Wednesday, December 30, 2020

Dah Teruk Sangat G/Eng, Ir Dr Wee Ka Siong Pertikai...

 

Kewarasan Lim Guan Eng berubah-ubah?

SILA tonton klip video ini [1] dan hayatilah ucapan YB Lim Hui Ying (anak perempuan YB Lim Kit Siang dan adik perempuan Lim Guan Eng) ketika beliau sedang membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Negara pada 17 Disember 2020 baru-baru ini. 

YB Senator Lim Hui Ying sebut dengan jelas pendirian beliau. Saya pun tak faham kenapa abangnya marah dengan saya secara membuta tuli. 

Beliau langsung tidak mempertikaikan keputusan untuk menggantikan feri sedia ada dengan feri  penumpang jenis bas air dan RoRo membawa kenderaan dua-roda. Terima kasih YB Hui Ying kerana setuju dengan keputusan MOT dan MOF dan menganggap ‘langkah pembaharuan ini tidak dapat dielakkan’. 

Cuma YB Hui Ying mengesyorkan agar tempoh peralihan 12 bulan itu boleh dipendekkan. (Sebenarnya PPSB pernah mengumumkan semua kapal baharu akan beroperasi pada Julai 2022).

MOT menerima baik saranan YB Senator Lim Hui Ying ini. Malahan, seperti YB Hui Ying, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow dan saya pernah meminta PPSB untuk mempercepatkan proses perolehan feri baharu ini. Menurut PPSB, keputusan untuk Prasarana menyerahkan perkhidmatan feri kepada PPSB baru sahaja dimuktamadkan pada 1 September 2020 dan menunggu peruntukan disalurkan dari MOF kepada PPSB melalui MOT.

Betul, mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pernah membuat keputusan meluluskan peruntukan RM30 juta dan berjanji akan dibayar dalam 2 tahun iaitu RM15 juta dalam tahun 2020 dan 2021. Tapi, janji sekadar surat kelulusan saja dan tiada peruntukan langsung disediakan dalam Belanjawan 2020!

Apabila saya menjadi Menteri Pengangkutan pada 10 Mac 2020, saya cuba berusaha untuk mendapatkan peruntukan dari MOF seperti yang dijanjikan oleh mantan Menteri PH Lim Guan Eng dan dukacita saya dimaklumkan bahawa tiada sebarang peruntukan disediakan untuk tujuan tersebut!

Akhirnya, sebelum pembentangan Belanjawan 2021, team MOT yang diketuai oleh saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan sekarang, Tengku Zafrul dan akhirnya beliau bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM30 juta dalam dua fasa iaitu masing-masing RM15 juta untuk tahun 2021 dan 2022. Itu sebab Tengku Zafrul memberi jawapan yang sama apabila Lim Guan Eng bertanya di Dewan Rakyat pada 16 Disember 2020 lalu.

Apabila MOT mendapat komitmen kewangan dari MOF setelah pembentangan Belanjawan 2021, saya telah mengarahkan PPSB segera menempah feri penumpang (water bus) dan pengangkut kenderaan dua-roda dengan rekabentuk mengikut kesesuaian. Syarikat pembuat kapal memerlukan 18 bulan untuk menyiapkan kesemua kapal yang ditempah. 

Walau bagaimanapun, PPSB akan menggunakan mana-mana kapal yang disiapkan lebih awal dan penggantian boleh dilakukan secara berfasa. Saya faham saranan YB Hui Ying untuk memendekkan tempoh peralihan tetapi PPSB telah melakukan yang terbaik untuk mempercepatkan proses penggantian feri baharu. 

Saya setuju 100 peratus dengan pandangan YB Hui Ying bahawa feri lama yang masih digunakan sekarang tidak sesuai dijadikan sebagai mod pengangkutan awam apabila kos penyelenggaraannya adalah terlalu tinggi dan menyebabkan banyak kesukaran. Saya berharap Lim Guan Eng memahami dan menghayati kenyataan adiknya Hui Ying. Jangan macam ‘kera kena belacan’, asyik nak balun Wee Ka Siong dan MCA saja!

YB Hui Ying turut mengesyorkan agar feri-feri lama diubahsuai sebagai cruise pelancong sebagai daya tarikan pelancong. Cadangan ini turut dipersetujui oleh saya, malahan saya pernah menyahut seruan seumpama ini melalui kenyataan media saya sebelum ini. 

Saya mengalu-alukan sama ada SPPP, PPSB, Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan feri lama sebagai cruise pelancong, muzium atau restoran terapung demi menarik pelancong dan memelihara nilai warisan. [2]

Hairan juga apabila pemimpin-pemimpin DAP seperti Anthony Loke dan Lim Hui Ying mencadangkan  cruisepelancong, Lim Guan Eng ok dan senyap saja. Tapi, bila Wee Ka Siong sebut saja cadangan yang sama, saya pula dimaki hamun?!

Mari kita mengimbas kembali isu feri di Pulau Pinang, menjawab soalan-soalan berikut:

(1) Dua tahun yang lalu, ketika PH memerintah, siapakah Menteri Pengangkutan yang mengumumkan peruntukan RM90 juta di Dewan Rakyat untuk menaiktaraf perkhidmatan feri di Pulau Pinang?

Jawapan: Anthony Loke (DAP).

(2) Ketika itu, siapakah Menteri Kewangan yang tidak meluluskan RM90 juta dan sebaliknya hanya menjanjikan tetapi tak dimasukkan RM30 juta ke dalam Belanjawan 2020 untuk tujuan penggantian feri baharu di Pulau Pinang?

Jawapan: Lim Guan Eng (DAP).

(3) Siapakah Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah berkata Kerajaan Pulau Pinang sedia mengambil alih perkhidmatan feri dari Kerajaan Pusat? [3]

Jawapan: Tokong atau Lim Guan Eng (DAP).

(4) Siapakah mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah menjadi Menteri Kewangan yang sudah lupa memberi peruntukan yang cukup untuk menggantikan feri atau menyerah perkhidmatan feri dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Pulau Pinang?

Jawapan: Lim Guan Eng (DAP).

(5) Siapakah pemimpin yang keliru atau sengaja tidak faham ungkapan ‘perkhidmatan feri akan ditamatkan’ dan ‘perkhidmatan feri akan dinaiktaraf dan digantikan dengan ‘water bus’ dan pengangkut kenderaan dua-roda manakala RoRo empat-roda akan ditamatkan’? Siapa pula yang syok sendiri, ucap terima kasih tak tentu arah serta tak faham bahasa dan membuat andaian kononnya bahawa Tengku Zafrul telah meluluskan RoRo empat-roda?

Jawapan: Lim Guan Eng (DAP).

(6) Siapakah Menteri yang memperjuangkan peruntukan RM30 juta untuk disalurkan kepada PPSB bagi tunggu penggantian feri baharu; dan masih lagi dimaki hamun oleh Lim Guan Eng kerana kononnya menamatkan perkhidmatan feri yang berusia 126 tahun?

Jawapan: Tengku Zafrul (tanpa parti politik) dan Wee Ka Siong (MCA).

Kesimpulan: Asalkan DAP tak dapat menunaikan janji ketika Kerajaan PH memerintah, balun saja MCA dan seterusnya membenci Kerajaan Perikatan Nasional. Itulah petua Lim Guan Eng! Lim Guan Eng!

“Consistently Inconsistent
“Guan Eng Dengarlah Cakap Hui Ying”

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 30/12/2020

[1] https://www.facebook.com/watch/?v=152163600024381 
[2] https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1794375294063300/?d=n
[3] https://www.pocketnews.com.my/2015/02/26/let-penang-state-government-take-over-the-penang-ferry-service-cm-lim/

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah teruk sangat Guan Eng, Ir Dr Wee Ka Siong pun terpaksa pertikai..

IHtv

6 comments:

Kau betul aku salah said...

ISU JUDI - MANA SUARA LEBAI YANG LANTANG SEBELUM INI?

Sewaktu berita ini keluar, kerajaan PH memerintah. Bukan main lagi lebai hentam kerajaan PH pasal judi, hinggakan pertikai judi haram dengan judi tidak berlesen. Mana ada judi halal, kata lebai. Walhal ketika itu, kerajaan PH telah kurangkan cabutan no ekor dari sebanyak 22 kali di era kerajaan Bn, dikurangkan kepada 11 kali sahaja dan kemudiannya dikurangkan lagi sehingga hanya 8 kali sahaja.

Baru2 ini, dikhabarkan di bawah kerajaan tebuk atap yang ditunjangi oleh parti melayu dan parti lebai tanpa Dap, kerajaan telah benarkan cabutan sebanyak 22 kali, sama seperti era kerajaan Bn dahulu.

Mana perginya lebai? Habis bisu kesemuanya dek dedak tebuk atap? Atau sudah ada fatwa baru ada 'judi syarie"? Nampak tak bagaimana ugama dijual demi kuasa.

WFAUZDIN NS

Anonymous said...

Teringat dialog menteri nikah kawin dlm citer musang berjanggut.

"Itu undang-undang blh padam"

Anonymous said...

Dr wee pun tak boleh percaya. Berlakon jer tu. Tikam belakang, macam dap tikam pas. Dr wee tikam org melayu dan islam.

Unknown said...

Wahhhh kalau cakap yg keluar dari lidah puak pujaan kau yg takde bin atau binti tu cepat je kau percaya dan yakin, tak sabar sabar kau nak menuduh macam macam kat pas,walhal tak tahu betul atau tidak lagi, kau buat buat lupa pulak yang tokey tokey judi tu penyokong geng kau jugak... He. He. Sabarlah bang Tunggulah dulu apa jawapan dari Pn...

Unknown said...

Depa mmg mcm tu, apa lagi kalau yg cakap tu mokchik solehah clare serawak post terus yakin sebenar benar yakin depa kah. Kah kah

Anonymous said...

Mantap! Pas dh jd penyokong mca

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails