Tuesday, December 22, 2020

Apakah simbolik di sebalik perayaan Winter Solstice? -Firdaus Wong Wai Hung, Presiden MRM

 

DONGZHI merupakan sebuah perayaan yang dirai oleh orang Cina pada 22 atau 21 Disember. Di dalam perayaan ini terdapat makanan khusus yang sinonim dengan mereka sebagai contoh di sebelah Utara Cina mereka akan membuat Shuan Yangrou (rebusan daging kambing) dan makan Xiangrou (masakan daging anjing). 

Manakala penduduk-penduduk pendalaman pula mereka memakan Miantiao (mee) dan penduduk-penduduk di Selatan pula akan makan Tangyuan (makanan berbentuk guli yang diperbuat daripada tepung pulut) yang direndam dalam sup manis atau sup masin.

Di dalam perayaan Dongzhi ini ahli keluarga akan memakai baju baru dan menyembah nenek moyang pada sebelah pagi. Selepas penyembahan, ahli keluarga akan duduk dalam satu meja bulat yang besar untuk makan tengahari. Pada keesokan hari, ahli-ahli keluarga yang belajar, bekerja dan berniaga akan meninggalkan kampung mereka untuk meneruskan perjalanan harian mereka.

Jika dilihat perayaan Dongzhi di Malaysia pula mereka kebanyakan akan memakan Tangyuan berbanding dengan jenis makanan di sebelah pendalaman dan Utara Cina. Ini kerana nenek moyang penduduk bangsa Cina di Malaysia kebanyakan berasal dari wilayah-wilayah Selatan Cina. Oleh itu, Tangyuan lebih terkenal dan dimakan pada hari Dongzhi oleh orang Cina di Malaysia.

Orang Hokkien sangat mementingkan perayaan Dongzhi dan mereka membuat Tangyuan pada malam menjelang Dongzhi. Selepas makan Tangyuan, orang Hokkien menganggap usia mereka sudah bertambah satu tahun. Mengikut adat Hokkien, kanak-kanak perlu makan bilangan Tangyuan yang mengikut bilangan umur masing-masing. Jika tidak, mereka tidak dapat tambah satu tahun.

Sejarah

Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul perayaan Dongzhi ini. Dikatakan Zhang Zhongjing (150-219 M), adalah seorang doktor yang terkenal di Dinasti Han Timur. Beliau merupakan bekas pegawai di Changsha. Apabila dia pulang ke kampung, dia melihat rakyat di kampung tersebut menjalani kehidupan yang sangat sukar terutama sekali pada musim sejuk. Di mana terdapat ramai di kalangan orang di sana yang menderita kesejukkan yang melampau sehingga telinga mereka juga turut beku. 

Dia sangat sedih dengan situasi itu lalu dia bersama pengikutnya mencipta satu hidangan untuk mengurangkan rasa sejuk dengan ramuan daging kambing, lada, dan sedikit herba. Zhang cincang daging kambing itu lalu kemudiannya balut dengan tepung. Setelah itu dijadikan sup dan direneh dengan herba dijadikan sebagai ubat. Setelah mendidih, dia menghidangkannya kepada penduduk di sana. 

Dikatakan makanan itu dapat memanaskan badan mereka. Setelah itu, bermulalah tradisi memasak Dongzhi atau dumpling di dalam tradisi Cina. Setiap kali tiba musim sejuk terutama pada 21 atau 22 Disember mereka akan meraikan pesta Dongzhi, orang ramai akan memasak segala jenis makanan yang dipanggil ladu untuk memanaskan badan mereka dan mengelakkan telinga mereka daripada beku. 

Lalu berlaku inovasi yang pelbagai sehingga pesta Dongzhi pada hari ini dihiasi dengan aneka bentuk dan rasa berasaskan masakan tepung, manisan dan daging di sekitar Negara Cina. 

Kesimpulan

Simbolik makanan pemanis mulut dan sup panas sempena musim sejuk adalah suatu sinonim dengan tradisi yang tidak melibatkan ritual keagamaan. Walaupun Malaysia tidak memiliki musim sejuk akan tetapi perayaan ini tetap disambut oleh sebahagian orang Cina kerana ia telah menjadi tradisi dari turun termurun.   

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 21/12/2020

IHtv
10 subscribers

2 comments:

Anonymous said...

Ini seorg cina yg boleh dipercayai. Tetapi eng guan dan siang kit serta yg sekapalnya dengannya asyik nak bantai Islam jer. Asyik nak bantai budaya asal negara ini termasuk tulisan jawi. Bawak masuk pesta arak dan cuba bawa lgbt dan homoseks.

Myshah said...

Ramai cina2 yang hebat di malaysia spt hussin yee,redhuan tee,ebit liew, uncle kentang, TS Noor Hisham dan ramai lagi..kepada yang dah muslim semoga Allah merahmati mereka dan kepada yang belum muslim semoga Allah membetikan hidayah kepada mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails