Sunday, December 06, 2020

Ekoran Ugutan Tembak Mati K/Polis Negara..

 

KDN ikrar hapus kewujudan pengganas LTTE

LARUT: Semua kumpulan pengganas termasuk Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan ditentang habis-habisan dan dihapuskan daripada terus wujud di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut menegaskan bagi tujuan itu, kerajaan akan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Kesalahan Khas (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). 

Mengulas mengenai laporan media bahawa seorang lelaki yang membuat ugutan akan menembak mati Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan mendakwa dirinya sebagai ketua komander kumpulan pengganas LTTE 2.0, Hamzah berkata tindakan sewajarnya akan diambil. 

“Kenapa berani sangat nak ugut, negara kita ada undang-undang kalau (kumpulan pengganas) katakan mereka bebas lakukan segalanya. Kumpulan ini (LTTE) masih tersenarai sebagai kumpulan pengganas dalam negara kita. 

Kita akan tangkap dan hapuskan mereka daripada begitu sewenang-wenangnya melakukan apa mereka nak lakukan dalam negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk Parlimen Larut di sini, hari ini. 

Selain mengugut akan menembak mati Ketua Polis Negara, suspek juga menghantar e-mel kepada media mendakwa dia akan menyerang Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan. 

Hamzah dalam pada itu menasihati PDRM supaya berhati-hati dan meminta rakyat agar tidak risau kerana pihak polis di seluruh negara akan bertugas memastikan keselamatan mereka. – BERNAMA 

Hibur Hibur Sikit

Album 3

4 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha......

Anonymous said...

Ph dulu iktiraf pengganas lttee. Siap lantik jadi ahli dlm dun p pinang. Cilakak.

Anonymous said...










































































Rakyat dah habaq LTTE ni masih sangat aktif disini, mungkin dinaungi oleh oleh ahli2 politik dan mereka2 yang KEBAL undang2?

Kalau Al Maunah boleh dihukum gantung sampai MATI kerana memerangi YDPA dan negara, kenapa kerajaan tidak bersungguh2 memerangi LTTE yang juga telah mengistiharkan untuk memerangi negara dan ugutan untuk membunuh K/Polis negara?

Elok CEPAT BERTINDAK!










Anonymous said...

Eloklah pihak polis siasat juga keterlibatan Pakatan Hancing yang mahu LTTE ini digugurkan dari senarai pengganas?

Kalau dah memeletop baru nak siasat, itu dah terlambat?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails