Monday, November 09, 2020

Telatah Hollywood: Sanggup berpindah dari AS jika Trumph menang.

 

Penyanyi Material Girl, Madonna berkongsi kegembiraan atas kejayaan Biden melalui video istimewa yang dimuat naik di media sosial. Foto IG Madonna

Lady Gaga yang pernah berkempen untuk Biden, menganggap kejayaan Biden dan Kamala berjaya menunjukkan kepada duana sisi kebaikan dan keberanian sebenar. Foto IG Lady Gaga
HALAMAN HIBURAN
Hollywood raikan Biden, Kamala

KUALA LUMPUR: Kemenangan calon Demokrat, Joe Biden pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan dirinya dilantik sebagai Presiden dan mandat yang diberi kepada Kamala Harris sebagai Naib Presiden, disambut baik selebriti Hollywood.

Ramai bintang popular, malah ada antara mereka lantang menentang Donald Trump, menganggap kejatuhan bekas Presiden AS itu sebagai tepat pada masanya, agar negara boleh melangkah ke era baharu.

Antaranya John Legend dan isteri, Chrissy Teigen serta Ricky Martin yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan sanggup berpindah dari AS jika Trumph menang lagi.

"Saya ucapkan selamat maju jaya untuk Biden atas kemenangan ini. Terima kasih atas integriti dan semangat penyatuan kamu.

"Sebagai anak kelahiran Puerto Rico, saya bangga untuk memberi sokongan pada kempen pilihan raya yang penuh kesukaran ini.

"Buat Kamala, tahniah kerana mencipta kejayaan menjadi wanita pertama diangkat sebagai Naib Presiden AS dan berjuang dengan penuh maruah," kata Ricky di Twitter.

Penyanyi Pink pula bersyukur dan terharu apabila Biden menang.

Pink yang popular dengan lagu Just Give Me A Reason, lega dengan keputusan itu sambil berharap Presiden dan wakil terpilih bekerja dengan baik.

"Saya tumpang gembira untuk Kamala dan inspirasi yang dibawanya untuk kaum wanita.

"Negara ini memiliki banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama. Saya yakin kita boleh mencapainya," katanya melalui Twitter.

Lady Gaga tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah untuk pucuk pimpinan baharu AS.

"Biden, Kamala dan rakyat AS, kalian menunjukkan kepada dunia sisi kebaikan dan keberanian sebenar.

"Cinta dan sokongan padu saya untuk Biden dan Kamala yang berjaya masuk ke White House," katanya.

Bintang legenda, Madonna juga berkongsi keseronokan di laman Twitter dengan menulis status ringkas tetapi bermakna.

"Tuhan merahmati Amerika. Kita berjaya melaluinya," katanya yang turut berkongsi video berjudul My Victory Dance, I'm On bagi meraikan kejayaan Biden.

Penyanyi Ariana Grande turut meluahkan rasa gembira dengan ucapan ringkas di Twitter.

"Saya menangis atas kejayaan Biden dan Kamala... Syukur," katanya.


Hibur Hibur Sikit:
Album 2

10 comments:

Unknown said...

Moga dunia masuk era keamanan sejagat

Anonymous said...

Puak kafir harbi cuba mengelirukan dan menipu umat Islam dengan berpura-pura memetik ayat Quran dll, berpura-pura menghormati azan, berpura-pura mengikut model khalifah Umar (dengan sokongan kepala bapak syiah),berpura-pura berpakaian baju kurung menutup aurat memasuki masjid, membuat aktiviti propaganda kafir harbi dalam masjid , berpura-pura makan cara Islam, menabur pelbagai janji palsu dll tetapi hati mereka tetap membenci dan memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Inilah wayang opera puak kafir harbi untuk menipu, membodohkan dan memecah-belahkan umat Islam yang bersifat naif.

Sebaik sahaja puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka berkuasa, mereka menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam walaupun hak Islam dan hak agama Islam telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sedarlah umat Islam. Cukuplah 22 bulan ! Sesungguhnya mental @ minda dan fizikal umat Islam sedang diserang dari pelbagai sudut di akhir zaman oleh musuh Islam dan puak munafiqun.

Lihatlah Singapura di mana umat Islam ditindas sebaik sahaja puak kafir berkuasa.

Unknown said...

Ibnu blh try call YB Ganu sbb ada DO kat Ganu kata ada YB PAS feil sama YB UMNO dlm bab nak tanah kurnia

Anonymous said...

Eng guan kata rm30 satu jumlah yg besar. Nak permainkan orang melayu.

Anonymous said...

China dah konker Malaysia n Cina pula blh goda Melayu dgn 2W

Anonymous said...

2w utk pkr dan pan.

Unknown said...

Pas Umno dan Bersatu pun boleh meleleh air liur

Anonymous said...

Bkn ari tu pemuda Pas sokong trump ke? Mna dia skrg?

Unknown said...

Sebenarnya Kalo Trump Menang USA lg menjunam ..Biden ini X tahu lg tp 65% muslim USA undi die

Unknown said...

69

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails