Monday, December 14, 2020

Cliff juara GV7. Na'auzubillahi min zalik!

 

Vokalis Projek Pistol, Cliff Umar diangkat sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-7. - Foto Farihad Shalla Mahmud

HALAMAN HIBURAN

PUTRAJAYA: Persembahan mantap Cliff Umar pada pentas akhir serta konsisten sepanjang minggu melayakkannya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, di sini, malam tadi.

Cliff yang juga vokalis kumpulan Projek Pistol berjaya mengetepikan saingan seperti Muss, Noraniza Idris, Ayu Damit, Oja, Linda Nanuwil dan Ashira.

Kemenangan itu membolehkan Cliff membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan piala.

Naib juara pula disandang Muss, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan piala.

Ayu terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga. Sebagai ganjaran, Ayu memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan piala.

Nasib nyata tidak menyebelahi Noraniza dan Linda apabila hanya menduduki tempat keempat dan kelima, sekali gus masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000 serta piala.

Sementara itu, Oja dan Ashira yang diumumkan sebagai pemenang tempat keenam dan ketujuh dalam pertandingan itu.

Kemenangan itu menghadiahkan mereka wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000.

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.

Program akhir GV7 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Konsert akhir dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada bekas peserta GV7 yang tersingkir iaitu Haslinda, Rozita Izlyn, Eva, Indigo, Nomad dan Aju Success.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya semua kegiatan-kegiatan di negara umat Islam Malaysia ini perlu di'patuh syariat'kan, sesuai dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan Perkara 3. Sampai bila perkara-perkara syaitani begini akan mampu dirubah oleh pemerintah kita? 

Kerdil atau lekeh sangat, tidak mampu pemimpin-pemimpin umat Islam Malaysia menghindari hal-hal syaitani begini? Na'auzubillahi min zalik!   

Lihat mengenai IHtv..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chenel Youtube..

7 comments:

Anonymous said...

Setuju Pak Asim...kena patuh syariah!
Begitu juga menulis dan memilikki blog...ada syariat yang perlu diikuti dan dipatuhi serta yang dilarang.

Anonymous said...

Politik pun perlu patuh syariat. Syarat bersekutu pun ikut syariat. Jangan bersekutu dengan yg kufar untuk menjatuhkan Islam. Yg pasti liberal dan sekular tidak berlandaskan sanad, sekadar daya mikir yg keterlaluan serta jauhkan diri dari bersyariat.

Anonymous said...

Ni semua agenda DAP sebb sekarang kerajaan mesia dikuasai DAP hingga semua pemimpin Islam redha dgn kemaksiatan depan mata. Pemimpin Islam dah kemaruk dgn jawatan dan ghanimah hingga benda maksiat macam ini berleluasa. Harap PAS dan UMNO dpt memerintah Malaysia satu hari insyaALLAH. TAKBIRRR....

eh bukan ke sekrg kera jaan melayu ek HAHAHAHAHAAA MAMPUS DAH JADI KERA JAAN pun BACUL DAN PONDAN

Sukakan kedamaian said...

Wow..setepek kena..baguslah bro..ayat awak..

Sukakan kedamaian said...

Mentaliti org berfikiran cetek2,sikit2 Salah DAP..Tu kilang Arak tersergam Indah,DAP punya kerja ker..yg Jual kadang kelapa sawit kat Perak kat org Singapore,DAP punya kerja ker..
Bukan lah nak Bela DAP,tapi segala kesalahan berlaku dimalaysia semua angkara DAP..jgn bodoh bin bangang ler😘

Anonymous said...

Amat setuju dengan Ibnu Hasyim. Lebih baik Kita patuh syariah dari kita patuh DAP. Tu kilang arak tersergam indah tu, araknya yang banyak tu orang Islam minum ker...???
Jangan bodoh bin bangang, pakai otak ler sikit... Tak gitu...!!!

Anonymous said...

Mana pergi Pencetus Ummah Daie Ustaz Imam Bilal Siak Ulama dan Badan Badan Islam NGO Islam..!?

Bayangkan... hari ini LZS lantik Shopee jadi ejen kutipan zakat ... esok lusa siapa pulak?? Boleh kot lepas nih boleh bayar zakat kat Magnum, Toto atau Damacai.... ataupun boleh bayar zakat kat Kasino Genting kot lepas nih... Semua nih aderlah premis perniagaan halal yang dilesenkan oleh Kerajaan. Bukti Link dibawah

https://m.malaysiakini.com/news/554965

Adakah boleh orang / organisasi bukan Islam dilantik menjadi Amil Zakat? Sudah tiadakan orang / organisasi Islam yang boleh dilantik menjadi Amil Zakat? Bukankah Pos Malaysia (agensi kerajaan) ada dilantik menjadi Amil Zakat?

Takkan lah sebab perkataan Amil Zakat telah diubah menjadi Ejen Kutipan Zakat... maka bolehlah dilantik sesiapa sahaja menjadi Ejen Kutipan Zakat? Dimana justifikasi benda ni? Dimana dalil yang membolehkan ianya berlaku?

Aderkah sebab digunakan perkataan Ejen Kutipan Zakat... maka sesiapa sahaja waima orang / organisasi non muslim / musyrik pon boleh menguruskan kutipan zakat? Apakah dalil yang membolehkan orang / organisasi kuffar / musyrik melakukan aqad dalam urusan Zakat?

Nak tunggu puak Pluralisma Agama, COMANGO Marina, G25, Siti Kassim Kalit Samat Mujahit Mat Sabu dan Anwar ke bagi penjelasan kutipan zakat di atas ...!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails