Anggota Angkatan Tentera Malaysia melintasi pentas Diraja pada sesi raptai acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019. - Foto hiasan BERNAMA
Darurat Batu Sapi: Kehidupan seperti biasa, tiada pemerintahan ala tentera
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kehidupan rakyat akan berjalan seperti biasa walaupun darurat diisytiharkan di Batu Sapi, Sabah.
Perdana Menteri menegaskan pengisytiharan darurat itu tidak akan menyaksikan sebarang perintah berkurung atau pemerintahan tentera di negeri itu.
"Kegiatan ekonomi, pentadbiran kerajaan, kegiatan sosial boleh diteruskan, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah," katanya dalam perutusan khas, sebentar tadi.
Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, menerusi kenyataan dilaporkan berkata Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Perkenan itu dizahirkan selepas Seri Paduka berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung risiko penularan gelombang keempat wabak COVID-19.
Muhyiddin berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi akan diadakan dengan kadar segera, tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menghormati hak demokrasi setiap pengundi di daerah berkenaan.
"Bagi pihak Jemaah Menteri, saya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan nasihat Jemaah Menteri supaya darurat diisytiharkan di bahagian Pilihan Raya Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah.
"Titah perkenan Seri Paduka ini menunjukkan keprihatinan Tuanku terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata yang saya percaya sentiasa dekat di hati baginda.
"Saya berdoa ke hadrat Allah, mudah-mudahan langkah yang diambil oleh kerajaan ini adalah satu hikmah yang dapat membantu membendung wabak COVID-19 dan melindungi nyawa rakyat.
"Langkah ini juga adalah bertepatan dengan hasrat sebahagian besar rakyat yang tidak mahu pilihan raya diadakan semasa pandemik COVID-19 sedang melanda negara.
"Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar pandemik ini segera berakhir dan kita semua dilindungi daripada sebarang musibah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin," katanya.
Hibur Hibur Sikit: Album 1
- H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
- H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
- H2S Pilihan: 03 -Ebiet G Ade (Sentuh Kulit Perempuan)
- H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan
- H2S Pilihan: 05 -Lagu Klasik Melayu Lucah, Bunuh &...
- H2S Pilihan: 06 -Beautiful Japanese Islamik Nasheed.
- H2S Pilihan: 07 -To'ki Hadapi Dengan Senyuman.
- H2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...
- H2S Pilihan: 09 -Mengurat, Malaya/S'pura, Indo/T.L...
- H2S Pilihan: 10 -Russian Nasheed&Cecen
4 comments:
DAULAT TUANKU,,marilah kiter hayati model daurat ini tanpa merotan bagai n bincang biar secara ilmiah
Hari pengundian 25.11.2020 sidang bajet bakal dinanti keputusan diterima akan memeranjatkan seluruh negara.
Inshaallah !!! Yang bakal terjadi undi dipihak Kerajaan tidak mencukupi ..apa terjadi nantikan..tunggu sekitar minggu 25hb Nov hingga December 2020.
Awan mendung di seluruh tanah air, bila mana rakyat bertambah bingung dengan suasana dan keadaan di negara ini
Hilang sokongan dari Ku Li Anwar Zahid mahupun Najib adalah pasti.
Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat bolehkah Muhyiddin Yassin menghadap Yang Di-Pertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen dan Pilihanraya Umum diadakan?
S. 1: Perdana Menteri yang kalah di Dewan Rakyat kerana Belanjawan Kerajaannya ditolak oleh ahli-ahli Parlimen sudah hilang kedudukan atau locus standi untuk bertindak sebagai seorang Perdana Menteri yang sah untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum.
S. 2: Kalau semua langkah Perdana Menteri yang kalah Belanjawannya di Dewan Rakyat tersekat kerana halangan undang-undang Perlembagaan & konvensyen Perlembagaan jadi apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar lakukan sekiranya senario yang digambarkan itu benar-benar berlaku?
J. : Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh itu tiada pilihan lain. Beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bersama barisan kabinet dapur nya.
S. 3: Apa jadi jika Perdana Menteri meletakkan jawatan?
J. : Semua Menteri kabinet juga secara otomatik gugur dari jawatan dan Kerajaan PN ikut sama tumbang.
S.4: Jika senario ini benar-benar berlaku pada Khamis 25 November ini. Apa jalan penyelesaiannya?
J. : Yang Di-Pertuan Agong akan melantik seorang Perdana Menteri Baharu. Sebuah Kabinet dengan Jemaah Menteri akan terbentuk dan sebuah Kerajaan baharu akan ditubuhkan. Tun sedang melobi Hisyamuddin sebagai PM interim.
Tetapi tidak dapat dipastikan masih adakah lagi lagi Ahli Parlimen dipihak Kerajaan yang berbolak hatinya dalam menyokong' Muhyiddin?
Pengumuman Mazlee keluar Pejuang kini hanya dianggotai empat Ahli Parlimen – Tun Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr. Shahruddin Salleh (Sri Gading)
Keputusan Dr. Maszlee keluar daripada Pejuang tidaklah memeranjatkan. Tun dan Boboi yang terperanjat besar sebenarnya kerana tiada lagi kuda tunggangan kedua anak beranak ini.
Makin sepi hati atok makin terbakar lah rasa ego tingginya. Maka karma Tun akan membakar Dewan Rakyat pada 25.11.2020 usul tidak menyokong bajet 2020.
Judgement day untuk Tun dan anak cucu sedang menanti karmanya.
In Sha Allah liberal n Kafir harbi x akan menguasai Tanahairku,,,Hanya Pd NU Ku Serah Yaa Rabb
DO YOU NEED AN XMAS LOAN OR BUSINESS LOAN? CONTACT US URGENTLY AND GET YOUR LOAN WITHIN 24 HOURS, ONLY SERIOUS PEOPLE CONTACT US ON EMAIL: trustgolden247@gmail.com
Post a Comment