Wednesday, December 09, 2020

Batal mengadap Sultan Perak, PAS tidak mahu terkhilaf

 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

KUALA LUMPUR: PAS adalah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS juga sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengan institusi diraja perlu ditekuni dengan penuh teliti dan beradab.

"Adapun dalam hal kehadiran ke Istana Perak, disebabkan PAS tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ia bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

"Maka PAS mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS untuk hadir ke istana setelah menerima titah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu dipercayai bagi mengulas tindakan ADUN PAS yang tidak mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh yang dijadualkan pada sebelah petang, semalam.

Tiga ADUN parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang.

Mereka terdiri daripada Razman Zakaria (Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, berkata keputusan pembatalan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.

Takiyuddin berkata, PAS akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional (PN); untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemah dan terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara. (BH)

Hibur Hibur Sikit

5 comments:

Anonymous said...

Blh sesuka ati plk cancel titah sultan. Ni kalo mujahid ckp cmni, dah lunyai kena maki dgn anjing2 pas

Anonymous said...

Untuk ahli syurga....ini bukan derhaka atau ingkar. Untuk larikan diri gunalah bahasa yg lunak spt khilaf atau lagi baik jawab dalam Bahasa Arab.

Takbir....

Anonymous said...

Ya, tepat sekali. Hukum hakam, halal haram kepunyaan paerti kami PAS. Undang2 pun sekarang di tangan kami, parti PAS diwakili serabutus semakhah Takiyudin Hasan dah pegang Kementerian Undang2, Hakim2 semua. Apa masaalah?

Anonymous said...

Itu larikan diri dari jadi ahli neraka ialah tidak mengambil orang kafir sebagai pemimpin dan penolong.

Anonymous said...

Umno khianat. Dap pun khianat. Antara dua itu yg mana lebih besar mudharatnya. Khianat yg fasik atau khianat yg kafir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails