas menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajar sebagai sebahagian daripada pelajaran kebebasan bersuara.
Menurut sumber kehakiman, tiga daripada empat pelajar yang didakwa hari ini disyaki mengenal pasti Paty kepada pembunuhnya, Abdullakh Anzorov, 18, yang kemudian mengejar dan memenggal kepalanya di jalan berhampiran sekolah.
Menurut sumber berkenaan, mereka yang berusia antara 13 dan 14 tahun, dituduh 'terbabit dalam pembunuhan oleh pengganas'.
Tertuduh keempat pula adalah anak perempuan Brahim Chnina, individu yang melancarkan kempen ganas dalam talian terhadap Paty dengan mengecam penggunaan kartun yang diterbitkan penerbitan satira mingguan Charlie Hebdo.
Remaja itu didakwa dengan 'tuduhan fitnah' terhadap Paty selepas menceritakan berhubung kejadian di dalam kelas, walaupun beliau sebenarnya tidak menghadiri pelajaran sivik terbabit.
Pembunuhan Paty mencetuskan kemarahan yang mendorong Presiden Emmanuel Macron untuk membanteras ekstremisme dan keganasan Islam di negara itu yang dilanda gelombang serangan jihad sejak 2015, yang sehingga kini membunuh lebih daripada 250 orang. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah akibat dari sebuah kerajaan yang taksub dan fanatik berlebihan kepada agamanya sehingga membenarkan kelompoknya menghina agama orang lain melalui kartun dan sebagainya.
Jangan baling rumah orang dengan batu, kalau rumah sendiri dibuat dari kaca!
Hibur Hibur Sikit: Album 2
- H2S Pilihan: 11-Lagu M'sia BERSIH 2Mei 2019. Anti...
- H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas..
- H2S Pilihan: 13 -Nasyid Islami Malaysia, Wanita Sh...
- H2S Pilihan: 14 -Turkish Nasheed
- H2S Pilihan: 15 -Puteri dan Aku Papua.
- H2S Pilihan: 16 -Arabic Alphabet, ABC Song, Ya Nebi
- H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.
- H2S Pilihan: 18 -Taiwan Nasheed.
- H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Rasuah..
- H2S Pilihan: 20 -Superstar Cat Stevens To Yusuf Is...
4 comments:
Seandainya mrk yg terlibat kerana SAYANG YG SEBENARNYA kpd RASULALLAH
SAW mrk akan mdpt Safaaf di PM
Inilah negara yang sedang berperang dengan rakyat mereka sendiri?
Negara yang kuat mengamalkan DISKRIMINASI, menghalang kebebasan beragama, menghalang hak2 asasi manusia, kini berperang pula dengan rakyat sendiri?
Tindakan yang amat memalukan!
Lantak kaulah nak menganut agama apa! Kau x malu dgn Allah
Post a Comment