Friday, December 11, 2020

Bagaimana kelompok antivaksin boleh ke Makkah?

 

NETIZEN bertanya, bagaimanakah antivaksin pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan haji, sedangkan mereka menolak vaksin dan menuduh semua vaksin mengandungi babi?

Semoga Allah merahmati mereka dan kita dalam menyempurnakan ibadah. Vaksin Meningokokal adalah dipolisikan wajib sebelum ke Tanah Suci. Arahan mewajibkan Vaksin Meningokokal tersebut adalah sejak tahun 2001 lagi kerana berlaku peningkatan kes Meningokokal yang berpunca dari kepulangan jamaah haji tahun-tahun sebelumnya. 

Bakal haji dikehendaki menjalani suntikan wajib tersebut di premis kesihatan kerajaan atau swasta. Sebelum dari itu, bakal jamaah akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan saringan-saringan lain yang perlu bagi memastikan bakal haji sihat sebelum menunaikan haji. 

Vaksin Meningokokal diberikan jika pemeriksaan kesihatan lulus dan jamaah haji sihat cergas untuk ke Tanah Suci. Suntikan vaksin boleh diberikan paling minima 10 hari sebelum bertolak dan wajib dicatatkan dalam buku rekod kesihatan. Sahlaku Vaksin Meningokokal adalah 3 tahun.

Pun begitu terdapat segelintir kecil yang kita dapat kesan, mereka yang agak liat untuk menerima Vaksin Meningokokal. Mereka akan cuba mengelak dari dicucuk dek kerana mendapat maklumat yang salah. Pun begitu:

(1) Ramai saja cucuk walaupun hati tak rela.
(2) Ada yang tipu sign doktor. Terdapat jamaah yang bayar doktor untuk sign. Kita dapat kesan beberapa kes yang berlaku sedemikian. Doktor pun ada yang berkomplot menipu tandatangan. Saya bukan tabur fitnah, tetapi pernah saya jumpa semasa buat siasatan jamaah haji semasa berkhidmat bersama rombongan perubatan dahulu.
(3) Ada juga yang tolak tawaran haji dan umrah. Sanggup tak pergi haji kerana tak nak cucuk vaksin. Inilah dinamakan pilihan atau pro-choice oleh mereka. Minggu lepas meninggal seorang yang kuat kutuk doktor perubatan dalam sosial media. Beliau bukan sahaja menolak vaksin tetapi menolak juga dialysis dan ubat-ubatan moden. Semoga Allah meletakkan arwah bersama para Solehin.

Padahal Vaksin Meningokokal difatwakan harus dalam beberapa siri Fatwa Kebangsaan: 

(1) Vaksin Menomune adalah harus: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014.
(2) Vaksin Menveo adalah harus: Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013.
(3) Vaksin Mencevax ada harus: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 November 2002. 

Tetapi mereka yang menentang vaksin tetap ketegak, tidak mahu menerima fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa. Malah masih lagi tidak berganjak dengan menuduh vaksin itu bersumberkan dari babi. Kenapa mereka bertindak demikian? Sebabnya mereka dapat info dari sumber yang tidak autentik atau berwibawa. Mereka membaca maklumat dari individu atau kumpulan yang sememangnya sudah skeptikal dengan vaksin. Apa sahaja yang berlaku semuanya nak salahkan vaksin. 

Vaksin haji atau umrah yang diperolehi dalam premis kesihatan, bukannya jenis bakteria hidup dilemahkan (live attenuated). Ianya sejenis Vaksin Konjugat atau Polisakarida. Bukan kuman betul tetapi sebahagian komponen dari Bakteria N. Meningitidis digunakan bagi menghasilkan vaksin. Komponen bakteria ini tidak hidup dah. Ianya telah melalui proses pembuatan yang terperinci dan berkualiti. Disahkan keberkesanan, selamat dan suci sebelum dipasarkan.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 9/12/2020

Rujukan:
(i) Ministry of Health. Pembentangan Taklimat Pengurusan Jemaah Haji. 2019.
(ii) JAKIM. Soal jawab imunisasi oleh jawatankuasa bersama JAKIM dan KKM. 2015

Hibur Hibur Sikit

5 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...
This comment has been removed by the author.
Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PALA HOTAK betul DOKTOR LEMBU mcm. ni - nak mengHINA/mengGERTAK Umat ISLAM yg. menuntut VAKSIN2 Halal & Selamat, sbg. kononnya, Gerakan anti-Vaksin @ gerakan Sains Sains Palsu!!

Apa SALAHnya nak UBATAN @ VAKSIN HALAL - kalau boleh, melainkan TAK da pilihan?! Ingat DOKTOR2 & SAINS tahu semua, serta ada Kuasa Mutlak? BODOH si Melayu2 LIBERAL BONGKAK mcm. ni!

Jadi, para DOKTOR & SAINS - yg. sewenangnya mempromosi PENGGUGURAN ANAK (ABORTION) ala-Sains palsu ZIONIS Iblis tu - semua betul?!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan tgklah betapa JIJIK & SEWELnya SAINTIS2 BUKAN ISLAM ni! NAJIS manusia pun nak dijadikan UBAT!!

Di -
https://www.thestar.com.my/aseanplus/aseanplus-news/2020/11/30/poo-may-hold-secret-to-tackling-ageing-study

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat Pertubuhan Zionis, GAVI (Global Alliance for Vaccines and Immunization, yg. di sokong oleh WHO/PBB), yg. ditubuhkan Yayasan Bill & Melinda Gates yg. sangat JAHAT ini, yg. mengetuai Pelan COVAX (utk. mengeluar dan mengedarkan VAKSIN2 Covid-19) bersama WHO dan syarikat2 FARMASI gergasi Zionis - yg. nak diSOKONG si khairy LIBERAL paling TAK GUNA tu!!

Lihat di - http://muslimmirror.com/eng/call-for-investigation-into-bill-gates-crimes-against-humanity-and-medical-malpractice/

Anonymous said...

Babies Malik Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails