Siti Zabedah mendakwa ahli politik dan parti politik yang ada hari ini telah mengecewakan rakyat, dan Parlimen tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya. -Gambar fail
Gerak Independent mahu kembalikan kuasa kepada rakyat - Siti Kassim
KUALA LUMPUR: Gerak Independent (GI) menegaskan calon-calon mereka tidak bersandarkan mana-mana parti politik dengan harapan untuk mengembalikan kuasa Parlimen kepada rakyat.
Gerakan itu terdiri daripada kumpulan seperti Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU), I Am The Third Force, KitaBantuKita, dan Malaysia First sudah pun menyenarai pendek beberapa calon yang berpotensi.
"Kami bukan parti politik, kami hanya mahu buka ruang baharu kepada rakyat dalam membuat pilihan.
"Kami sebagai sebuah NGO yang mahu perubahan untuk kebaikan rakyat dan negara. Kita tak boleh terus berharap kepada parti politik untuk ubah sistem yang ada.
"Sebagai pengasas MAJU, saya melihat ini satu platform baharu untuk rakyat dan kami mahukan perubahan ke arah kebaikan, dan kami mempromosikan hak asasi manusia sejagat dan juga kebebasan awam," kata jurucakap GI, Siti Zabedah Kasim dalam sidang media secara maya, pada Khamis.
GI akan menjalankan sesi pendengaran awam secara langsung di platform digital dan menilai maklum balas orang ramai sebelum membuat keputusan akhir.
Siti Zabedah mendakwa ahli politik dan parti politik yang ada hari ini telah mengecewakan rakyat, dan Parlimen tidak lagi berfungsi seperti yang sepatutnya.
GI, tambahnya, akan menyatukan pengundi bandar terlebih dahulu, menggunakan nilai-nilai seperti perjuangan politik yang baik dan membanteras rasuah.
Mereka yang berminat menjadi calon juga dipelawa mengemukakan permohonan. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tawarran Istimewa, 'Mereka yang berminat menjadi calon juga dipelawa mengemukakan permohonan.' Mungkin jadi calon PRU 15 akan datang ini..
Ya, lu minat, lu gii la.. ikut Siti Kassim.
Hibur Hibur Sikit:
Album 3
- H2S Pilihan: 21 -Lagu Nelayan
- H2S Pilihan: 22 -Nasheed Thailand&Indo-Thai.
- H2S Pilihan: 23 -Lagu Lawak
- H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
- H2S Pilihan: 25 -Nasyid Orang Asli Malaysia.
- H2S Pilihan: 26 -Nasheed Bosnia
- H2S Pilihan: 27 -Nasyid Silat Melayu
- H2S Pilihan: 28 -Syria Nasheed &ALLAH.
- H2S Pilihan: 29 -Pop 60an Puja Wanita.
- H2S Pilihan: 30 -Iranian & Shia Nasheed
8 comments:
Besi buruk lg berharga drp Siti Zabedah
Eloklah daftar jadi parti politik.
Ramai yang nak tengok sehebat manakah mereka2 yang PERASAN hebat ni?
Eloklah daftar jadi parti politik. Barulah nampak jenis wadah perjuangan apa yang mahu dibawakan!
Kalau bergerak macam ni je tak nampak apa2 pun contribution kepada masyarakat. Namapak lebih kepada mencari POPULARITY MURAHAN akan JALANAN! LOW CLASS!
Tak malu ke kalau dipanggil peguam low class?
Potensinya ialah satu lagi kelompok low class yg bersama dap dan liberal.
Persatuan Belia Baharu Universiti Malaysia (UMANY) memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong lebih kepada untuk mengelak dari dikenakan tindakan undang-undang, kata penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff.
Permohonan maaf termasuk menarik balik kenyataan bersifat menghina institusi raja itu umpama ‘madu bersalut racun’ yang tidak mempunyai unsur keikhlasan.
Siti ni perfect sangat ker? Mungkin tidak. Usia seperti ini sepatutnya sudah membesarkan zuriat. Tapi naluri kewanitaannya dan kerohanian semakin menjauhi dirinya. Menolak hukum feqah dan ulamak, membesarkan liberal, semakin mengisi ruang kosong jiwanya. Kelebihan ilmu guaman menjadikan jiwanya menguncup tentang sumber alam ciptaan Ilahi yg sempurna sifatnya.
PENJAHANAM ANAK BANGSA!!!
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan penahanan ketuanya yang juga seorang usahawan kosmetik bersama adiknya dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM5 juta pada Selasa lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata usahawan dari KELANTAN dan adiknya yang juga seorang anggota tentera masing-masing berumur 31 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di tepi jalan di Taman Serdang Perdana, Sri Kembangan dekat sini.
"Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang yang dinaiki kedua-dua suspek, polis menjumpai 120 bungkusan teh cina mengandungi dadah jenis syabu seberat 126.86 kilogram bernilai RM5 juta.
Kita orang Melayu beragama Islam tegas menolak puak liberal yang menyembah bawa nafsu serakah mereka sendiri sebagai tuhan palsu @ taghut mereka.
Kita tegas menolak puak liberal @ puak munafiqun yang menjadi alat puak kafir harbi roket menentang dan menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.
Kita menyokong parti Islam untuk menegakkan Islam dan membela hak umat Islam.
Post a Comment