Thursday, December 31, 2020

Berita Mengejutkan Rakyat MengenaiTanah...

 


Kerajaan PH ‘bailout’ hartanah untuk warga asing

KEPUTUSAN Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menurunkan harga minima hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dari RM1 juta kepada  RM600,000  telah diumumkan pada sidang Belanjawan 2020 ketika rakyat Malaysia menghadapi masalah untuk memiliki rumah sendiri justeru itu mengejutkan. 

Hari ini walaupun kerajaan tersebut telah tumbang dan Kerajaan Perikatan Nasional telah menggantikannya namun belum ada pengumuman rasmi yang membatalkan peraturan tersebut.

Pada 22 Disember lepas, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail, menegaskan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menurunkan harga minima ini kepada RM600,000 sepertimana peraturan Kerajaan Persekutuan. 

Ketika PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor, harga minima ini adalah RM2 juta dan hari ini ia masih RM2 juta. Sejak dari dahulu lagi harga minima di Selangor adalah berbeza dari Kerajaan Persekutuan.

Penurunan ini dilihat seperti untuk membantu para pemaju menjual hartanah yang tidak laku (property overhang).Pemaju sepatutnya telah melakukan kajian pasaran untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku. Permintaan hari ini adalah terhadap rumah mampu milik dan bukan hartanah mewah.

Menurut data Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC), pada suku pertama 2019 daripada 32,936 unit kediaman yang tidak terjual yang bernilai RM19,964.20 juta hanya 13.86 peratus atau 4,567 unit bernilai RM548.15 juta adalah terdiri dari rumah di bawah RM200,000 seunit. Ini membuktikan permintaan adalah terhadap rumah mampu milik.

Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah. Pemaju telah mengambil risiko membina rumah mewah dan rumah kos tinggi. 

Mereka menjangkakan mengaut keuntungan yang lebih besar berbanding membina rumah mampu milik walaupun rumah mampu milik amat diperlukan. Oleh itu, tidak wajar kerajaan membantu mereka apabila mereka gagal. Mereka telah membuat pilihan maka mereka perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Harga minima RM600,000 adalah rendah berbanding dengan pendapatan rakyat di negara-negara seperti Singapura dan Hong Kong. RM600,000 adalah 196,656 Dollar Singapura (SGD) atau 1,124,279 Dollar Hong Kong (HKD).

Sebagai perbandingan kita perlu melihat nilai harga rumah RM600,000 itu dan pendapatan rakyat di negara-negara yang mungkin menjadi sasaran pemaju Malaysia itu. Di Malaysia, pendapatan median isi rumah adalah RM6,275 sebulan (M40) dan harga rumah RM600,000 ini bersamaan dengan 95.60 bulan pendapatan bulanan mereka.

Sementara bagi rakyat Singapura, pendapatan  median isi rumah mereka adalah 9,293 SGD atau RM28,325 dan ini bersamaan dengan hanya 21.16 bulan pendapatan bulanan mereka.

Bagi rakyat Hong Kong pula, pendapatan median isi rumah adalah 28,100 HKD atau RM14,974 dan ini bersamaan dengan 40.00 bulan pendapatan bulanan mereka. Oleh yang demikian, harga minima hartanah ini adalah terlalu rendah bagi mereka. Hartanah tersebut akan laku dijual seperti kacang goreng panas.

Polisi ini akan menyebabkan komposisi bandar-bandar kita berubah. Struktur masyarakat juga akan berubah dengan kebanjiran warga-warga asing ini. Kita sedang berusaha menyelesaikan masalah-masalah sampingan yang datang dengan tenaga kerja asing dan kita akan menambah masalah dengan polisi baru ini. Polisi baru ini adalah satu ‘bailout’ walaupun kerajaan tidak perlu mengeluarkan satu sen namun kesannya akan ditanggung oleh kita semua.

Tetapi yang paling menyedihkan rakyat tempatan sedang menghadapi masalah untuk memiliki rumah walhal warga asing boleh memilikinya dengan mudah. Bantulah mereka yang memerlukan bukan para pemaju.

Tetapi apakah penyelesaiannya? Terdapat pihak yang berpandangan kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan perlu bertindak dengan lebih tegas. Mereka perlu mengawal bekalan hartanah yang dilambakkan ke dalam pasaran. 

Kelulusan tidak boleh diberikan semata-mata kerana ia mematuhi Rancangan Tempatan ( RT ) seperti zon gunatanah dan kepadatan pembangunan atau keperluan-keperluan teknikal yang lain tetapi keupayaan pemaju menjual hartanah yang hendak dibangunkan. Kajian pasaran yang disediakan oleh pihak yang bebas perlu diambilkira. Agensi kerajaan seperti NAPIC perlu dilibatkan di dalam OSC (One Stop Centre).

Bagaimana pula dengan hartanah yang tidak laku? Ia sebenarnya bukan masalah kerajaan. Masalah hartanah yang tidak terjual ini telah wujud sejak berlaku Krisis Kewangan Asia (Asian Financial Crisis) dalam tahun 1997. Tetapi para pemaju terus mengulangi kesilapan mereka. Hartanah terus dihasilkan dengan harapan sebarang kemelesetan ekonomi akan berlalu dan kerajaan akan membantu.

Justeru kerajaan perlu tegas. Menurunkan had minima sehingga RM600,000 adalah melampau. Di Selangor, YB Rodziah yang mewakili kerajaan negeri berkata mereka boleh mempertimbangkan serendah RM1.5 juta sahaja.

Walau bagaimanapun saya berpandangan sebarang penurunan perlu dikaitkan dengan komitmen pemaju untuk membangunkan perumahan mampu milik. Mereka mungkin diwajibkan menyumbang kepada satu tabung khas untuk membinanya. Selain dari itu perlu ada kuota yang boleh dijual kepada warga asing bagi sesuatu pembangunan malah blok. 

Pelepasan bukan automatik tetapi berdasarkan kes demi kes (case to case) dan pemilik warga tempatan mestilah majoriti yang tidak tercabar atau ‘overwhelming majority’.

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Kajian Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH) – HARAKAHDAILY 31/12/2020

IHtv

13 comments:

Anonymous said...

Wahai penyokong PKR dan Otai otai reformasi sekelian. Kenyataan atok untuk PKR dan otai otai sekelian.. baca.. baca.. dan baca..kenyataan atok..!

Menurut Mahathir penglibatannya ketika berada bersama PH sewaktu pilihan raya umum 2018, telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu.

"Saya telah membantu pembangkang untuk menang (pada PRU14) kerana saya telah bawa sokongan orang Melayu.

"DAP yang tidak pernah memperolehi lebih dari 18 kerusi, mendapat 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang saya bawa," katanya dalam temubual dengan China Press.

Untuk rekod, PH memenangi 89 kerusi pada pilihan raya 2013 dengan DAP memperolehi 38 kerusi parlimen. Gabungan itu, dengan bantuan Bersatu yang diasaskan oleh Mahathir, memenangi sejumlah 113 kerusi parlimen pada pilihan raya 2018.

Walaupun sokongan orang Melayu terhadap PH meningkat, usahanya untuk meraih undi Melayu di kawasan pedesaan masih terhad dengan Bersatu hanya meraih 13 kerusi.

Mahathir berkata dia ingin bekerjasama dengan Anwar tetapi presiden PKR itu telah menolak cadangan tersebut...Boleh pakai ker atok cakap ni wahai otai otai reformasi sekelian..!? lu fikir lah sindiri..!

"Apa yang telah saya lakukan kepadanya? Saya telah membebaskannya (dari penjara) dan saya belum sampai masa untuk mengundurkan diri. Tapi saya undurkan diri lebih awal... Betul ke kenyataan si fitnah jijik lidah bercabang ni wahai otai otai sekelian..!?

"Saya tidak menghalangnya, saya mahu bekerja dengannya, saya katakan kepadanya,'baiklah, jika kamu tidak suka saya.
Betul ke apa yang atok cakap ni wahai otai sekrlian..!?

Berilah saya enam bulan (lagi) kerana jika kamu tidak mempunyai sokongan orang Melayu, pembangkang tidak boleh menang," kata Mahathir.

Haahh otai otai sekelian dah baca ker..!? lu fikir lah sindri..!! Gadoh jangan tak gadoh..demi anakcucu dan kroni kau selagi nyawa belum sakarat bergadoh lah kau orang sesama sindri sampai mamposs..!!

koh.. koh.. koh..!!

Haahhh sila dan tepokkkk..!!

#popcorntambah

Anonymous said...

Salam.



Dah nak masuk tahun baru 2021 dah kita ni. Dah hampir 11 bulan PN memerintah. Ingatkan bertambah baik rupa-rupanya, bertambah parah.

Pertanyaan ikhlas utk PAS..hudud mana hudud?. Dah selesai ker pembentangan RUU355?..Kes Adib, dah terbela?.Takde apa2 lagi..kan?.

Yang kita dengar..tahun ni banyak pulaklah kes-kes yang melibatkan 'sumbang haram' oleh lebai-lebai PAS. Kedai-kedai judi pun semakin kerap beroperasi dan di 'halalkan'. Daging import 'haram' pun...semakin berleluasa. Pihak berkuasa yg menerima rasuah pun semakin berlambak-lambak kes-kesnya. Jadi, apa yang bagus sangat tentang pentadbiran PN dan PAS?. Takde jugak, kan?!!!.

Yang kita dengar..lebai-lebai PASik di Kelantan beli kereta-kereta mewah. Yang kita dengar, MB Kedah duk perlekehkan orang-orang susah. Malah, dia sanggup untuk mengalihkan aliran Sg Muda kerana tamak, dengki dan ada sikap rasis yang melampau. Ada pulak Menteri dari PAS (Menteri MEWA).suruh penduduk-penduduk Kelantan tadah air hujan pastu mintak rakyat menderma RM10 setiap seorang. Dia bagitahu jugak "masalah air di Kelantan hanya boleh di selesaikan pada tahun 2045". Masa tu, dia pun dah mampus kojol dan sedang kena belasah ngan malaikat dalam kubur. Tapi, pertanyaan jgk, itu sahaja ker kebolehan lebai-lebai PAS?....dan pertanyaan sekali lagi... hudud mana hudud?.

Mereka hendak sangat berkuasa dan berpolitik..tetapi terus-menerus memainkan isu-isu kaum dan agama. Tapi, berjayakah mereka dalam merealisasikan segala fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan semasa mereka menjadi pembangkang? Yillek..zero dan hanya kebodohan sahaja yang kita nampak terhadap lebai-lebai ini yang telah di cop serta telah di sahkan sebagai pelacur dan pedagang agama.

Tahun 2020 ini..tidak menunjukkan sebarang peningkatan hidup rohani, jasmani, fizikal dan mental kpd seluruh warga Malaysia. Ini, bukanlah salah rakyat..tetapi HUKUMAN kepada mereka-mereka yang tergila-gilakan kuasa dan merampas pimpinan pilihan rakyat melalui gabungan yang hina dan celaka. Kini...Allah tunjukkan kepada penjahat-penjahat ini, bahawa dia telah menghantar hanya sedikit virus yang di namakan covid-19 sebagai tanda KEMURKAANNYA!!!.

TQ.

Anonymous said...

Untuk muhasabah diri, PAS Masa belum jadi kerajaan semua PH buat x ada yang elok, Allah uji PAS dengan menjadi kerajaan walaupun dengan tebuk atap.. bila PAS jadi kerajaan macam2 berlaku.. kes adib senyap, rakyat hilang kerja pendapatan kurang wakil rakyat PAS Naik gaji dengan tunggakan setahun, Masa jadi pembangkang diheboh kata Azan Tak dibenarkan.. bila jadi kerajaan? Tengok Dan Nilai sendiri.. pimpinan PAS berubah penampilan Dan gaya berbeza sungguh.. jadi akupun mufarakah dari PAS sebab PAS hanyalah sebuah parti Politik yang menjadi lubuk ahli2 Politik mencari kesenangan duniawi sebagaimana parti2 lain SEMUAnya bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam Agama Rasmi negara, YDPA Ketua Negara yang hingga kini masih orang Islam..

Anonymous said...

Masa PH sebelum tebuk atap minyak masak RM15.90 utk 5kg, sekarang paling murah 22.90 apa dah jadi? Sape ambik peduli pasal Harga barang? BMF entah kemana.. yang timbul 40tahun bergelumang dengan daging halalharam patutlah hati perut orang Politik busuk,puncanya ialah RASUAH.. janganlah pulak Ada lepas ni fatwa rasuah halal Untuk elak mudarat besar..

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Pi MAMPOS lu HOMO BANGKAI ke KANDANG DAP BANGKAI!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

TUMBANGkan rejim PENJAJAH Zionis PH-PKR homo/DAP Parasit & DATUK BANDAR Subang Jaya pompuan haiwan BUAS - paling RASIS, FASIS, PENIPU, RAKUS, TAMAK & BUAS, di SELANGOR, N. SEMBILAN & PP (rejim DAP Parasit dah MENGUASAI projek2 PR1MA & disyaki juga, PPR, terutamanya di PP, bawah Kementerian Perumahan/zuraida amat JAHAT tu - disyaki utk. terus meramaikan lagi PENGUNDI2 DAP di negeri2 yg. ada projek2 PR1MA & PPR, serta mana2 projek Perumahan bawah mana2 TOKEY2 PEMAJU-geng2 DAP homo ni)!!

Lihat di -
https://malaysiagazette.com/2020/12/30/kenapa-mahu-roboh-gerai-peniaga-masa-covid-19-noh/

Anonymous said...

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa ph adalah sebuah kartel. Terdiri dari beberapa parti yg setiap parti berperanan untuk membungkus Islam aswj untuk digantikan dengan liberal. Semoga Allah pelihara dari gangguan kartel liberal.

Anonymous said...

ISU DAGING HARAM mengakhiri tahun 2020 dengan bermacam reaksi dari masyarakat Malaysia.

Ada yang buat TUDUHAN bahawa ianya telah berlaku selama 40 TAHUN , ada yang kata sejak 2014 saja.

Apa pun bukan tarikh dan masa ianya berlaku yang aku nak cuit , aku cuma nak cuit tentang DI MANA PEJUANG² ABATA yang kuat menyalak dahulu.

Suatu ketika dahulu…

SANGGUP BERBASIKAL dari jauh untuk ke padang Merbok semata² nak berkumpul untuk RUU355 , sekarang siapa yang bertanya tentang RUU355 akan di anggap sebagai BISIKAN DARI SYAITAN pula , memang hanat puak ni.
SANGGUP menyerbu kedai² runcit yang menjual arak , walhal yang minum arak TIDAK SERAMAI YANG MAKAN DAGING HARAM , dan SEKARANG arak sudah di ganti dengan perkataan “beer” dan terus boleh di jual di kedai² runcit , kepala atok dia lah.
Pertandingan ratu cantik adalah HARAM ketika mereka bukan kerajaan , sekarang TIDAK MENGAPA asal di tukar sahaja TAJUK pertandingan itu , “lebai kolop” memang suka bab² seks ni.
Cabutan khas JUDI yang hanya 8 kali setahun di zaman DAP dalam kerajaan TELAH DI TAMBAH MENJADI 22 kali setahun di zaman PAS & MELAYU ISLAM berada di dalam kerajaan….dua kali hanat ni.
PENDEK KATA , mereka semua adalah PEJUANG² MUNAFIK yang sedang berada di dalam kerajaan hari ini.

BILA TIBA bab kes DAGING HARAM tidak ada seekor munafik pun yang hendak BERSUARA atau MENYALAK SEPERTI ANJING seperti waktu MEREKA TIADA KUASA dahulu.

Malah MENTERI AGAMA yang MENYOKONG PEMUKA² MUNAFIK itu dahulu di lihat TIDAK TAHU BERBUAT APA² berkenaan kes daging haram ini , ( inilah bahana meletak orang yang bukan arif memegang jawatan ).

Siapa dalang , dan siapa bersubahat aku taknak tegur , itu urusan pihak berwajib menjalankan tugasnya , apa yang aku harap UNDANG² BERKENAAN PEMAKANAN ORANG² ISLAM HENDAKLAH DI PERKETATKAN dan HUKUMAN BAGI YANG MELANGGARNYA HENDAKLAH BERAT MELEBIHI DARI SETIMPAL.

Orang Melayu….. TERUTAMA orang Melayu KELANTAN & TERENGGANU , aku nak bagitau satu sahaja , korang adalah orang² yang BERSUBAHAT dan akan di soal di akhirat kelak kerana korang yang TERUS²AN MENYOKONG PEMUKA² MUNAFIK INI , azab yang ALLAH akan beri kepada yang bersubahat adalah berat , tinggalkan mereka² tersebut sebelum menjadi lagi teruk , lagipun MENINGGALKAN PEMUKA² MUNAFIK YANG BERSERBAN , BERJANGGUT & MENJUAL AYAT ALLAH tidak akan menjadikan korang kafir.

SAJA NAK BAGITAU , kepada orang² Melayu lainnya , JADILAH ORANG BIJAK , cukuplah terus²an DI BODOHKAN dengan ayat DEMI MELAYU , DEMI ISLAM , mereka semua yang menyuarakan ayat itu kencing pun belum tentu cuci bersih.

SELAMAT DATANG 2021.

Unknown said...

Wah sedapnya berzikir tuduh orang munafik...suluhlah muka kau tu

Anonymous said...

Makan daging haram tidak diminta, tapi dianiaya oleh kartel yg tidak bertanggung jawab. Tapi minum arak itu atas kehendak sendiri. Kehendak sendiri masuk kedai, kehendak sendiri keluarkan duit dari dompet, kehendak sendiri ...... dan seterusnya kehendak sendiri jadi mabuk. Jadi situasi tidak sama antara makan daging haram bukan atas kehendak sendiri dengan minum arak atas kehendak sendiri.

Anonymous said...

Ini contoh bahana bila orang tiada ilmu agama berbicara.

Unknown said...

Pastinya Allah akan hitung segala tohmahan dan tuduhan kau mengelar orang lain munafik ini. Kecuali kau bertaubat dan memohon maaf pada mereka yg kau tuduh/fitnah

Anonymous said...

munafik tu kira rendah sikit dari presiden yg kata kapir kat satu golongan dulu
dah lupa yer
ke dah error 404 hahahhaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails