YADIM bantah Grand Final Miss-Mrs World Malaysia
YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin menyatakan bantahan secara rasmi dan kekesalan terhadap penganjuran Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 pada 2 Januari 2021 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Penganjuran program seperti ini pada asasnya memberi isyarat yang salah kepada rakyat yang melambangkan seolah-olah kerajaan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri hari ini merestui program sebegini untuk disajikan kepada rakyat sedangkan umum mengetahui sikap kerajaan terutamanya YAB Perdana Menteri yang amat serius dalam usaha membanteras segala aktiviti yang tidak menyumbang ke arah pembinaan akhlak dan adab yang terpuji.
Tambahan pula dalam suasana menghadapi pandemik Covid-19, sebarang bentuk perhimpunan yang tidak mendesak harus dielakkan kerana risiko penularan tetap akan ada walaupun pihak pengajur memberi jaminan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan.
Inilah sikap yang diambil seluruh dunia termasuk penganjuran program-program hedonistik seumpama ini seperti penganjuran Miss World 2021 .
Selain itu konsep penganjuran program seperti ini sebenarnya tidak pernah dibenarkan oleh mana-mana agama terutamanya Islam kerana program seumpama ini lebih bersifat eksploitasi kepada wanita dan bersifat penyuburan kepada budaya hedonistik oleh tamadun-tamadun yang telah pupus sebelum ini.
Sekiranya ingin dijustifikasikan penganjuran ini dengan penggalakkan aktiviti ekonomi dan sosial, pandangan ini adalah terlalu dangkal kerana kesan limpahan ekonomi daripada pengajuran seperti ini terlalu marginal sedangkan nilai murni sosial kita di Malaysia yang sentiasa dibanggakan dengan unsur kesopanan dan kesantunan akan semakin terhakis.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan faktor-faktor yang dikemukakan ini, YADIM menyeru agar diambil langkah-langkah perlu bagi memastikan program seumpama ini tidak dilaksanakan.
Keutamaan majoriti rakyat kini adalah usaha mempergiatkan semula ekonomi demi kelangsungan hidup dan bukannya kepada penganjuran program yang sia-sia.
YADIM juga akan menghantar memo bantahan secara rasmi kepada penganjur dan juga pihak berkuasa tempatan pada Isnin ini sebagai bukti komitmen badan dakwah ini menentang sebarang penganjuran program yang tidak bermanfaat.
YADIM meyakini bahawa majoriti rakyat tanpa mengira sempadan agama dan bangsa tidak merestui program yang bukan sahaja tiada membawa manfaat kepada rakyat terbanyak bahkan mengundang kemurkaan Allah SWT.
NASRUDIN HASSAN
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
19 Disember 2020. – HARAKAHDAILY 20/12/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibnu Hasyim sokong YADIM sepenuhnya.
Zaman PAS jadi menteri , rakyat bebas tukar agama. Apakah jadahnya ni....
ReplyDeleteHaram jadah !
Porn german boleh kot
ReplyDeleteYadim ni ngo ke? Ke ngok?
ReplyDeleteKalo ikhlas berjuang utk agama, desak la menteri agama sm mudin batal program ni. Takat bantah dgn kuar statement gini, baik jadi pembangkang balik je la.
Ke tgh sedap bersekongkol dgn mudin? Kah355x!
Yg mudah tukar agama tu jenis beransur. Dari Islam, pegi liberal kemudian tukar agama. Yg istiqamah ialah yg kekal bersama pas. Tak caya cer tanya presiden parti liberal.
ReplyDeleteSapa yg bayar dia tengok porn Jerman.
ReplyDeleteTetiba masuk dalam bil
Achtung!
ReplyDeleteAhli2 politik Islam perlu vokal menentang program2 maksiat ini!
ReplyDeleteJangan dibiarkan rakyat terkontang kanting, zaman PLAY SAFE dah berlalu!
Mana bil nya. Gelap juga ker mcm cermin gelap kereta vellfire. Atau gelap mcm fotostat abam tunjuk kat public. Tapi abam terang benderan dalam prison. Pakai baju belang. Bukan sebagai banduan ISA. Abam suka aktiviti rodok terowong sehala.
ReplyDelete