KDN ikrar hapus kewujudan pengganas LTTE
LARUT: Semua kumpulan pengganas termasuk Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan ditentang habis-habisan dan dihapuskan daripada terus wujud di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut menegaskan bagi tujuan itu, kerajaan akan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Kesalahan Khas (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Mengulas mengenai laporan media bahawa seorang lelaki yang membuat ugutan akan menembak mati Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan mendakwa dirinya sebagai ketua komander kumpulan pengganas LTTE 2.0, Hamzah berkata tindakan sewajarnya akan diambil.
“Kenapa berani sangat nak ugut, negara kita ada undang-undang kalau (kumpulan pengganas) katakan mereka bebas lakukan segalanya. Kumpulan ini (LTTE) masih tersenarai sebagai kumpulan pengganas dalam negara kita.
Kita akan tangkap dan hapuskan mereka daripada begitu sewenang-wenangnya melakukan apa mereka nak lakukan dalam negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk Parlimen Larut di sini, hari ini.
Selain mengugut akan menembak mati Ketua Polis Negara, suspek juga menghantar e-mel kepada media mendakwa dia akan menyerang Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan.
Hamzah dalam pada itu menasihati PDRM supaya berhati-hati dan meminta rakyat agar tidak risau kerana pihak polis di seluruh negara akan bertugas memastikan keselamatan mereka. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit
Album 3
- H2S Pilihan: 21 -Lagu Nelayan
- H2S Pilihan: 22 -Nasheed Thailand&Indo-Thai.
- H2S Pilihan: 23 -Lagu Lawak
- H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
- H2S Pilihan: 25 -Nasyid Orang Asli Malaysia.
- H2S Pilihan: 26 -Nasheed Bosnia
- H2S Pilihan: 27 -Nasyid Silat Melayu
- H2S Pilihan: 28 -Syria Nasheed &ALLAH.
- H2S Pilihan: 29 -Pop 60an Puja Wanita.
- H2S Pilihan: 30 -Iranian & Shia Nasheed
4 comments:
Ha ha ha......
Ph dulu iktiraf pengganas lttee. Siap lantik jadi ahli dlm dun p pinang. Cilakak.
Rakyat dah habaq LTTE ni masih sangat aktif disini, mungkin dinaungi oleh oleh ahli2 politik dan mereka2 yang KEBAL undang2?
Kalau Al Maunah boleh dihukum gantung sampai MATI kerana memerangi YDPA dan negara, kenapa kerajaan tidak bersungguh2 memerangi LTTE yang juga telah mengistiharkan untuk memerangi negara dan ugutan untuk membunuh K/Polis negara?
Elok CEPAT BERTINDAK!
Eloklah pihak polis siasat juga keterlibatan Pakatan Hancing yang mahu LTTE ini digugurkan dari senarai pengganas?
Kalau dah memeletop baru nak siasat, itu dah terlambat?
Post a Comment