Thursday, December 10, 2020

3 X Sejak PRU 14, Kerana Kegagalan PH?

 

Tiga kali tukar MB cerminan kegagalan pimpinan politik - Sultan Nazrin

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, pelantikan Menteri Besar sebanyak tiga kali sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah satu cerminan kegagalan kepemimpinan ahli politik untuk mendapat sokongan padu dan bukannya satu kejayaan.

Baginda bertitah, keadaan itu bukan sejarah yang perlu dibanggakan dan sehubungan itu menggesa supaya kemelut kepemimpinan kerajaan negeri membabitkan jawatan Menteri Besar yang mula tercetus sejak Jumaat lalu, ditamatkan.

"Sejak berlangsungnya PRU ke-14, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan, perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

"Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan, perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

"Kegagalan kepemimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat," titah baginda pada Majlis Istiadat Pelantikan Menteri Besar Perak ke-14, di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar ke-14 di hadapan baginda.

Saarani, 59, menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin sebelum mengangkat sumpah di hadapan baginda pada Istiadat Kurniaan Tauliah Lantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak.

Selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri kemudian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara Perak juga di hadapan Sultan Nazrin.

Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar sebanyak dua kali, pertama pada Mei 2018 selepas PRU-14 di bawah Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Faizal sekali lagi pada Mac tahun ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak di bawah Perikatan Nasional (PN) pula.

Meneruskan titah, baginda menegaskan rakyat meletakkan harapan kepada wakil rakyat untuk menambah baik kawasan tempat tinggal mereka, membantu menyediakan keperluan dan perkhidmatan, membantu meningkatkan taraf ekonomi serta memenuhi sebanyak mungkin keperluan sosial mereka.

Titah baginda, rakyat pelbagai kaum dalam semua kawasan diwakili PN atau PH mahukan sebuah negeri aman, dengan pemerintahan melaksanakan keadilan dan membina kerukunan supaya mereka dapat hidup dalam semangat saling menghormati serta harmoni.

"Rakyat jelata, terutama dalam kalangan berpendapatan rendah dan miskin, rakyat yang semakin ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik COVID-19, jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.

"Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud," titah baginda.

Titah baginda, sifat sebenar seseorang itu akan terserlah ketika beliau mendapat jawatan, kuasa, kekayaan dan harta, sehingga lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak.

"Perubahan sifat dan pertukaran watak lebih cepat berlaku apabila seseorang insan mula dikelilingi oleh orang-orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat, lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin.

"Beringatlah, semakin tinggi kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya pernah berpijak. Jangan sama sekali membenarkan diri leka, terawang-awang dalam awan biru khayalan hingga lupa rumput hijau yang ditinggalkan mungkin berubah perang, gersang kerana terlalu lama, tidak lagi disirami hujan," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, pelbagai pihak daripada kalangan pakar perundangan, pegawai kerajaan, orang perseorangan serta pemimpin PN dan PH mengadap baginda bagi menyampaikan cadangan, pendapat dan saranan masing-masing.

"Kesemua mereka mempunyai niat dan tujuan yang murni mahu membantu supaya kemelut yang berlaku dapat ditangani. Kepada kesemua mereka beta menzahirkan penghargaan tinggi," titah baginda.

Baginda juga menghargai peranan petugas media yang berkampung di hadapan Istana Kinta, di bawah terik panas matahari dan dibasahi hujan, untuk melaksanakan tugas melaporkan dan menyiarkan berita secara bertanggungjawab kepada rakyat.

"Demikian juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu mengawal keadaan membolehkan pelbagai pihak melaksanakan tugas masing-masing secara tenteram dan teratur," titah baginda.

Senarai Menteri Besar Perak:

1. Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz: 1 Februari 1948 - 1 Ogos 1957

2. Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi: 1 Ogos 1957 - 16 April 1960

3. Datuk Seri Shaari Shafie: 16 April 1960 - 7 Mei 1964.

4. Datuk Seri Ahmad Said: 7 Mei 1964 - 18 Mac 1970

5. Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa: 18 Mac 1970 - 4 September 1974

6. Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi: 4 September 1974 - 1 Oktober 1977

7. Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh: 1 Oktober 1977 - 1 Mac 1983

8. Tan Sri Ramli Ngah Talib: 1 Mac 1983 - 3 Disember 1999

9. Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali: 3 Disember 1999 sehingga 10 Mac 2008

10. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin: 17 Mac 2008 - 12 Mei 2009

11. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir: 12 Mei 2009 - 12 Mei 2018

12. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu: 12 Mei 2018 - 10 Mac 2020

13. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu: 13 Mac 2020 - 5 Disember 2020

15. Datuk Saarani Mohamad: 10 Disember 2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Sejak berlangsungnya PRU ke-14, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan, perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini." Titah Sultan Perak.

Mungkinkah kerana kegagalan PH yang memerintah?

5 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Mmg. pun! Kerana KEGAGALAN, KEBODOHAN, KEZALIMAN, KERAKUSAN, KEBUASAN, KETAMAKAN, KEANGKUHAN, RASISMA, FASISMA & PENIPUAN rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR HOMO/DAP Parasit & Melayu2 LIBERAL dr. Bersatu yg. terus MENYAMBUNG legasi JAHAT amat rejim PH ni!

Maka, jgn. pula puak JAHAT & BODOH ni nak MENYALAHkan UMNO/PAS pula!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

ALHAMDULILLAH - atas KEMBALInya perkukuhan MN PAS-UMNO - demi ISLAM/UMATnya dan bangsa BUMIPUTERA kita!

Tapi, TAK payahlah Zahid nak memohon MAAF bagi pihak parti UMNO Nasionalis kita pula - pd. Melayu LIBERAL-PENGKHIANAT DALANG DUA MUKA dlm. Bersatu!

Kerana, harapnya bakal YAB MB baru PERAK, Datuk Saarani Mohd. adalah Pejuang NASIONALIS tulen - yg. akan memPERTAHANkan Hak/Identiti/Sejarah/Warisan ISLAM/UMATnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita, yg. makin diJAHANAMkan si Melayu2 LIBERAL PENGKHIANAT amat TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU, RASIS & FASIS-si Penjilat2 HANYIR rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit - terutamanya dr. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu!!

Di - https://malaysiagazette.com/2020/12/09/hubungan-mn-pn-diperkukuh-hadapi-pru15/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Maka, harapnya JANGANlah YAB MB Perak baru kita, Datuk Saarani - TERPERANGKAP pula dgn. tuntutan TAMAK & MO licik Amanah HOMO ni!

Lihat di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/763620/amanah-perak-sedia-bantu-wujudkan-kerajaan-stabil-asmuni

Anonymous said...

sekrg ni PH lagi ke perintah MALAYSIA. WAKE UP LAAAA JGN MIMPI LAA APA PUNYA PENYAMUN

Anonymous said...

Mcm PH plk yg rampas kuasa. Gila betul ibnu hasyim. Dah tua pun bodoh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails