Sunday, December 13, 2020

Kedah berkorban kekalkan hutan sedangkan PP menikmati percuma...

 


Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. FOTO BERNAMA.

Kerajaan Persekutuan diminta campur tangan isu air Kedah-Pulau Pinang

ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan diharap dapat menjadi fasilitator dalam melaksanakan rundingan bagi menyelesaikan isu bayaran sumber air mentah yang dituntut Kedah daripada Pulau Pinang sejak 2010.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata campur tangan Kerajaan Persekutuan itu juga termasuk bagi membantu rundingan antara Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Jelasnya, adalah tidak wajar bagi Kedah yang terpaksa berkorban bagi mengekalkan hutan yang luas dan menanggung kos penyelenggaraan sumber serta aliran air, sedangkan Pulau Pinang menikmati faedah dan keuntungan secara percuma.

"Apabila wujud kos terbabit, sewajarnya ia turut dipikul Pulau Pinang selaku pihak penerima faedah. Apatah lagi, kos melepas akibat pengekalan kawasan tadahan di Ulu Muda semakin hari semakin meningkat.

"PBAPP patut membayar caj pengekstrakan air daripada sumber air mentah Kedah supaya manfaatnya dapat dikongsi secara bersama rakyat di kedua-dua negeri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, merujuk kepada Perjanjian 1985 antara kedua negeri, ia adalah persepakatan yang dicapai bertujuan menjamin bekalan air dari Ulu Muda yang terletak di Kedah.

Katanya, perjanjian itu perlu disemak semula berikutan terdapat keperluan bekalan air yang semakin meningkat serta keperluan kepada pembangunan dan mengekalkan kelestarian alam semula jadi bagi tujuan mengekalkan sumber air.

"Jaminan ini hanya bermaksud menjamin bekalan air kepada Pulau Pinang bukan jaminan bekalan air mentah secara percuma selama-lamanya.

"Selepas 35 tahun, keperluan untuk terus memberi jaminan air sudah berubah

mengikut keperluan dan permintaan bekalan air terawat pada masa kini," katanya.

Beliau menegaskan, Syarikat Air Darul Aman (SADA) turut membayar caj yang dikenakan LSANK bagi tujuan membekalkan bekalan air terawat kepada seluruh rakyat Kedah sedangkan Pulau Pinang tidak membayar apa-apa.

Katanya, penggunaan air di Kedah adalah kira-kira 800 juta liter sehari (mld), sedangkan PBAPP yang mengekstrak 80 peratus sumber air dari Sungai Muda menggunakan sebanyak 1,100 mld sehari.

Katanya, disebabkan itu caj sama patut dikenakan kepada PBAPP, walaupun sumber air yang diekstrak adalah di sebelah sempadan Pulau Pinang kerana sumber asal air adalah dari Sungai Muda di Kawasan Tadahan Ulu Muda di Kedah.

Lihat mengenai IHtv..

IHtv: Sampaikan Islam Melalui Chenel Youtube..

4:58NOW PLAYING

13 comments:

Anonymous said...

Ini perangai dap. Walaupun berada di kalangan ramai masyarakat, perangai dap seolah-olah berada dalam dunia yg hanya dap saja yg wujud. Ini perangai bangsa dap yg menjahanamkan harmoni. Kurang ajar dan bongkak diajar oleh eng guan dan siang kit.

Anonymous said...

Kalau dianalysis, cara berpolitik DAFuck sama seperti cara China berpolitik dengan jiran2nya mengenai persempadanan! Mereka bergaduh dengan hampir semua jiran2nya!

Anonymous said...

Orang Yahudi, rupa elok perangai HODOH, orang Nasarah, rupa elok perangai HODOH, hok ni, rupa hodoh perangai HODOH?

Ini hanyalah permerhatian secara general sahaja!

Anonymous said...

Mintak kekalkan hutan pun dikatakan berkorban??
Ko dah kenapa setan? Hutan tu bkn utk puak dap saje. 1 dunia perlukan hutan. Ko dah gian nak membalak sgt, tebang je la. Atas tanah negeri ko kan. Sungai tu apa lg, pakat kalih la ke negeri lain. Gi buat sungai baru. Bahlol punya MB!

Anonymous said...

Stail Pulau Pinang nak buat mcm Singapore lah .... air dari Malaysia dapat percuma jer... kadar kurang perjanjian dari 5 sen sampai la ni

kepala bana punya pemimpin dolu dolu

Anonymous said...

Elok la ikut berkawan dgn umnop. X gaduh2 dgn jiran.

Pulau Batu Putih kasi kat jiran

Anonymous said...

Negara2 kat dunia yg share sungai x de pun minta duit kat mana2 negara.

Ni negeri bru jumpa mineral trillion2 jangan lah ngada2 sangat...

X kesian ke geng PASU yg x de air kat Penang nanti?

Anonymous said...

Udah berhutang bayar jer lah. Tak perlu jadi samseng untuk jadi ketua dap. Eng Guan ni kuat menipu.

Anonymous said...

Kalo air sungai penang mengalir dari sungai kedah, air sungai kedah mengalir dr mana?

Anonymous said...

Bila nak free, pandailah puak dap bagi alasan. Dasar komunis.

Anonymous said...

Puak dap mmg pandai. X mcm puak pas, asal terciduk je mula la modal maki..kahkahkah355x!

Anonymous said...

Siang kit ajar jahat. Hutang tak payah bayar.

Anonymous said...

Sebelum ni bawa pesta arak. Ramai nyawa melayang sebab dilanggar pemandu mabok. Sekarang ajar bangsa dap jangan bayar hutang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails