Kecaman MP PKR kepada lawannya kembali kepada diri
AGAK mengejutkan bila nama Hassan Abdul Karim, MP PKR Pasir Gudang, turut tersenarai sebagai salah seorang daripada 13 MP pembangkang, majoritinya adalah daripada PAN, yang bangkit menyokong undian belah bahagi untuk Bacaan Kedua Bajet 2021 semalam.
Mengejutkan kerana Bacaan Kedua Bajet 2021 ini mengandungi terlalu banyak peruntukan bagi membantu segala macam golongan rakyat yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 selain mengandungi beberapa penambahbaikan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Mengejutkan kerana Hassan Abdul Karim inilah juga yang menyerang MP-MP BN dan PAS yang meminta undian belah bahagi untuk Bajet 2020 Kerajaan PH di peringkat jawatankuasa untuk KPWKM pada 26 November 2019 dengan menyifatkan tindakan ini sebagai:
(1) “Tidak beretika, politik yang bankrap dan tidak bermoral”,
(2) “Tidak bertanggungjawab mendekati perbuatan anti-nasional”.
Kalau hanya sekadar meminta undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa pun sudah boleh beliau sifatkan sebagai tindakan ‘Tidak beretika, politik yang bankrap dan tidak bermoral’ serta ‘Tidak bertanggungjawab mendekati perbuatan anti-nasional’, maka apakah yang boleh kita gelarkan terhadap mereka yang meminta undian belah bahagi untuk keseluruhan bajet?
Kalau tujuan Hassan Abdul Karim bersama-sama 12 MP pembangkang yang bangkit menyokong undian belah bahagi untuk Bacaan Kedua Bajet 2021 semalam adalah untuk cuba jatuhkan Kerajaan PN, beliau sewajarnya tidak lupa peringatan beliau kepada MP-MP BN dan PAS dulu:
‘Kalau hendak jatuhkan Kerajaan PH bukan dengan cara serangan hendap yang memalukan itu. Tunggulah pada PRU ke-15 nanti.’
Peringatan sama juga wajar diberikan kepada MP-MP yang bertekad mahu menggagalkan undian Bajet 2021 di peringkat jawatankuasa dan di peringkat Bacaan Ketiga nanti:
‘Kalau hendak jatuhkan Kerajaan PN bukan dengan cara serangan hendap yang memalukan itu. Tunggulah pada PRU ke-15 nanti.’
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/10/2020
Rujukan: (1) Komen Hassan Abdul Karim semalam: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1677420229095789&id=100004834847644 (2) Komen Hassan Abdul Karim pada 29 November 2019: https://www.facebook.com/hassankarim2013/posts/3206623422697574
Hibur Hibur Sikit: Album 2
- H2S Pilihan: 11-Lagu M'sia BERSIH 2Mei 2019. Anti...
- H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas..
- H2S Pilihan: 13 -Nasyid Islami Malaysia, Wanita Sh...
- H2S Pilihan: 14 -Turkish Nasheed
- H2S Pilihan: 15 -Puteri dan Aku Papua.
- H2S Pilihan: 16 -Arabic Alphabet, ABC Song, Ya Nebi
- H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.
- H2S Pilihan: 18 -Taiwan Nasheed.
- H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Rasuah..
- H2S Pilihan: 20 -Superstar Cat Stevens To Yusuf Is...
12 comments:
MP yang cakap berbelit2 ni boleh TAK kita umpamakan bagai SAMPAH?
Seronok tengok MP2 yang berbahas bagaikan aksi MONYET tempoh hari?
Kata Tuan Speaker amat MEMALUKAN?
Mereka pengikut ajaran liberal ketua pembangkang. Mana ada moral. Sama mcm ketuanya yg liberal dan dapat ampon dari Agong kerana berlendir.
Pemimpin2 Orang Asal Islam/Melayu TULEN kita dr. UMNO/PAS - sdg. diPERANGKAP habis2an oleh EJEN2 Melayu LIBERAL-si DALANG2 DUA MUKA rejim PH Parasit dlm. PN!
Lihat shj. Menteri Pendidikan boleh:
1. BIAQkan DISKRIMINASI & RASISMA pd. pelajar2 ISLAM dr. Sek. AGAMA yg. dikurangkan Belanjawan 2021 kpd. $12 juta dr. $ 50 juta pd. 2020, sdgkan Sek.2 K. Cina dpt. $74 JUTA, naik dr. $50 JUTA pd. 2020;
2. DISKRIMINASI pd Sek.2 Berasrama Penuh yg. MAJORITI adalah bangsa BUMIPUTERA miskin kita juga diKURANGkan Peruntukan kpd. 90%
NOTA: Menteri Pendidikan DALANG DUA MUKA ni dr. parti BERSATU - & masih ada masa buat PEMBETULAN utk. pembentangan Belanjawan 2021 ni di peringkat KEDUA di bah. JAWATANKUASA Kementerian!
Lihat juga Menteri Luar Bdr. boleh biarkan DISKRIMINASI terhdp. UNIVERSITI BUMIPUTERA terUNGGUL kita, UiTM yg. di bawah MARA & MARA adalah bawah Kem. Luar Bandar ni - hanya dpt. $3 juta dlm Belanjawan 2021 - sdgkan Kolej Universiti Tunku Abd. Rahman (TAR UC) yg. MAJORITI, pelajar2 PENDATANG Cina, dpt. peruntukan $58 juta dlm. Belanjawan 2021, dr. $30 juta masa 2020!
NOTA: Menteri Kem. Luar Bdr. ni juga dr. parti BERSATU liberal DALANG DUA MUKA tu!!
Penganut agama PAS kata TIDAK MENGAPA! ASALKAN YANG MENIPU ORANG MELAYU ITU ADALAH ORANG MELAYU ISLAM JUGA, TIDAK MENGAPA, PAS SOKONG 100% PENIPUAN MEREKA KERANA MEREKA PEMIMPIN MELAYU ISLAM MALAYSIA !
Inilah sistem perhambaan ciptaan KAFIR terus diamalkan oleh pemimpin MELAYU ISLAM hari ini..
Rakyat dijadikan hamba utk menanggung kerajaan dan hutang negara sedangkan pemimpin sentiasa dilimpahi kemewahan!
Zaman saidina umar sbb masa tu islam tgh mengembangkan pengaruhnya dan berlaku peperangan jadi rakyat diminta menyumbang..
di malaysia ada perang sana sini ke? hasil bumi dah habis ke? siapa sebenarnya yg membaham hasil bumi??
Apakah Khalifah Umar Abdul Aziz & Imam Nawawi bermewah-mewahan seperti menteri2 di malaysia? jauh beza mcm langit dgn bumi!
Khalifah Umar Abdul Aziz & Imam Nawawi SAMA-SAMA SUSAH & SENANG bersama rakyat..
Doktor PAS bodoh tak tau beza serang hendap dgn serang berhadap hadapan
Penganut Pas ni dah sewel. Kalo ditolak belanjawan, dikatakan ingkar titah agong. Bila disokong, dikatakan PH runtuh. Ko dah kenapa badigol?
Bye2 PH selamat MENYORAN GABAN
Cukup-cukuplah puak RBA ternakan parti kafir harbi roket menyamar sebagai orang Melayu Islam untuk menfitnah kerajaan PN pimpinan Melayu Islam dan menghasut rakyat membenci kerajaan.
Puak RBA ternakan parti kafir harbi roket adalah puak rasis yang sangat memusuhi agama Islam dan umat Islam termasuklah kaum Melayu.
Post a Comment