Saturday, December 26, 2020

2 Perkara, amaran keras PAN kepada Tan Sri Muhyiddin

 

T/Presiden PAN buka pekung PH -Dr Kamarul Zaman    

MENARIK sekali mendengar Timbalan Presiden PAN merangkap Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Salahuddin Ayub, memberikan amaran keras kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan langsungkan pilihan raya dalam masa yang terdekat.

Kata Datuk Seri Salahuddin Ayub, jika ia dibuat juga maka:

(1) “Dia macam Slobodan Milosevic, dia membunuh rakyat di Bosnia-Herzegovina”.
(2) “Ini pembunuhan beramai-ramai, macam Israel serang Gaza”.

Malah, Datuk Seri Salahuddin Ayub boleh bertanya lagi: “Jadi Tan Sri Muhyiddin jangan buat pilihan raya, buat apa nak buat pilihan raya?”

Tegas beliau seterusnya, tunggulah dua tahun setengah lagi: “Jadi kita ada masa dua tahun setengah untuk kita turun balik kepada rakyat.”

Saya tertanya-tanya:

(1) Mengapakah sebegitu tidak mahu sekali Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada pilihan raya dalam masa yang terdekat?
(2) Apakah penegasan Datuk Seri Salahuddin Ayub ini juga merupakan pendirian pemimpin PH yang lain?
(3) Apakah pemimpin PH sudah yakin mereka akan kalah jika pilihan raya dibuat dalam masa yang terdekat?

PH masih mengatur lompat-melompat parti

Selama ini PH, khususnya DAP, sangat kuat mengutuk tindakan mencuri Ahli-ahli Parlimen parti-parti lain dan tindakan Ahli-ahli Parlimen melompat parti ke parti-parti lain sehingga ke tahap mahu akta anti lompat parti digubal bagi menghalangnya.

Menariknya, malam tadi, Timbalan Presiden PAN merangkap Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Salahuddin Ayub, tiga kali mengakui secara terbuka mengenai keaktifan PH berusaha mencuri Ahli-ahli Parlimen parti-parti lain.

Kali pertama disebut adalah mengenai ‘usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan daripada sebelah sana beberapa kerusi lagi’ yang didedah merupakan ‘keputusan yang kita telah capai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan’.

Kali kedua disebut adalah mengenai ‘as a leader di dalam Pakatan Harapan kita mesti menggamit mereka’ walaupun dikatakan bahawa ‘hari ini mungkin tak suka, hari ini mungkin mereka tidak berapa gembira, hari ini mungkin mereka ada masalah dengan kita’.

Paling menarik ialah pengakuan ‘untuk belah sana datang kepada kita, walaupun telah diusahakan, tak dapat lagi, sehingga ke akhir hari Selasa tak boleh lagi, nak minta mereka tak datang ke Parlimen pun tak boleh lagi, maknanya usaha dah dibuat tapi tak berjaya lagi.’

Jelas di sini PH telah berusaha mencuri Ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan telah berusaha meminta Ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan, cuma ia ‘tak dapat lagi’ dan ‘tak berjaya lagi’.

Perlu diingat, ungkapan ‘tak dapat lagi’ dan ‘tak berjaya lagi’ menggambarkan bahawa usaha mencuri Ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha meminta Ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen adalah sesuatu yang berterusan.

Tidak menghairankan jika usaha Pakatan Harapan mencuri Ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha PH meminta Ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen akan dilipatgandakan lagi hingga ‘dapat’ dan ‘berjaya’.

Shame on you, PH, kerana mengecam tindakan Ahli-ahli Parlimen BERSATU dan PKR berpindah menubuhkan kerajaan baru sedangkan ia dibuat secara sukarela tetapi kamu pada masa yang sama aktif mencuri Ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan!

Dari mana Salahuddin dapat statistik ini?

Seingat saya sewaktu menjadi Menteri dulu Datuk Seri Salahuddin Ayub pernah kena troll teruk kerana statistik yang beliau berikan mengenai bilangan ikan kembung dalam laut.

Malam tadi, dalam usaha beliau untuk mempertahankan DAP, sekali lagi Datuk Seri Salahuddin Ayub bermain dengan statistik, kali ini mengenai bilangan umat Melayu dalam negara ini pula.

Dengan yakinnya beliau mengumumkan ‘secara statistik, dalam masa 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang, umat Melayu ini akan naik kepada 85 peratus’.

Tambah dan soal beliau lagi: ‘(Bilangan penduduk) Cina (di Malaysia) semakin mengecil kerana mereka tak nak beranak, apa nak takut dengan Cina?’

Marilah kita sama-sama desak Timbalan Presiden PAN merangkap Naib Presiden PH ini jelaskan dari mana beliau dapat statistik itu.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 24/12/2020

IHtv
IHtv
10 subscribers

3 comments:

  1. Sebenarnya Pakatan Hancing pimpinan puak kafir harbi roket telah kencing rakyat hingga hancing dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dan u-turn selama 22 bulan.

    Maka dari segi logiknya rakyat terutamanya umat Islam akan menyokong dan mengundi parti Islam dan parti Melayu dan menolak Pakatan Hancing dalam PRU yang akan datang.

    Jika wabak covid-19 berlaku di zaman KERA jaan Pakatan Hancing, mungkin ramai rakyat akan mati kebuluran kerana slogan dan logo KERA jaan Pakatan Hancing ialah ' KERA jaan Tak Ada Wang'.

    ReplyDelete
  2. "AMARAN KERAS PAN" Adakah atas arahan dap.

    ReplyDelete
  3. Bang din ambe dok teringat ingat lagi cerita hang pi makan rumah penyokong PAS yang hanya menoreh getah, penoreh getah tu siap asingkan 2-3 keping untuk jemaah... Sebak ambe mendengarnya he.he

    ReplyDelete