Sunday, December 13, 2020

Baik pulih monumen ini 1/2 juta?


1/2 juta baik pulih monumen di belakang gambar ini?

RM500,000 projek baik pulih monumen dipersoalkan

BALIK PULAU: Kewajaran sebuah monumen yang dikatakan dibaik pulih dengan peruntukan bernilai RM500,000 menimbulkan kesangsian terhadap kepentingannya berbanding isu-isu pembangunan dihadapi penduduk.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, sedangkan ada keperluan yang dilihat lebih utama seperti menaik taraf sistem perparitan di kawasan yang selalu ditenggelami air, di sini.

Beliau merujuk kepada monumen di bulatan Pekan Kongsi, Jalan Balik Pulau, sedangkan masyarakat berhadapan penutupan jalan akibat masalah perparitan yang menyebabkan banjir antaranya di Simpang Tiga Taman Manggis.

Malah, beliau juga mempersoalkan sama ada pekan tersebut akan berubah sama seperti gambaran artis dalam pelan dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebelum ini.

Pada 2 Disember lalu memo di Facebook rasmi MBPP menyatakan menerima peruntukan sebanyak setengah juta ringgit itu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada Jun baru-baru ini.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik daripada PKR adalah bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Projek dengan peruntukan sangat besar itu turut dipersoalkan Ustaz Fauzi sama ada ia dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di situ di mana akan dilaksanakan dalam tempoh lima bulan dan dijadual siap pada 30 April 2021. – HARAKAHDAILY 10/12/2020

5 comments:

Anonymous said...

Baik pulih ini pun RM500 ribu, ingat tak kos cat pintu gerbang Shah Alam Highway Lebuh Raya Persekutuan RM10 jota masa Assmin jadi MB...

Lingkup Mesia

Anonymous said...

geng kaki mentakedarah duit..

Anonymous said...

Itu baru geng pkr. Belum lagi geng dap. Dapat kat Eng Guan, siaplah. Lagi kuat menipu. Menipu selagi boleh.

Anonymous said...

KAFIR - Orang Yahudi, rupa elok perangai HODOH, orang Nasarah, rupa elok perangai HODOH, hok ni, rupa hodoh perangai pun HODOH?

Anonymous said...

PAS nampak lebih hebat menjadi PEMBANGKANG di P Pinang berbanding zaman BN menjadi pembangkang tanpa penglibatan PAS!

Negara perlukan lebih ramai pemimpin2 yang VOKAL di P Pinanag seperti ini! TERUSKAN PERJUANGAN MEMERTABATKAN ISLAM!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails